Petua Untuk Menjadi Wanita Cantik Ikut Cara Islamik, Jom Kita Amalkan

Share

Wanita dan kecantikan ibarat isi dengan kuku. Maka sebab itulah wanita sanggup memperuntukkan bajet yang tinggi untuk membeli produk perawatan kulit wajah dan tubuh.

Kecantikan itu bukan hanya luaran semata-mata tetapi juga dalaman. Dalam agama Islam sendiri ada banyak tip yang boleh diamalkan agar seri wajah seseorang itu terserlah. Kadang-kadang fizikal seseorang itu nampak ‘biasa-biasa’ sahaja tetapi aura pada dirinya yang membuatkan penampilannya menyerlah.

PETUA UNTUK MENJADI WANITA CANTIK

1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.

2. Sebaik bangun tidur, sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik. Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 kali, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut.

Photo by daria-shevtsova from Pexels.

3. Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka, tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3x, hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi, ulang usapan ini sebanyak 3 kali. Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.

4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam, Insya-Allah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.

Photo by from Pexels.

5. Selepas solat Isyak, amalkan baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 kali, ditiupkan pada segelas air dan niatkan

“Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku”

6. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 kali sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi.

7. Jangan makan bersulam air, sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan, dan 30 minit selepas makan.

8. Amalkan membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah SWT.

Photo by thirdman from Pexels.

9. Perbanyakkan Selawat Nabi, sentiasa sedekah senyuman, perbanyakkan solat Tahajud.

Amalkan setiap hari, In Shaa Allah anda akan kelihatan ‘cantik.’

Sumber kredit: Ana Mahabu Top image: Photo by pavel-danilyuk from Pexels.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Norhasliza