Peti ais–sering kali kita kaitkan dengan fungsinya sebagai tempat penyimpan makanan dan minuman dengan suhu yang sejuk dan optimum bagi mengekalkan nutrien yang sedia ada. Tetapi pasti anda juga tahu tentang kewujudan peti ais yang berfungsi sebagai tempat penyimpanan khas buat produk penjagaan kulit anda.
Ramai juga yang mempunyai peti ais khas ini untuk penyimpanan produk penjagaan kulit dan meraih banyak perhatian. Jadi kenapa ianya penting dan harus di miliki oleh setiap orang di rumah?
Apa sebenarnya peti ais untuk produk kecantikan kulit?
Menurut perkongsian di Health Cleveland Clinic, dermatologi telah mengesahkan kegunaan peti ais bagi penyimpanan produk kecantikan kulit amat perlu bagi setiap orang yang memiliki produk kecantikan. Ia di perincikan lagi tentang keberkesannanya dalam mengekalkan bahan aktif, seperti vitamin C, yang mudah untuk berubah sifat jika tidak di simpan dengan cara yang bagus.
Tambahan pula, saiz dan juga reka bentuk peti ais ini juga kecil dan berwarna-warni yang cukup menarik perhatian jika ia di simpan dalam bilik. Di sebabkan saiznya yang kecil, ia senang di susun di dalam ruangan bilik untuk penyimpanan produk penjagaan kulit anda.
Artikel berkaitan: Gadis Ini Kongsi Rahsia Kulit Lembut & Flawless Hanya Guna Kiub Ais Buah-buahan Sapu Di Muka
Ada spesifik produk penjagaan kulit yang boleh di simpan atau semuanya sekali?
Walaupun telah di maklumkan sebelum ini untuk memiliki peti ais khas ini adalah suatu benda yang bagus, tapi tak semestinya ia perlu. Cuma buat anda yang suka akan sensasi yang sejuk sewaktu meletakkan krim pelembap di wajah, anda pasti akan berterima kasih kepada peti ais istimewa ini.
Sebenarnya anda tidak perlu produk yang terlalu banyak bagi menjaga kulit. Apa yang anda tahu adalah produk yang membantu yang kulit anda perlukan buat ketika ini. Jadi apa yang anda boleh simpan di dalam peti ais ini adalah:-
- Gel aloe vera
- Produk Krim mata
- Alatan urut muka seperti Gua Sha
- Krim pelembap
- Toner
- Serum
- Mask
Ada cara lain juga untuk penyimpanan produk penjagaan kulit dengan betul
Dalam pada masa yang sama, kita perlu tahu cara penyimpanan produk penjagaan kulit ini. Mungkin kita sering tidak ambil endah tapi sekarang anda perlu tahu penyimpanan yang betul bagi mengekalkan kondisi dan kandungan bahan aktif di dalam produk masih lagi stabil.
- Simpan di ruang yang mempunyai suhu bilik. Kebanyakan produk banyak di simpan dalam ruang yang mempunyai suhu bilik kerana ia sangat bagus dalam jaga kestabilan bahan aktif di dalam produk. Suhu antara 60 hingga 80 degrees Fahrenheit adalah sangat sesuai untuk pneyimpanan produk.
- Jauhkan produk dari sinaran UV. Produk yang terdedah pada sinaran UV akan menyebabkan kandungan serta bahan aktif di dalam produk akan tidak stabil dan kurang efektif.
- Jauhkan dari tempat yang bersuhu panas. Jangan tinggalkan produk penjagaan kulit di tempat yang panas, seperti biarkan di dalam kereta, kerana ia akan menyebabkan berlaku perubahan dalam tekstur serta bahan aktif di dalam produk.
Sumber gambar: Canva
Artikel berkaitan: 21 Makanan Yang Anda Tidak Patut Letakkan Dalam Peti Sejuk, Elakkan Jika Tidak Mahu Hilang Khasiat
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI