Pesakit SLE Terharu Kakitangan Hospital Raikan Hari Jadi Sebelum ‘Discharge’

Share

Ujian itu sudah pasti bagi setiap manusia di atas muka bumi ini. Ujian demi ujian yang kita terpaksa lalui, sebenarnya mengajar dan membuatkan kita lebih kuat. Kata orang, ‘you never know how strong you are, until being strong is the ONLY choice you have’.

Dalam hidup ini, semua orang mempunyai dugaan hidup dan ujian yang berbeza. Ada yang diuji dengan kesusahan hidup, kehilangan harta, kematian orang tersayang, sakit dan lain-lain.

Terkadang, apabila sedang menjalani ujian hidup, sokongan orang sekeliling lah yang menjadi ‘penguat semangat’. Walaupun apa yang dilakukan mungkin perkara kecil, namun ia menjadi sangat bermakna buat seseorang.

Seperti kisah yang tular di laman TikTok, seorang ‘pejuang’ SLE semenjak 2003 yang bernama Nasuha Qistina Amiruddin ini. Nasuha meluahkan rasa tersentuh dan terharu apabila doktor dan jururawat menyambut hari kelahirannya ketika di hospital.

Apa itu SLE?

Sebelum pergi lebih mendalam mengenai kisah gadis ini, ayuh kita kenali dahulu penyakit Systematic Lupus Erythematosus atau singkatannya SLE. 

Sumber gambar dari Google

Menurut laman Kementerian Kesihatan Malaysia, Systemic Lupus Erythematosus (SLE), atau lupus, ialah suatu penyakit ‘autoimun’ di mana badan menghasilkan antibodi yang menyerang tisu badan sendiri, menyebabkan radang atau inflamasi di banyak bahagian badan seperti kulit, sendi dan organ dalaman seperti otak, paru-paru, jantung dan buah pinggang. 

Penyakit ini menjadi antara salah satu penyakit yang ditakuti oleh wanita. Kebiasaanya penyakit autoimun ini akan menyerang umur wanita yang sedang dalam jangka waktu subur. Contohnya di antara usia 15 hingga 45 tahun. 

Penyakit SLE juga merupakan penyakit kronik yang boleh merebak ke organ lain serta boleh mengakibatkan kematian. Gejalanya boleh menjadi teruk dan kemudian hilang bersilih ganti. Perjalanan sebagai SLE ‘fighter’ bukanlah suatu perjalanan yang mudah, ia memerlukan sokongan daripada ramai pihak.  

Artikel berkaitan: Tahu Hidap Kanser Lepas Dapat Anak Ke-2, Kini Masih ‘Survive’ & Jadikan Surah Al-Mulk Sebagai Penawar

Terharu ‘diraihkan’ semasa ulang tahun

Nasuha Qistina yang berumur 21 tahun ini telah memuat naik video di TikTok ketika ‘diraikan’ sempena ulang tahunnya. Dapat dilihat, beberapa orang

kakitangan Hospital Selayang membawakan kek untuknya dan meraikannya bersama-sama.

“Terima kasih buat doktor kerana meraikan hari kelahiran saya. Tak tergambar perasaan terharunya saya. 2022 tahun yang sangat mencabar untuk saya,” tulisnya.

@nasuha_qistinaTerima kasih buat Dr2 kerana meraikan hari ulangtahun kelahiran saya. X tergambar perasaan terharunya saya. 2022 tahun yg sgt mencabar utk saya

♬ Kenangan Terindah – SAMSONS

Apa yang menarik perhatian Hijabista ialah dia diraikan oleh kakitangan di Hospital Selayang yang berbilang bangsa. Bukan sahaja kek, malah dia dihidangkan makanan serta jambangan bunga yang berisi coklat dan ‘jajan’. 

Netizen turut mendoakan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan kesihatan gadis itu dan tidak lupa untuk mengucapkan selamat hari jadi. Mereka turut memuji dan bersetuju bahawa kakitangan di hospital tersebut memang terkenal dengan sifat peramah dan mesra. Video tersebut kini telah meraih lebih 24.1K jumlah tontonan dan 6K kesukaan.

“Selamat ulang tahun kelahiran dik… moga dikurniakan kesihatan yg baik”

“Dapat Doktor dan nurse baik pun dikira rezeki…”

“Selamat hari lahir awak, alhamdulillah dikeliling org yg baik2…moga cepat sembuh”

“Doktor and nurse hospital selayang semua baik 😁 dua kali warded tak pernah lagi jumpa yang kasar dengan pesakit”

“Moga sentiasa dalam limpahan kasih sayang dan rahmatNYA. Moga terus kuat berjuang Lupus fighter.”

Hasil tinjau Hijabista, gadis tersebut kerap memuat naik keadaannya ketika sedang dirawat di Hospital tersebut, serta sering meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi orang yang baik.

Dia telah dibenarkan ‘discharge’ daripada hospital pada Jumaat yang lalu. Nasuha juga tidak lupa untuk mengambil gambar kenangan bersama kakitangan hospital tersebut. 

Sumber gambar dari TikTok @nasuha_qistina

MasyaAllah, Hijabista turut mendoakan agar adik Nasuha diberikan kesembuhan seperti sediakala. Semoga diberikan juga kekuatan dan kesihatan di masa hadapan. 

Artikel berkaitan: Banyak Makan Process Food & Junk Food, Setahun Sekali Period..Baca Pengalamannya Apabila Ovari Dipenuhi Cyst!

Sumber: TikTok Nasuha

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
S.Amira