Betapa istimewa dan bertuahnya menjadi seorang wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita. Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?
Guru sebagai contoh dan role model kepada anak murid, pakaian melambangkan cerminan sebagai pendidik negara. Lain pula pada zaman ini guru wanita berpakaian persis model yang menjolok mata yang boleh mengundang komen-komen nakal pelajar.
Dalam satu hantaran video di aplikasi tiktok Ustazah Asma Harun menegur parap endidik wanita harus ada etika berpakaian semasa mengajar. Pakaian sebegini juga menjatuhkan maruah guru wanita terbabit selain menggangu pelajar lelaki yang sudah baligh.
Perkongsian dan teguran itu mendapat pelbagai respon warganet dan golongan guru sendiri:
@ummieyta Guru jadi contoh yang terbaik kepada anak²murid#islamitucantik #ceramahpendek #zikirharihari #contentmuhasabah #fyp #uatazahAsmah ♬ bunyi asal – Ummi Eyta
Ini pesanan Ustazah Asma Harun kepada para srikandi ummah tercinta.
1. Wanita sebelum berwuduk kena bersuci dulu sebab wanita ni ada 3 air iaitu air mani, air mazi berlaku ketika teransang dan air wadi/keputihan berlaku ketika kepenatan atau mengangkat objek berat. Ramai wanita yang tak sah solat sebab tak membersihkannya terlebih dahulu sebelum Solat. Takut di akhirat nanti solat kita 0 disisi Allah.
2. Wanita apabila diuji dengan ujian suami, anak, adik beradik dan lain-lain dan dia bersabar malaikat akan mencatat pahala sabar baginya. {Salamun ‘alaikum bima sobartum}
3. Wanita bersihkan mekap bersih-bersih sebelum berwuduk. Pastikan bedak @ foundation betul-betul hilang dari kulit muka. Lepas wuduk ambil tisu kesat di muka nak pastikan tiada kesan yang tinggal.
4. Baca doa selepas berwuduk akan dibuka 8 pintu Syurga dan kita diberi peluang untuk masuk dari mana-mana 8 pintu Syurga.
5. Cuba jaga aurat betul-betul dengan sempurna ketika hendak keluar rumah. 8 jam dicatat pahala atau 8 jam dicatat dosa? Kita pilih yang mana. Tutup aurat sebelum tibanya kematian yang hanya nampak muka sahaja.
*JAGA AURAT
*JAGA SOLAT
*JAGA PERGAULAN
*JAGA WUDUK
Sumber kredit: Ustazah Asma Harun
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe