
Tragedi banjir yang melanda sebahagian negeri dalam Malaysia, ternyata meruntun hati kita semua. Banjir buruk yang berlaku meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi pada pemilik-pemilik rumah yang didiami.
Ketika air bah surut, rumah disaluti lumpur, barang-barang bertaburan dan lebih menyedihkan lagi barangan yang bernilai seperti barang-barang eletrik musnah begitu sahaja.Selain daripada dokumen peribadi, barangan elektrik adalah barangan berharga yang mungkin menelan beribu-ribu ringgit. Ya, Nak buat apa simpan jika sudah dimasuki air, buang sahaja!
Masih boleh selamatkan..
Orang lain sedekah makanan dan tenaga membersihkan rumah, lain pula bagi lelaki ini. Zuhri Mohd tampil terkesan dan menyatakan rasa terkilan melihat barangan eletrik di buang begitu sahaja. Di dalam perkongsiannya melalui aplikasi TikTok @sayazuhri agak kesal apabila barangan eletrik kesan dari air banjir dibuang begitu sahaja. Lalu memuat naik hantaran di aplikasi TikTok “masih boleh di selamatkan”. Ketika menjalani kerja-kerja sukarela di Langat, lelaki ini terdetik berkongsi cara untuk menyelamatkan peti ais anda.
Jom ikuti langkah selamat perbaiki barang elaktrik anda:
@sayazuhriAku rasa sedih, takdapat bantu semua rumah, aku tolong takat aku ngan team mampu je, jadi aku share vid ni untuk mgsa lain yg terlibat. ##fyp ##foryou ##fypp♬ original sound – zuhrimohd
Mempunyai lebih 800K tontonan video ini, rata-rata berterima kasih dan berpuashati dengan perkongsian ini:

Walaubagaimanapun mengikut lelaki ini, apa yang ditunjukkan melalui video ini hanya ikhtiar memperbaiki barangan elektrik yang dimasuki air banjir sebelum membuangnya. Selamat mencuba!
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
‘Cheat Sheet’ Untuk Anda Yang Masih Takut Memakai Pakaian Berwarna-warni. Ini Panduannya!

Sebahagian dari anda yang berani menggunakan warna yang tidak terjangkau untuk kegunaan harian dan selalunya anda tidak mahu berisiko memakai warna yang akan menghilangkan mod lalu anda memilih warna yang menjadi kebiasaan dan selamat.
Ramai yang lebih terbiasa dengan warna neutral kerana kod pakaian peribadi mereka, sementara yang lain tidak tahu apa kombinasi warna yang kelihatan sesuai dipakai. Tetapi tidak semuanya rumit. Satu-satunya perkara yang perlu anda lakukan ialah beberapa kombinasi warna yang kelihatan hebat dalam semua jenis pakaian.
Hijabista kongsi ‘cheat sheet’ untuk anda yang masih takut memakai pakaian berwarna-warni. Kami juga menjumpai contoh-contoh hebat dari potongan warna kontras yang boleh dipakai oleh anda agar lebih bergaya dari pakaian seharian yang mungkin menjadi inspirasi 2020!
Jom kita lihat 13 kombinasi warna yang tidak pernah terjangkau untuk anda pandankan:
KUNING + BIRU

Gabungan kuning tepu dan biru terang kelihatan berani tetapi jika anda cuba menggabungkan warna pastel, ia akan kelihatan lebih lembut. Warna biru gelap dan warna kuning dalam kelihatan menarik juga.
MERAH + BIRU

Mana-mana warna boleh digabungkan jika mempunyai tahap tepu yang sama. Contohnya, merah terang dan biru terang kelihatan sempurna bersama.
BIRU+ HIJAU

Warna satu suhu sesuai dengan yang lain. Contohnya, warna biru dan hijau yang hangat atau warna yang lebih sejuk dengan warna yang sama kelihatan baik bersama-sama.
KUNING+UNGU

Sangat sedikit orang yang berani memakai kombinasi ungu dan kuning. Mungkin kerana pakaian yang mempunyai warna-warna ini selalu menarik perhatian!
BIRU/UNGU PASTEL + MERAH JAMBU

