Bukan mudah mencari busana pengantin yang bersesuaian untuk digayakan sempena majlis perkahwinan. Menjadi impian setiap wanita untuk tampil menarik dan bergaya dengan busana yang cukup indah untuk dikenang. Menjadi tugas seorang pereka pula yang bertanggung jawab bagi memastikan impian raja sehari itu menjadi kenyataan. Dan minggu lalu menyaksikan pereka terkenal, Fizi Woo tampil berani mereka busana cukup indah untuk raja sehari pasangan kepada dua anak jutawan terkemuka negara, SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan sempena majlis resepsi.
Busana perkahwinan indah ini mendapat sentuhan cukup kemas dari perekanya, Fizi Woo. Biarpun busana ini kelihatan moden tetapi masih terserlah unsur tradisi apabila menggabungan fabrik songket dalam rekaannya.
Mengetengahkan rekaan yang dipanggil ‘Pleated Songket Dress With Tulle Applique’ dengan pilhan rona pastel memang menyerlahkan lagi penampilan raja sehari pada malam itu.
Dilengkapi kemasan layah paras dada tanpa aksesori sarat menyaksikan perkahwinan ini antara majlis yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Malah perekanya juga turut menyebut perkara sama dalam status di instagramnya.
Sebelum itu pasangan ini telah selamat diijab kabulkan pada Februari lalu. SM Faliq adalah anak kepada pewaris Naza sementara Chryseis Tan pula anak pewaris jutawan Tan Sri Vincent Tan.
Biarpun majlis resepsi berlangsung selepas beberapa bulan keduanya bergelar suami isteri, namun kehadiran tetamu antarabangsa merai kemeriahan majlis yang boleh dianggap sebagai ‘wedding of the year’ yang diadakan di Malaysia International Trade & Exhibiton Centre (MITEC).
Sebaik dibebaskan dari hukuman penjara, mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mensyukuri rahmat dari Tuhan kerana dapat bersama-sama ahli keluarga untuk menyambut Ramadan bersama. Setelah hampir 20 tahun terpisah, akhirnya mereka sekeluarga dapat berkumpul semula lebih-lebih lagi di bulan penuh mulia ini.
Dapat dilihat foto-foto kemesraan keluarga yang dimuat turun di media sosial. Betapa ikatan kekeluargaan mereka begitu utuh dan kekal terjalin biarpun sebelum ini Datuk Seri Anwar terpisah lama oleh tembok besi.
Bersama cucu sulung.
BERBUKA PUASA BERSAMA-SAMA
Tiada rasa janggal tika bersama-sama berbuka puasa, bukan sahaja bersama anak-anak tetapi juga cucu-cucunya yang memahami perjuangan datuknya selama ini. Anwar yang mempunyai enam orang anak, lima darinya adalah perempuan dan seorang lelaki.
Ketika beliau ditahan buat pertama kali, anaknya yang paling bongsu masih sangat kecil lagi. Dan kini masing-masing sudah besar dan mempunyai kehidupan tersendiri. Namun hubungan mereka sekeluarga tetap teguh dan begitu erat sekali.
Dalam foto yang dimuat turun ahli keluarga ini bagaikan dapat menggambarkan betapa bahagianya mereka apabila dapat berkumpul bersama-sama. Lebih berganda kegembiraaannya apabila bersama-sama berbuka puasa ketika di bulan penuh keberkatannya ini.
Dalam satu status dimuat turun Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Wan Azizah, beliau mengucapkan alhamdulillah setelah sekian lama menunggu, rasa bertuah kerana dapat berbuka puasa dengan keluarga tersayang.
Syukur alhamdulillah.
Malah kejutan paling bermakna juga apabila anak paling bongsu, Nurul Hana yang sebelum ini tidak bersama ketika Anwar dibebaskan, tiba-tiba muncul di depan mata. Betapa sebak Datin Seri Wan Azizah yang sama sekali tidak menyangka anak bongsunya balik lebih awal dari jangkaan.
Terharu melihat keakraban ahli keluarga ini. Biarpun menempuh pelbagai dugaan setelah sekian lama, namun Allah akhirnya menjanjikan kebahagiaan dalam suasana yang cukup harmoni di bulan penuh mulia.
Semoga keluarga ini tidak akan terpisah lagi Dan kita juga boleh mencontohi hubungan erat keluarga ini yang tetap teguh bersama-sama biarpun dilanda pelbagai dugaan.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM KELUARGA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap individu mempunyai rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah Taala. Rezeki ini luas pengertiannya. Ada rezeki yang datang dalam bentuk material, kesihatan, masa dan banyak lagi.
Ada sesetengah individu murah rezeki dan ada juga yang terasa seperti berat sahaja rezeki nak masuk. Mungkin ada silapnya di mana-mana. Di sini Hijabista kongsikan semula di mana amalan solat Dhuha dan bersedekah akhirnya memberi kemudahan serta memurahkan rezekinya.
Ikuti perkongsiannya…
Salam korang. Kat sini aku nak share beberapa kisah hidup aku. Sorry kalau ayat aku macam tunggang langgang sikit. Kat sini aku nak kongsi ngan korang betapa ajaibnya solat Dhuha dan sedekah dalam kita berusaha mencari rezeki.
Antara amalan yang aku nak share adalah setiap hari aku akan curi waktu untuk solat Dhuha dan aku akan cuba lazimkan bagi makan haiwan, macam kucing terbiar ke. Aku akan simpan makanan kucing dlm bekas kecil dan bagi makan kat mana-mana sahaja aku nampak kucing jalanan yang lapar.
Okay kat sini aku nak cerita beberapa perkara berkaitan rezeki yang aku alami:
Berjaya Dalam STPM
Masa aku nak exam STPM time tu aku diuji dengan parents masuk hospital. Memang kena berulang alik jaga parents kat hospital. Time tu dah final exam. Jujur memang aku tak sempat study sangat.
Malam esok tu nak exam baru last minute study tapi tu pun otak kosong je rasa. Masa jawab exam serius buka sahaja kertas soalan rasa nak menangis sebab aku langsung tak ingat apa-apa yang aku study. Yela study last minute kan. Aku hentam je jawab.
Habis je exam, aku cepat-cepat keluar dewan. Time tu sayu je hati bila terdengar kawan-kawan borak diorang happy yang diorang target keluar dalam exam, kira mcm boleh jawablah. Time tu aku dah down. Dalam hati asyik kata, habislah aku. Dahlah SPM dulu result dah teruk, mesti result STPM aku pun teruk jugak.
Habis sahaja exam sementara nk tunggu result, aku masih menjaga parent aku yang sakit. Tiap-tiap hari lepas solat Dhuha aku doa sungguh moga dapat keputusan cemerlang sebab aku nak masuk U.
Tiba je time result keluar, aku mcaam nak pengsan bila tau aku dapat 4A. Allahu sujud syukur aku dan berkat result cemerlang aku tu, aku dpaat biasiswa sepanjang pengajian aku kat U.
Bantu Kucing Sakit
Kisah kedua ni kisah aku beli ubat kat kucing jalanan yang aku jumpa. Masa tu aku tak tahan tengok dia sakit sangat walaupun masa pergi beli ubat tu duit aku memang dah tahap nazak. Tetapi aku tawakal sahaja janji kucing tu sihat.
Beli ubat kat klinik veterinar harga cecah RM60 lebih jugak, yang penah bawa kucing gi klinik tu taulah ubat kucing ni mahal dia kalah ubat manusia. Sekali sehari lepas tu aku dapat bantuan barang dapur dan duit belanja RM60. Nampak tak kalau kita sedekah Allah akan gantikan balik rezeki kita.
Jodoh Datang Tiba-Tiba
Kisah ketiga ni bab jodoh. Aku lepas abis belajar alhamdulilah dapat rezeki kerja. Ccuma bab jodoh ni aku risau jugak sebab rasa makin tua. Yela aku ni dahla tak reti kawan dengan orang lelaki. Tambahan pula aku selalu rendah diri sebab aku ni gemuk, hitam dan tak cantik.
Ada ke orang nak kat aku? Kadang-kadang jealous jugaklah bila kawan-kawan dok cerita diorang ada orang berkenan. Aku pula dari zaman sekolah, zaman U sampailah masuk alam kerja tak pernah bercinta. Ada orang minat lagilah tak pernah. Yela sebab tak cantik, siapalah nak minat, haha.
Tetapi aku selalu doa setiap kali Dhuha mohon Allah kurniakan jodoh aku dalam kalangan lelaki yang baik agama dia dan paling penting terima aku seadanya, tak pandang rupa.
Aku ingat lagi beberapa hari lepas aku doa tu, aku dapat mesej dari rakan sekerja aku. Dia bagitahu dah lama minat aku dan tengah berusaha kumpul duit untuk halalkan aku. Allahu sebak bila doa kita menjadi kenyataan.
Rezeki Datang Tanpa Disangka
Yang ni pula, aku perasan setiap kali aku ada teringin nak makan apa-apa dalam hati. Alhamdulilah dapat je tanpa aku perlu keluarkan duit. Contohnya ada time hari raya lepas aku teringin sangat nak makan ketupat palas dan laksa.
Masa tu lebih seminggu raya. Mana ada dah nak cari orang buat ketupat kan. Sekali petang tu ada sedara datang rumah bawakan aku bekal ketupat palas siap dengan satu tupperware laksa. Alhamdulillah rezeki.
Dan ada jugak time aku teringin nak makan bihun sup ayam. Time tu aku nak singgah beli masa balik kerja beli duit pun cukup-cukup nak isi minyak je. Elok je aku sampai rumah, time nak buka pagar jiran datang bagi bihun sup ayam.
Itu semua sebahagian je. Yang penting aku nak share kat sini. Ikhlaskan diri untuk solat Dhuha dan sedekah setiap hari. Sedekah kat manusia yang memerlukan, kat haiwan yang kelaparan.
InsyaAllah, Allah akan ganti balik rezeki dengan cara tak disangka-sangka.
Rutin treadmill mudah, senaman dengan rentak lagu pilihan selama 30 minit bukan sahaja buat anda melekat di treadmill malah mampu menurunkan berat badan tak perlu berpeluh basah kuyup. Hanya perlu berjalan atau berlari ikut irama!
Senaman strut pertamanya, berjalan atas treadmill dengan diiringi senarai main yang penuh dengan lagu popular Taylor Swift, telah mengumpul lebih 2.6 juta tontonan dan memulakan kegilaan si gadis menghabiskan masa di treadmill.
Komponen utama latihan sokongan ini ialah anda hanya meningkatkan kelajuan sebanyak 1 batu sejam (mph) setiap kali lagu berubah. Kebanyakan senarai main bermula di suatu tempat dalam julat tiga mph, supaya pada penghujungnya, anda telah terus berjalan ke arah power walk atau mungkin juga berjoging tanpa disedari.
Senaman ini menjadikan ia sangat mesra pemula, mudah diakses, lain dari yang lain. Prestasi kecergasan yang melampau cenderung untuk menarik perhatian di platform media sosial.
Untuk mencuba dan mengubah naratif di “GymTok,” lelaki berusia 23 tahun dari Raleigh, North Carolina memutuskan dia mahu mencipta senaman yang memperkasakan orang ramai untuk menggerakkan badan mereka untuk tujuan semata-mata berasa baik dan bersiar-siar dengan mendengar lagu kegemaran artis mereka.
Tetapi adakah senaman ‘treadmill struts’ berkesan kerana ia menyeronokkan?
Pendek kata, ya. Bersenam tidak perlu membuat anda basah kuyup dengan peluh untuk mendapat manfaat. Berjalan ialah satu bentuk senaman yang sangat hebat dengan halangan yang rendah untuk miliki faedah utama.
Lakukan senaman ini hanya 21 minit sehari berjalan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 peratus. Berita baiknya ialah anda boleh mencapai matlamat itu dengan melakukan hanya satu daripada latihan sokongan ini.
Format ini juga memberi anda banyak fleksibiliti untuk menyesuaikannya dengan tahap kecergasan anda. Jika tidak mahu meningkatkan rentak semasa lagu yang lebih laju, kekal dengan kelajuan yang dirasakan selesa. Lemparkan sepasang dumbel ringan atau pemberat buku lali semasa anda lakukan senaman ini. Sebagai alternatif, sesetengah orang suka lakukan rutin ini sebagai aktiviti memanaskan badan atau menyejukkan badan.
Tidak kira bagaimana anda mengubah suai, perlu diingat semangat sebenar ‘treadmill struts’. Ia bukan tentang menurunkan kilo atau menetapkan PR. Ini semua tentang mengingatkan diri anda bahawa menggerakkan badan sepatutnya menyenangkan.
Faedah mental ‘treadmill struts’ juga bagus
Di sebalik manfaat fizikal berjalan selama 30 minit, ternyata terdapat banyak keajaiban mental yang berlaku dalam latihan ini yang membuatkan mereka hampir ketagih. Komponen terakhir dan boleh dikatakan paling menarik dari ‘strut treadmill’ ini? Muzik yang membuatkan anda berasa seperti bebas. Malah muzik adalah pengubah permainan yang besar.
Ia memberi fikiran kita sesuatu untuk disibukkan dan sesuatu untuk kita berhubung dengan emosi. Dan lagu-lagu dipilih dengan sengaja untuk menjadi sangat optimis, positif, menaikkan semangat. Ini bukan sahaja memberi kita tergesa-gesa endorfin, tetapi ia boleh mendorong anda untuk mendorong diri sedikit lebih kuat daripada biasanya. Dan oleh kerana senaman ini membuatkan anda berasa yakin dan bersemangat, anda berkemungkinan besar untuk membawa kepada rutin senaman yang lebih konsisten, yang seterusnya, meningkatkan tahap kecergasan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!