Allah yang mendatangkan pelbagai masalah kepada manusia, namun Allah juga yang memberi serta memudahkan jalan penyelesaiannya. Akal dan daya fikiran kita sebagai manusia sangat terhad. Allah SWT yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri kita.
Namun setiap masalah yang berlaku mungkin ada juga kelemahan daripada pihak kita. Bukan hanya datang daripada orang lain. Apabila kita hanya menyalahkan orang lain ketika berlaku sesuatu perkara maka sudah pasti ada yang tidak kena dengan diri kita sendiri.
Maka cubalah untuk muhasabah tentang diri kita sendiri terlebih dahulu. Tidak mungkin semua yang berlaku kita tidak salah tetapi orang lain yang salah.
Hayati perkongsian penuh makna dari Hajah Rohana. Moga ia bermanfaat untuk kita semua.
DIA BUAT TAK BAIK DENGAN KITA, DIA TANGGUNGLAH AKIBATNYA..ALLAH ADA
Sahabat-sahabatku..kehidupan adalah ujian. Bila kita ada masalah dengan orang, perbanyakkan istighfar. Kuncinya taubat dan check ourself. Jangan cari salah orang lain. Kadang-kadang masalah itu timbul sebab hubungan kita dengan ALLAH tidak baik. Kunci hidup bahagia adalah memiliki hati yang bersih.
Sahabat-sahabatku.. dalam hidup ni, ada satu hal yang perlu kita jaga, jika nak mudah dapat hati yang tenang iaitu jangan suka salahkan orang. Kita uruskan diri kita. Uruskan emosi kita. Uruskan tahap iman kita. Itu yang lebih penting sebenarnya! Hidup jangan asyik cari salah orang. Risaukanlah diri sendiri tiada bekal ke sana nanti.
Sahabat-sahabatku..paling mudah memang menyalahkan orang lain, bila kita ada masalah. Padahal masalah sebenarnya adalah kita terlalu sibuk mencari-cari kesalahan orang lain, sehingga kita terlupa memperbaiki diri. Jangan rasa diri kita sentiasa betul, kita juga banyak salah. Bila kita rasa kita saja yang betul, itu petanda kita ada masalah hati.
Sungguh kita boleh cuba bantu orang lain tapi ingat kita tak boleh ubah orang lain. Kalau kita dah penat berusaha untuk membantu orang lain menjadi lebih baik, dah letih mengingatkannya soal tanggungjawab tapi dia masih begitu juga, bertenanglah dan terus mendoa’kan agar suatu hari dia akan berubah.
Rehatkan diri kita dari kesibukan menguruskan urusan orang lain. Urusan yang telah di atur oleh ALLAH tak perlu kita ikut sibuk masuk campur. Orang yang sabar itu hatinya tenang. Orang yang redha itu hatinya bahagia. Kerenah orang, itu urusan dia dengan ALLAH. Dia buat tak baik dengan kita, dia tanggunglah akibatnya. ALLAH ADA!
Kesimpulannya kita perlu sedar bahawa kita insan biasa, tidak sempurna. Masing-masing punya kelemahan. Oleh itu perbaiki diri untuk jadi lebih baik.
Sumber kredit: Rohana Saad