Luasnya rahmat Allah SWT kepada makhlukNya sehingga setiap kelahiran dan setiap ciptaan lahir bersama jaminan rezeki agar kita tidak perlu terlalu bimbang soal rezeki.
Firman Allah SWT bermaksud: “Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jugalah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat yang berkenaan).” (Surah Hud: ayat 6).
Berikut perkongsian daripada Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
tentang amalan agar kita sentiasa dilimpahi dengan rezeki.1. Ingat tanggungjawab kita pada ibu bapa dan keluarga. Hubungi atau bertanya kabar setiap pagi.
2. Ringankan tangan untuk bersedekah. Kecil atau besar nilainya, bukan satu masalah. Yang penting keikhlasan dalam memberi.
3. Berbaik dengan adik beradik. Kadangkala kita tak perasan, kita ada terguris hati mereka. Mohon maaf sahaja walaupun bukan salah kita.
4. Senyum sepanjang masa. Terutama pada diri sendiri, pasangan, anak-anak atau sesiapa sahaja yang tinggal dekat dengan kita.
5. Bersabar, walaupun sedang marah. Cepat-cepat ambil air masa 2 gelas. Minum, tenangkan diri dan ambil wudhu. Dalam keadaan marah, air perlu kita jadikan teman untuk redakan keadaan.
6. Sentiasa ingat akan kematian. Ia hal pasti. Dan perlu kita sentiasa muhasabah. Hal ini akan buatkan kita agar sentiasa mengerjakan amalan dan meninggalkan yang mungkar.
7. Tak buang masa. Kalau ada kerja, tak bertangguh. Selesaikan tepat waktu atau lebih cepat dari itu.
8. Solat sentiasa fokus dan khusyuk. Jangan ala kadar. Kena beringat bahawa kita sedang menghadapkan diri kita pada Allah SWT. Pelihara solat, maka Allah akan pelihara diri kita dan rezeki kita.
Ingatlah bahawa rezeki bukan sahaja terletak pada wang ringgit. Rezeki sebenarnya adalah kelapangan masa, kesihatan diri, dipermudahkan urusan dan ketenangan hidup. Itulah sumber rezeki terbesar kita semua.
Moga kita semua dimurahkan rezeki selalu ya.
Sumber kredit: Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah Top image: Photo by frank-cone from Pexels
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.