Untitled design-63

Sumber untuk menjaga kecantikan sejak turun temurun bertunjangkan alam semulajadi. Sehingga kini, produk-produk kecantikan baik keluaran antarabangsa atau tempatan sedaya upaya mencipta produk mereka dengan ekstrak bunga-bungaan ataupun tumbuh-tumbuhan lain supaya lebih menarik di mata pencinta kecantikan.

Petua mudah dari alam sekeliling kita, bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Bunga raya ataupun nama saintifiknya Hibiscus rosa-sinensis memiliki banyak manfaat terutamanya untuk menyegarkan dan melebatkan rambut.

IKLAN
Sumber Gambar: Talha R via pexels.com

Asid amino yang terdapat dalam bunga raya bunga memberikan rambut nutrien yang membantu dalam menggalakkan pertumbuhan rambut. Asid amino ini menghasilkan sejenis protein struktur khas yang disebut keratin, yang mana ia merupakan sejenis protein yang membina struktur rambut.

IKLAN

Ini adalah cara bagaimana anda boleh menggunakan tumbuhan ini untuk petua melebatkan dan menyihatkan rambut.

IKLAN
  1. Ambil beberapa helai bahagian daun dan juga bunga raya.
  2. Ramas di dalam air sehingga is mengeluarkan lender.
  3. Kemudian sapukan lender tersebut ke atas kepada pada keseluruhan rambut.
  4. Biarkan semalaman dan bilas keesokan harinya. Rambut pasti akan terasa lebih segar dam lebat.

Selamat mencuba!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI