Bila perut masuk angin, mulalah badan rasa serba tak kena. Perut rasa senak dan kentut pun rasa susah je nak keluar. Sudahnya, anda akan moody sepanjang hari dek kerana badan rasa tidak selesa. Bila dah moody, orang sekeliling akan turut terpalit walaupun mereka sendiri tidak tahu apa salah mereka.
Apa kata cuba petua yang dikongsi oleh Zilla Janis menerusi laman Facebooknya. Menurutnya, air rebusan halia dan halba ini bukan sahaja dapat membuang angin dalam badan, malah boleh mengempiskan perut. Mudah kan nak dapatkan perut yang kempis?
Berikut merupakan perkongsian Zilla Janis:
Bila perut masuk angin. Nak lena tido pun susah. Zilla ni dah berapa lama tido tak lena. Perut senak. Kentut nak kua pon memalu kucing.
Pagi tadi sebelum sarapan. Zilla rerajinkan lah diri pi godek periuk. Zilla rajin tau. Lelagi bab nak cantik dan kuyuss. Hihi.
Bahan-bahan:
- Halia seinci.
- Halba sesudu.
- Teh green tea seuncang.
- Air 2 cawan.
Cara-cara:
- Halia tu korang potong pepanjang. Tak ya buang kulit. Basuh je. Jangan tak basuh pulak. Kene rajin tau. Rajin!
- Campak semua bahan dalam periuk yang berisi air. Biar sampai mendidih. Pastu tuang dalam cawan. Biarkan kejap sampai suam. Pastu minum. Sebelim sarapan tau.
- Kalau nak sedap sikit. Buh madu sesudu. Memang mengancam rase dia. Tak pahit pon seriusss zilla cakap ni. Sedappp!
Kalau korang amalkan selama seminggu. Perut akan flat je. Mase tu nak gelek inul pon boleh. Kalau perut buncit. Nak gelek tak best. Bergoyang lemak. Hahahaha.
Okay sudahh! Jangan suke sangat. Zilla nak citer sikit biodata cik halba kat korang.
Khasiat halba:
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung dan senak perut.
- Banyakkan susu badan.
- Menghilang lendir tekak.
- Mengatasi sakit kepala dan migrain.
- Mengurangkan sengugut.
- Menurunkan berat badan.
- Menyuburkan rahim.
- Merawat masalah kulit dan bisul.
Baguskan khasiat halba. Lelagi untuk ompompuan. Orang laki pon bagus je minum. Untuk tenaga batin dan cegah kemandulan.
Kalau korang dah cube #tips zilla ni. Jangan lupe komen kesannye kat bawah.
Sumber: Facebook Zilla Janis
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resolusi 2023, Rizky Billar Mahu ‘Peluang Kedua’ Berazam Jadi Lebih Baik, Belajar Dari Kesilapan Lalu!
Tahun 2022, boleh dikatakan bukanlah tahun yang gemilang bagi pelakon muda, Rizky Billar dan juga pasaganya yang juga pempengaruh media sosial, Lesti Kejora.
Malah, rumahtangga yang dibina atas dasar cinta hampir musnah akibat sikap panas baran Rizki yang menunjukkan perilaku buruk memukul isteri terbongkar hingga diketahui khalayak umum.
Sejak Episod Buruk Itu, Hidup Rizky Tak Lekang Dari Kecaman Wargamaya!
Sehubungan itu, ketika ditemui media Indonesia, Rizky mengakui hidupnya berantakan dan tidak menentu apabila sering dihujani dengan pelbagai kecaman dan dibenci oleh kebanyakan masyarakat tempatan.
Justeru, pada tahun 2023 ini, Rizky berhasrat agar dia dapat mengutip setiap pengajaran yang diterima daripada tindakan dan kesalahan yang dilakukannya sepanjang tahun lalu.
“Apapun kesalahan yang saya lakukan. Saya bilang apa pun yang saya lakukan, mudah-mudahan saya bisa belajar.
“Terus ya mudah-mudahan kami ini bisa menjadi orang tua yang bisa jadi contoh untuk anak-anak kami sehingga menjadi anak yang berbakti,” kata Rizky Billar laporkan Insertlive.
Sehubungan itu, Rizky berharap agar tahun baharu ini menjadi tahun yang baik bagi dirinya untuk menjadi insan yang lebih baik.
Selain itu, Rizky meminta agar masyarakat memberikan ‘peluang kedua’ serta berhenti mengkritik, mencaci serta membencinya.
Artikel berkaitan: Masih Trauma Walaupun Sudah Keluar Hospital, Lesti Kejora Ambil Masa Untuk Pulih.
