Pesona Anak Kacukan Melayu-Inggeris, 10 Gaya ‘Stunning’ HANNAH DELISHA Ini Boleh Ditiru

Share

Tiga tahun berhijab, penampilan aktres yang berasal dari Singapura ini dilihat semakin menawan.

Dikurniakan seraut wajah yang sweet persis seorang remaja, Hannah Delisha sebenarnya telah pun mencecah usia 27 tahun pada Oktober lalu.

Hannah juga berstatus isteri kepada aktor Singapura, Imam Shah Abdul Mutalib.

Pemilik nama penuh, Hannah Adlina Blackburne Birth ini memiliki darah kacukan Melayu (sebelah ibu) dan Inggeris (sebelah bapa). Maka, tak hairanlah Hannah dikurniakan kecantikan semula jadi.

Menariknya lagi, Hannah Delisha juga pandai bertutur dalam pelbagai bahasa asing iaitu Hindi, Jepun, Arab, Sepanyol dan Cina. Wow hebatnya!

Selain bergelar pelakon, Hannah Delisha juga aktif sebagai model, duta produk, penyanyi dan pengacara televisyen.

NATURAL BEAUTY
Sering tampil dengan solekan yang fresh dan tidak terlalu tebal, Hannah Delisha bertuah kerana dikurniakan kulit wajah yang bersih dan mulus.

Menurut Hannah Delisha, dia mengamalkan pemakanan sihat di samping aktif melakukan aktiviti kecergasan di gim. Patutlah Hannah Delisha kekal langsing je, kan?

Berikut 10 gaya stunning Hannah Delisha yang para hijabi boleh jadikan inspirasi dalam berfesyen.

Kredit Foto: Instagram Hannah Delisha

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini

Published by
Amy Mohd