Dengan gabungan warna merah jambu, ungu dan biru yang lembut, anda dapat memperoleh penampilan feminin.
HIJAU+MERAH

Hijau dan merah kelihatan sangat terang ketika disatukan, dan ia dianggap sebagai salah satu kombinasi yang paling berbeza di sekitar anda.
UNGU +HIJAU

Pada set pakaian di gambar kiri, warnanya lebih disenyapkan dan gelap. Pada gambar kedua, warnanya lebih terang dan lebih pastel. Berkat warna yang sama dengan tepu, kedua-dua set kelihatan bagus.
BIRU+OREN

Gabungan biru-oren boleh kelihatan sangat berani dan comel – ia hanya bergantung pada ketepuan warna. Warna-warna cerah pada penampilan pertama menjadikannya berani dan sedikit menantang, sementara warna pastel pada foto kedua menambah sedikit kelembutan pada penampilan.
HIJAU+PINK

Sama seperti merah, warna merah jambu sesuai dengan warna hijau muda. Tidak kira seberapa banyak warna ini digunakan dalam penampilan anda, gabungannya selalu kelihatan meriah dan segar.
UNGU GELAP+BIRU GELAP

Biru dan ungu sepadan antara satu sama lain selama anda menggunakan warna suhu dan ketepuan yang serupa. Contoh di atas menunjukkan bagaimana warna mempengaruhi persepsi rupa. Warna yang lebih panas dan lebih terang menjadikan keseluruhan gambar kelihatan lebih ringan, sementara warna yang lebih sejuk dan tidak bersuara menjadikan penampilan lebih terkawal dan rasmi.
HIJAU+KUNING

Kuning dan hijau adalah warna yang berkaitan yang saling berdekatan di roda warna. Itulah sebabnya mereka saling melengkapi dengan baik, tidak kira berapa banyak yang digunakan dalam satu pakaian.
WARNA SENADA

Warna apa pun digabungkan dengan baik dengan warna yang berbeza. Untuk membuat kombinasi monokrom ketika membuat penampilan, cukup ambil satu warna sebagai asas dan pilih perkara yang sesuai dengan tepu, dengan menggunakan warna yang lebih gelap atau lebih terang. Rupa akan lebih menarik jika anda juga menggunakan kain dengan tekstur yang berbeza seperti kulit, bulu, renda, dll.
Warna dasar + bayangannya dengan cetakan

Tampilan yang diperbuat daripada kain satu warna boleh menjadi lebih menarik dengan bantuan cetakan. Tambahkan perincian bergaris atau kotak-kotak ke rupa monokrom anda atau laksanakan aksesori dengan cetakan haiwan atau “angsa kaki” di atasnya. Dengan cara ini, penampilan yang paling membosankan akan bersinar dengan cara yang baru.
Adakah anda seorang yang sering memakai pakaian berwarna-warni? Atau adakah anda lebih gemar memakai kombinasi hitam dan putih klasik?
SUMBER: Brightside
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Lebih Dua Dekad Menyepi! Nana Mahazan Mahu Setiap Karya Seni Miliknya Menjadi Asbab Kepada Kebaikkan

Pemilik nama penuh, Nurul Hana Che Mahazan atau lebih dikenali sebagai Nana Mahazan yang juga merupakan bekas peserta program realiti nyanyian Akademi Fantasia (AF) musim pertama mengakui terpaksa melanggar janji untuk kembali ke arena seni suara.
Meski setelah lebih dua dekad beliau meninggalkan dunia seni dan hiburan tanah air, jelas Nana tujuan dia berbuat demikian, adalah demi menghasilkan lagu yang mampu menjadi penyuntik semangat untuk para wanita di Malaysia.
Mahu Kongsi Semangat Jatuh Bangun ‘Anak Seni’ Wanita Di Malaysia

“21 tahun lalu, saya telah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak menyanyi lagi. Saya pun sedar diri yang nyayian saya tidak berapa sedap.
“Namun, saya mencari kekuatan untuk menghasilkan sebuah karya lagu yang telah dilancarkan pada sambutan Hari Wanita, terdahulu.
“Ia merupakan sebuah lagu motivasi dan bukan menyasarkan ke AJL. Saya hanya mahu berkongsi semangat jatuh bangun sepanjang bergelar anak seni.
“Saya tahu ramai pengikut saya di media sosial sangat sukakan konten-konten positif yang selalu saya hasilkan. Jadi, karya ini merupakan hadiah buat mereka. Semoga ia turut menjadi asbab kepada kebaikkan,” katanya.
Dapat Dorongan Dan Sokongan Penuh Suami & Mentor Nyanyian!

Katanya lagi, semangat untuk kembali menyanyi hadir selepas mendapat dorongan daripada suami, Mohamed Raqeem Brian Abdullah dan mentornya, Datuk Jerry.
“Saya sebenarnya telah disuruh oleh mentor saya iaitu Datuk Jerry. Saya banyak belajar daripada beliau. Katanya ini bukan fasal suara tetapi perkongsian perjalanan hidup.
“Suami pun sokong walaupun ketika itu saya masih berbelah bahagi. Saya tahu ia akan mengundang banyak kecaman daripada netizen.
“Malah, ketika ini juga, ramai yang memuat naik semula video-video lama saya ketika menyanyi. Namun, disebabkan saya ada matlamat yang baik, saya teruskan juga,” ujarnya lagi.
Artikel berkaitan: Salur Dana RM 50,000 Bantu Mangsa Banjir Pantai Timur! Nana Mahazan Kagumi Mentaliti ‘Para Jutawan’ Ini!
Pada masa sama, Nana turut mengakui bahawa agak sukar bagi dirinya untuk membiasakan diri kembali mengadakan sesi rakaman di studio untuk memenuhi tuntutan berkenaan pada ketika itu.
“Saya tidak berapa suka dengan proses rakaman. Bila masuk ke studio dan kita mula memakai headphone, saya rasa tekanannya agak tinggi. Mungkin sebab itu saya tak suka jadi penyanyi.
“Namun, produser pula mengatakan tidak mengapa jika nyanyian tidak sempurna kerana ia merupakan karya yang lahir dari hati. Mungkin lama lagi kalau saya nak menyanyi balik pun,” katanya lagi.
Respon Positif Dari Warganet Buat Nana Teruja!

Dalam pada itu, Nana akui teruja dengan respon positif daripada netizen yang rata-ratanya rindu untuk melihat Nana kembali menyanyi.
“Bila kita lancarkan pada 8 Mac lalu, penerimaan orang sangat positif. Tiada pun yang berikan komen negatif. Mungkin mereka rindu nak dengar nyanyian saya.
“Ada yang kata saya boleh menyangi tapi kena lagu yang sesuai. Mungkin masyarakat dapat merasai apa yang ingin saya sampaikan,” akhirinya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Sumber: Instagram Nana Mahazan
Artikel berkaitan: “Mummy Doakan Althea Istiqamah,” – Anak Sulung Pilih Berhijab, Nana Mahazan Sokong Semampu Mungkin
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
“Rahsia Kecantikan Saya Hanya Berwuduk”, Betul Lah Tu! Amalkan Doa-doa Ini Di Dalam Hati Ketika Wuduk, Antaranya Boleh Memutihkan Muka.

Pengambilan wuduk yang sempurna bukan sahaja menjamin diterimanya solat tetapi ianya juga dapat menghapuskan dosa-dosa selagi tidak melakukan kesyirikan. Malah ada yang tidak sedar antara doa yang boleh kita sematkan ialah ketika berwuduk.
Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Dari Abu Hurairah R.A. berkata:
Telah bersabda Rasulullah S.A.W. :
Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir.
Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir.
Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya”. – (H/R. Muslim, 1/148)
“Barang siapa yang berwuduk seperti ini (seperti wuduknya Rasulullah), diampunkan dosa-dosanya yang telah berlalu dan solat serta perjalanannya ke masjid adalah dipenuhi pahala”. (H/R. Muslim, 3/113)
“Dari Abi Umamah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang muslim berwuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari pendengarannya (telinganya), matanya, tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila ia duduk menanti solat, ia duduk dalam keampunan (diampunkan) dosa-dosanya”. – (H/R. Ahmad, 5/252. Hadis Hasan: Lihat Jami’ as-Saghir, No. 461)
Maka dengan itu, ketika ambil wuduk niatkanlah dalam hati :
1. Ketika berkumur, berniatlah dengan,
“Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah dengan
“Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah dengan,
“Ya Allah, berikanlah hi sab-hi sab ku di tangan kanan ku ini”.
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah dengan,
“Ya Allah, janganlah Kau berikan hi sab-hi sab ku di tangan kiri ku ini”.
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah dengan,
“Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu”.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah dengan,
“Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah dengan.
“Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah dengan,
“Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat mak siat”.
6 Kelebihan Mengambil Wuduk Yang Sempurna
Mengambil wuduk bukan sahaja syarat utama untuk menunaikan solat. Bahkan ia merupakan syarat sah bagi kebanyakan ibadah seharian kita. Pernahkah terlintas di fikiran, adakah wuduk yang anda lakukan sudah cukup sempurna? Bagaimana jika wuduk yang anda lakukan selama ini tidak sempurna?
Jadi, penting untuk anda ketahui bahawa hanya dengan mengambil wuduk dengan cara yang paling sempurna akan menghasilkan kualiti ibadah yang optimum. Hijabista ingin kongsikan tentang kelebihan mengambil wuduk dengan sempurna agar ibadah seharian anda tidak terjejas dan yang paling penting diterima Allah, insyaAllah.
1. Wuduk sebahagian daripada Iman
Diriwayatkan daripada Abu Malik al-Ash’ari r.a, Nabi S.A.W bersabda:
“Bersuci itu adalah sebahagian daripada iman…” (HR Muslim)
2. Wuduk yang sempurna menghapuskan dosa
“Barangsiapa yang berwuduk seperti ini )seperti wuduknya Rasulullah), diampunkan dosa-dosanya yang telah berlalu dan solat serta perjalanannya ke masjid adalah dipenuhi pahala”. (HR Muslim)
3. Wuduk mengangkat darjat manusia
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a: Rasulullah S.A.W telah bersabda:
Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: “Ya, wahai Rasulullah”. Maka Baginda S.A.W pun bersabda: “Iaitu (antaranya) menyempurnakan wuduk walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya…)” HR Muslim
Sempurnanya wuduk kita, insyaAllah sempurnalah ibadah kita.
4. Wuduk dapat membuka pintu ke syurga
Diriwayatkan dari Umar bin al-Khattab Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Tiada sorang pun dari kalian yang berwuduk, lalu ia menyampaikan atau meratakan wuduknya, kemudian dia mengucapkan: “Asyhadu Alla Ilaha Illalah Wa Anna Muhammadan ‘Abduhu wa Rasuluh”, melainkan dibuka untuknya pintu syurga yang lapan, dia boleh memasuki dari pintu mana pun yang dia kehendaki. HR Muslim
5. Wuduk memberi cahaya di akhirat
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W telah bersabda:
“Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai di tubuh seorang mukmin, bersesuaian dengan anggota yang dicapai oleh wuduk.” HR Muslim
6. Wuduk dapat membuka ikatan syaitan
Dari Abu Hurairah r.a, beliau meriwayatkan dari Rasulullah S.A.W bahawa syaitan mengikat manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan. Kemudian Rasulullah S.A.W memberitahu cara untuk merungkaikan ikatan tersebut, dalam sabda baginda S.A.W:
“…sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya berwuduk, pula, bebaslah satu lagi ikatan, dan sekiranya dia bersolat, bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya. Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, wuduk, dan bersolat), maka dia akan menjadi buruk dan pemalas.” HR Muslim
Kesimpulannya, kita janganlah memandang remeh tentang pengambilan wuduk sebelum melakukan ibadah, kerana besar fadilatnya orang menjaga dan mengambil wuduk dengan sempurna. Moga perkongsian ini bermanfaat dan menjadikan kita seorang Muslim yang lebih baik dari hari-hari yang mendatang.
SUMBER: norfazrinamz (beritadinding)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di