Mengulas berhubung perkembangan karier sebagai anak seni, Rizky berkata, dia masih berharap menemui jalan keluar dan rezeki yang lebih baik dalam industri hiburan tanahair tahun ini.
Ini demikian kerana, tahun lalu dia telah diboikot serta dilabel sebagai ‘kaki pukul’ isteri.
“Resolusi di bidang karier, kalau memang Allah masih mengizinkan bisa kembali ke layar kaca itu bukan sesuatu yang dipaksakan. Setiap satu pintu tertutup,
masih ada 999 pintu rezeki lainnya,” ujarnya yakin.
Terdahulu, nama pasangan sama cantik sama padan Rizky Billa dan Lesti Kejora menjadi sorotan hingga ke Malaysia, apabila Rizky didakwa telah melakukam keganasan rumahtangga terhadap Lesti.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 19 Ogos 2021, hasil dari perkongsian hidup bersama mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.
Artikel berkaitan: Terkesan Gempa! Lesti Kejora Menangis Doakan Keselamatan Keluarga Di Cianjur
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Demi Mencari Rezeki Halal, Bienda Langsung Tak Kekok Jual Pau Tepi Jalan!
Sebut sahaja nama Bienda atau pemilik nama penuh Nor Razlinda Razli pasti ramai akan terkenangkan suara lunak merdu bekas penyanyi nasyid kumpulan Solehah pada era 90-an ini yang juga pernah dianggotai oleh isteri usahawan terlajak laris, Datin Nur Shahida Mohd.
Sekadar recap, Bienda memulakan kerjaya nyanyiannya seawal usia 12 tahun dengan menganggotai sebuah kumpulan nasyid wanita Solehah selama 5 tahun, bermula dari tahun 1998 hingga 2002. Pada tahun berikutnya, Bienda telah mengambil keputusan untuk keluar daripada Solehah dan mula bergerak secara solo.
Pasti ramai diantara peminat Bienda mahupun ‘Biendalovers’ yang tertanya-tanya apakah perkembangan terkini artis versatil yang pernah diangkat sebagai ikon fesyen, sehingga menjadi ikutan ramai gadis disebabkan imej berhijab serta gaya penampilannya yang begitu gypsy satu ketika dahulu.
Dari Ikon Fesyen Kini Bienda Usahawanita ‘Papapau’ Berjaya!
Kini HIJABISTA, tumpang gembira melihat bisnes pau yang diusahakan Bienda mendapat sambutan ramai. Pernah menjadi penyanyi kumpulan nasyid, Bienda bagaimana pun tidak segan berniaga di tepi jalan dan mencari pelbagai peluang rezeki halal demi kelangsungan hidup.
Sejak perniagaan pau viral sekitar tahun 2022, Bienda berkata perniagaan ‘Papapau’ yang diusahakan bersama suami tercinta iaitu Kamarul Zariman Abdul Rahman pada hujung Disember 2021 masih mendapat sambutan dan mempunyai penggemar tersendiri.
Pau yang dijual selain gebu dan berinti penuh, terdapat pelbagai perisa ditawarkan termasuklah Pau Kaya, Pau Kelapa, Pau Kacang, Pau Coklat Beryls, Pau Kari Ayam Dara dan Pau Kari Daging Empuk.
Artikel berkaitan: 15 Tahun Menyepi, Bienda Kongsi Perkembangan Terkini Waheeda ‘Wassini’
Paling rare, perisa Pau Bolognese Mozarella Cheese dan Pau Carbonara Cendawan Subur.
Akui wanita cantik dan anak kepada penyanyi Sheeda ini, gerai jualan mereka dikunjungi ramai sejak gambarnya menjual pau di tepi jalan bertebaran di media sosial.
Selain Perniagaan Pau, Bienda Juga Jual Koleksi Busana Muslimah
Malah, menurut Bienda sebelum memulakan perniagaan menjual pau, dia sememangnya sudah bergiat aktif hingga bidang perniagaan bukanlah satu perkara asing baginya. Bienda mula menceburi dunia perniagaan dengan menjual tudung dan inner.
Selain rancak berniaga pau aneka perisa, Bienda juga menjual koleksi jubah dan busana wanita. Sampai hampir licin di pasaran. Alhamdulillah!
Malah ketika ditanya, adakah dia merasa kekok keluar dari dunia ‘glamour’ dan kini bergelar oarang kebanyakkan, Bienda menegaskan bahawa dia langsung tidak kisah berniaga di tepi jalan seperti yang diusahakannya bersama suami ketika ini. Asalkan produk yang dijual berkualiti dan sedap.
Untuk rekod, Bienda berkahwin dengan suaminya yang merupakan bekas penerbit sebuah stesen televisyen pada pada 10 Oktober 2009.
Hasil perkongsian hidup selama 15 tahun itu, kehidupan pasangan merpati dua sejoli ini telah diserikan lagi dengan kehadiran dua cahaya mata perempuan iaitu Lavienda Namiraz dan Laxiendra Namiraz.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Artikel berkaitan: “Sayang Sampai Syurga” BIENDA Bersyukur Dapat Tunai Hajat Arwah Adik Untuk Khatam Quran & Umrah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber Foto: Instagram Bienda & Instagram Papapau
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Umrah Harga ‘Kayangan’ Dan Layanan ‘Double-Standard’ Adalah Rezeki Masing-Masing!
Baru-baru ini, kecoh di laman sosial berhubung satu pakej umrah yang ditawarkan oleh sebuah agensi swasta hingga menjadi sorotan dan perdebatan dikalangan wargamaya.
Ini demikian kerana, agensi berkenaan didakwa mengenakan caj harga perkhidmatan yang terlampau tinggi bagi perlaksanaan ibadah umrah dengan menampilkan selebriti terkemuka di Malaysia.
Sehubungan itu, bagi merungkai isu ‘panas’ ini, Hijabista mendapatkan maklum balas daripada Ustazah, Dr. Robiah K Hamzah yang sering mendapat undangan bersama jemaah ‘kayangan’ melaksanakan ibadah umrah.
Layanan ‘Double Standard’ Juga Satu Bentuk Rezeki
Menurut Ustazah Robiah yang mesra disapa dengan panggilan ummi, jelasnya perkara ini tidak seharusnya diperbesarkan sehingga menjadi perbalahan sesama muslim. Malah, jika seseorang individu itu mampu, menyertai pakej umrah ‘kayangan’ ini seharusnya dilihat dari sudut positif menerusi konteks ‘rezeki’.
Sudah ditetapkan oleh Allah, bahawa individu itu mempunyai rezeki yang lebih, menggunakan wang hasil titik peluhnya sendiri untuk mendapatkan ibadah yang selesa dan sesuai dengan kos yang dikeluarkan.
Seperti yang kita sedia maklum, pakej umrah kayangan ini semestinya menawarkan keselesaan yang jauh lebih baik berbanding pakej-pakej umrah sedia ada. Malah, urusan mereka juga lebih mudah dan berjalan lancar kerana ditawarkan perkhidmatan ‘kelas pertama’.
“Contohnya, di Thaif mereka singgah di restoran paling mahal, jadi layanan, makanan, dan cara mereka di sambut ketika tiba di tanah suci sudah pasti berbeza, mereka juga dimudahkan segala urusan ketika melaksanakan umrah.
“Mereka tidak diuji Allah dengan ujian-ujian kecil ketika dalam perjalanan, tak ditimpa musibah seperti sakit. Kerana mereka dijaga dalam bentuk yang highclass.
“Dari segi layanan pengurusan, hinggalah kepada kepakaran mutawwif semuanya ‘tiptop’ sebagai pemandu arah (tour-guide) kepada jemaah-jemaah yang terlibat dalam pakej umrah kayangan ini.
“Ini juga merupakan satu bentuk rezeki dan nikmat yang mereka (golongan berada) mampu untuk bayar,” ujarnya.
Tambahnya lagi, bercakap melalui pengalaman membawa golongan kenamaan menunaikan ibadah umrah, Ummi berkata, setiap kos yang dibayar dan dikeluarkan oleh golongan ini sememangnya berbaloi dengan keselesaan melakukan ibadah yang mereka terima.
“Sebab orang-orang yang menguruskan jemaah kayangan ini pun bukan orang Malaysia, kita hanya menjadi orang tengah sahaja. Disana banyak menggunakkan tekong-tekong atau pakar-pakar seperti pakar perjalanan, pakar tempat makan, pakar travel, pakar tempat bersejarah.
“Hampir semua perkhidmatan umrah kayangan ini menggunakan pakar. Jadi ummi merasakan beruntungnya dapat masuk ke pakej ini, kerana kita mendapat satu layanan yang sangat istimewa di tanah suci,” jelasnya.
Hukum Menunaikan Umrah Dengan Kos ‘Kayangan’
Mengulas berkenaan hukum, Ummi berkata ia berbalik kepada hukum asal menunaikan rukun Islam kelima itu, iaitu ‘Menunaikan Haji dan Umrah bagi yang mampu’. Hukumnya wajib bagi yang menunaikannya pertama kali, dan sunat bagi mereka yang menunaikannya kali kedua dan seterusnya.
Tetapi Ummi menegaskan, meskipun hanyalah melakukan ibadah sunat, pastinya kita mahu mengerjakan dan melaksanakannya dengan cara yang paling baik, agar ibadah kita itu sempurna dan diterima disisi Allah swt.
“Maksud paling baik ini, pertama kita mesti berada dalam keadaan sentiasa dilindungi Allah dan dikurniakan nikmat kesihatan yang baik.
“Kedua, sewaktu pergi melaksanakan ibadah, kita juga dapat menghulurkan sedekah. Kemudian kita juga diberikan kemudahan-kemudahan seiring peredaran zaman.
“Contoh kalau dulu kita kata duduk masjid, tak payah la air-cond kipas pun dah cukup, dah boleh laksanakan ibadah. Solat je pun. Tapi akhirnya kita akur perlunya ada penambahbaikkan juga, supaya ibadah kita lebih mudah dan khusyuk.
Artikel berkaitan: Pertama Kali Tunai Umrah Bersama Suami, Zizi Kirana Akui Rasa Teruja! Sebab..
Justeru, Ummi berkata tidak timbul isu sekiranya travel agensi menggunakan para selebriti sebagai ‘umpan’ untuk menarik pelanggan ataupun mengumpul jemaah agar perlaksanaan ibadah umrah itu dapat disegerakkan.
“Kalau nama dia (para selebriti) mampu untuk menarik pelanggan dan menarik orang-orang untuk pergi umrah apa salahnya? Itu merupakan satu cara travel agensi dapat mengumpul jemaah pergi menunaikan umrah dengan lebih cepat. Mungkin itu juga satu nikmat dari selebriti tadi.
“Kedua, artis yang membantu travel agent untuk mendapatkan pelanggan, itu juga kita anggap sebagai sebahagian dari ibadah.
Namun, katanya bagi rakyat marhaen yang tidak mampu untuk membayar kos pakej kayangan, mereka juga layak menunaikan umrah tetapi perlu berpada-pada dan tahu ‘mengukur baju, di badan sendiri’.
Rakyat marhaen tidak perlu ‘mengikat perut’ serta merasa runsing memikirkan bagaimana cara untuk mengumpul wang, hanya kerana ingin menikmati pakej umrah kayangan ini.
Taja Fakir Miskin Tunai Umrah, Jauh Lebih Baik Dari Keluar Kos Pergi ‘Umrah Kayangan’
Bagaimanapun, Ummi turut menasihati golongan yang berduit ini agar menaja fakir-fakir miskin menunaikan umrah bersama mereka, daripada pergi menunaikan umrah secara bersendirian dengan mengambil pakej ‘kayangan’.
“Kepada orang ‘kayangan’ kalau ada duit yang banyak, lebih baik membawa lebih ramai jemaah menunaikan umrah. Tajalah orang untuk pergi umrah. Kerana itu diantara ibadah yang paling besar, jika dibandingkan dengan ibadah kita bersendirian dengan belanja mewah.
“Kalau Allah kata satu umrah satu pahala. Kalau taja 10 orang, dapat 10 pahala umrah contohnya.
“Ummi nasihatkan kepada yang banyak duit, daripada membayar harga-harga kayangan ini, lebih baik gunakan duit itu, kita pegi sama-sama ambil pakej sederhana yang dekat dengan masjid,” katanya.
Mengulas isu sama, Ustazah Robiah turut mengingatkan agar mereka yang pergi menunaikan umrah bersama golongan artis agar menjaga niat dan ikhtilat supaya tidak terpesong.
“Jagalah niat, walaupun membayar dengan harga mahal tapi jangan sampai jatuh riak, kita takut dengan adanya selebriti ini dia akan jatuh riak. Contohnya saya pergi umrah dengan artis ini, artis itu. Jadi jangan sampai niat-niat ini terkucil hingga menjejaskan ibadah,” tegasnya.
Sekadar info, media tempatan melaporkan bahawa ketidakstabilan harga perkhidmatan ibadah umrah mengakibatkan para jemaah terpaksa menanggung kenaikan harga pakej umrah yang naik mendadak hingga melebihi 50 peratus, berbanding pakej asal yang ditempah.
Perkara berkenaan mendapat pengesahan Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, pihaknya mengesan kenaikkan berkenaan mula berlaku sejak November lalu, susulan kenaikan jemaah Umrah yang mendadak sebaik Arab Saudi membenarkan penggunaan visa pelancongan Umrah
Artikel berkaitan: Permulaan 2023 Yang Baik! Intan Najuwa Dan Keluarga Selamat Tiba Di ‘Tanah Suci’ Tunai Umrah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI