Perut ini asyik berbunyi sahaja, rasanya makan dah cukup kenyang tetapi kenapa bunyi lagi? Pasti anda pernah alami situasi sebegini bukan, apakah punca perut yang sering berbunyi ini? Adakah ia menunjukkan faktor kondisi kesihatan yang mudarat?

Sebenarnya kita telah terlalu biasa dengar perut berbunyi tanda kita lapar. Hakikatnya, perut juga berbunyi sebagai satu petanda masalah kesihatan.

Perut berbunyi sebagai penggera badan

Perut Kerap Berbunyi Tanda Masalah Kesihatan? Ini Penjelasannya!

Ramai yang anggap bahawa perut berbunyi secara kebiasaannya kerana ia tanda lapar dan perut kosong. Jadi ia tidak menjadi satu masalah kerana jalan penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan makan.

Namun, makan sudah cukup kenyang–tetapi perut masih lagi berbunyi seolah-olah tidak menjamu apa-apa makanan sebelumnya, kePeunapa ya? Ia mungkin menjadi tanda tanya buat anda.

Menurut HelloDoktor, perut berbunyi mungkin bukan sahaja sebagai penggera badan untuk memberitahu kita bahawa sudah tiba waktu makan. Malah, perut berbunyi oleh di sebabkan beberapa faktor pengambilan makanan atau jangkitan penyakit pada usus badan!

Artikel berkaitan: Senaman Pagi Baik Hilangkan Lemak Perut Wanita, Lelaki Pula Kawal Tekanan Darah Waktu Petang.

Jadi ada beberapa sebab kenapa perut kita berbunyi, ini adalah antaranya:

1. Perut berbunyi tanda lapar

Perut Kerap Berbunyi Tanda Masalah Kesihatan? Ini Penjelasannya!

Ads

Ya, perut berbunyi menandakan kita lapar. Apabila badan kita mula berasa lapar, terdapat berlaku satu peningkatan sejenis hormon di dalam otak. Hormon ini berfungsi untuk menghantar isyarat kepada usus dan juga perut.

Oleh dengan itu, usus dan perut menerima isyarat dan mula memberikan tindak balas seperti mengeluarkan bunyi dari dalam perut. Kejadian kontraksi ini adalah normal dari perut dan usus kerana ia memberikan reaksi normal ketika kita lapar.

2. Perut masih berbunyi selepas makan

Perut Kerap Berbunyi Tanda Masalah Kesihatan? Ini Penjelasannya!

Perut juga boleh berbunyi selepas makan oleh kerana ia merupakan tindak balas dalam tubuh yang normal. Kenapa ia terjadi? Dinding sistem pencernaan akan mula beri kontraksi supaya makanan yang di makan itu dapat melepasi perut ke bahagian usus dengan mudah.

Hal itu membuatkan perut anda akan berbunyi selepas makan dan tanpa sedar ia merupakan bunyi ‘kilang pencernaan’ sedang mula beroperasi. Jadi anda tidak perlu khuatir jika perut berbunyi selepas makan.

3. Perut berbunyi kerana gas

Perut Kerap Berbunyi Tanda Masalah Kesihatan? Ini Penjelasannya!

Ads

Jika kadar jumlah gas yang besar melalui sistem pencernaan, ia akan membuatkan perut kita berbunyi. Oleh dengan itulah kita sering mendapati perut yang berbunyi ini akan membuatkan kita rasa sebu dan banyak angin yang membuatkan kita sendawa!

4. Jangkitan dan keradangan pada gastrousus

Perut Kerap Berbunyi Tanda Masalah Kesihatan? Ini Penjelasannya!

Perut yang berbunyi juga boleh menunjukkan satu kondisi masalah kesihatan. Salah satu masalah kesihatan adalah keradangan atau jangkitan gastrousus erti kata lain perut.

Perkara ini sering berlaku bagi mereka yang menghidapi penyakit Crohn’s–penyakit keradangan yang kronik pada usus besar dan ileum di mana ia berkait rapat dengan ulser dan fistula. Selain dari perut berbunyi, sensasi loya dan mual-mual serta cirit-birit adalam simptom yang boleh terjadi.

5. Halangan dalam usus

Perut Kerap Berbunyi Tanda Masalah Kesihatan? Ini Penjelasannya!

Ads

Apabila banyak kadar cecair atau gas yang ada dalam perut, ia akan menyukarkan saluran gastrousus dan menyebabkan bunyi dalam perut. Hal ini kerana, usus akan meningkatkan kadar pergerakan peristaltik bagi membantu aliran cecair dan gas supaya lebih lancar.

Seterusnya, bunyi dalam perut terhasil oleh proses itu. Halangan lain dari cecair atau gas adalah di sebabkan oleh jangkitan cacing, penyakit keradangan atau hernia (angin pasang).

Artikel berkaitan: Sakit Perut Dan Kerap Cirit-Birit Dalam Masa Terdekat Ini, Mungkin Anda Di Jangkiti Cacing!

Kebanyakan orang akan mula sangsi dengan masalah kesihatan mereka dengan apa yang mereka ketahui. Jadi apa yang di sarankan untuk anda lakukan bagi mengurangkan masalah perut yang berbunyi ini adalah dengan ikuti cara ini:

  • Minum sejumlah air kosong yang banyak supaya ia dapat membantu melancarkan proses pencernaan.
  • Makan sesuatu ketika lapar agar dapat mengelakkan masalah seperti perut masuk angin.
  • Makan perlu dalam keadaan tenang dan perlahan bagi mengelakkan masalah ketidakhadaman.
  • Elakkan pengambilan minuman yang bergas kerana minuman itu dapat meningkatkan kadar gas dalam badan.
  • Kawal saiz hidangan anda, makan dengan banyak boleh membuatkan ketidakhadaman dan halang proses pencernaan untuk bergerak dengan mudah.
  • Amalkan gaya hidup sihat, bukan sahaja ia mampu meningkatkan kesihatan badan malah boleh membantu proses pencernaan anda jua.

Jika ada terdapat dari kalangan anda yang menghadapi masalah perut berbunyi yang agak membimbangkan, segera dapatkan rawatan dari doktor supaya dapat mencegah sebelum menjadi lebih teruk. Pastikan anda jangan memaksa diri untuk mencuba apa-apa tip yang boleh memudaratkan kesihatan.

Sumber info dan gambar: HelloDoktor dan Canva

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI