Pesan Doktor Ini, Jaga-jaga Kalau Demam Dan Selesema Mungkin Simptom Influenza

Share

Influenza adalah penyakit yang disebabkan oleh virus yang berjangkit melalui sistem pernafasan dengan gejala utama seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit kepala, sakit otot dan kelesuan.

Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim hanya menyebabkan demam selesema ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk seperti pneumonia kepada kumpulan risiko seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis (diabetes).

Murid Tahun Satu, Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain, 7, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan disyaki dijangkiti influenza, meninggal dunia pada jam 10.41 malam tadi.

Jika anda atau ahli keluarga mengalami demam atau selesema, jangan ambil mudah. Berikut perkongsian Dr Amalina Mohd Daud

JAGA-JAGA BILA ANAK KITA DEMAM DAN SELESEMA

Sekarang epidemik ya influenza A. Influenza A ni apa? Ia adalah jangkitan virus yang sangat contagious – ertinya mudah menjangkiti di antara manusia, burung dan haiwan. Ingat tak selesema babi H1N1? Influenza A lah punya angkara!

Influenza ni bukan macam common cold yang batuk selesema biasa ni. Influenza ni sangat bahaya sebab boleh membawa ke penyakit yang lebih serius – pneumonia, COPD, bronchitis, sinusitis (bengkak dinding dalam hidung), otitis media (jangkitan telinga), acute necrotising encephalitis (rare).

Risiko untuk dapat komplikasi yang serius:
1. kanak-kanak yang berusia kurang 5 tahun
2. kanak-kanak dan remaja yang kurang dari 18 tahun yg mengambil ubat mengandungi aspirin dan salicylates
3. orang tua yang berusia lebih daripada 65 tahun
4. orang yg immunocompromised – wanita mengandung, HIV, cancer, penderma organ

Golongan di atas memang berisiko. Kalau boleh ambillah influenza vaksin setiap tahun kecuali yang immunocompromised tu.

Anak saya batuk ni adakah anak saya ada influenza A?

Sebenarnya ada perbezaan dengan batuk biasa dengan jangkitan influenza. Apa bezanya?
1. Batuk selesema biasa (common cold) ni biasanya berpunca daripada jangkitan virus lain yg bukan influenza. Biasanya takde vaksin untuk mencegah pun.
2. Influenza ni biasanya virus yang menjangkiti tekak, hidung dan paru-paru. memang ada vaksin untuk cegah influenza ni
3. Biasanya influenza ni didatangi dengan badan yang lenguh dan sakit-sakit.
4. Influenza juga ada demam yang tinggi selama 3-4 hari. Common cold ni biasanya tak demam.
5. Influenza ni akan datang dengan kepenatan yang amat sangat sampai budak jadi tak aktif, tak larat dan kemudian sakit kepala teramat. Common cold biasanya takde sampai tak larat.
6. Common cold ni biasanya ada sakit tekak dan bersin-bersin which jarang ada pada influenza.
7. Kedua-dua penyakit ni boleh dikurangkan kadar sebarannya dengan cara mengasingkan anak yg sakit jangan bawak keluar, kerap membasuh tangan dan mengelap tempat yang disentuh oleh pesakit. (hygiene freak!)
8. Untuk elakkan dijangkiti influenza, ambillah extra vaksin against influenza. Influenza vaksin selamat diambil oleh ibu mengandung. Tiada vaksin untuk common colds.
9. Tamiflu dapat mengurangkan duration influenza dan pesakit lebih cepat sembuh. Tapi katanya dah habis stock kan..
10. Jaga diri dan jaga kesihatan. Banyakkan berehat. Jaga kebersihan. Kalau ada symptom seperti – sesak nafas, nafas laju, jangkitan telinga, susah bernafas, sawan segeralah bawa berjumpa doktor.

Published by
Norhasliza