Selain terdedah dengan kulit wajah berjerawat, kaum wanita juga sering mengalami masalah perut buncit. Tidak semestinya masalah ini dialami oleh mereka yang berbadan besar, ada juga yang bertubuh kecil turut mengalaminya.

Perut Kempis, Kulit Pun Jadi Glowing, Wanita Ini Kongsi Resipi Air Detoks Yang Juga Slimming Drink

Perkongsian dari Nur Hafiza Omar di laman sosial facebook ini memberi petua bagaimana membuat minuman detoks yang boleh mengatasi masalah perut buncit dengan hanya menggunakan bahan dapur.

BAHAN-BAHAN:

1. Kulit kayu manis
2. Biji lada hitam
3. Halba
4. Lemon
5. Kurma Cina
6. Halia boleh tambah

Perut Kempis, Kulit Pun Jadi Glowing, Wanita Ini Kongsi Resipi Air Detoks Yang Juga Slimming Drink

Caranya mudah sahaja. Masak ke semua bahan di dalam periuk. Banyak khasiat daripada amalan minum air detoks.

Boleh amalkan setiap malam dan rebusan boleh guna sekali sahaja.Untuk tambah rasa boleh tambah halia.. Kemudian untuk kesihatan dalaman wanita masukkan sekali buah manjakani. Sesuai untuk lancarkan period dan keputihan.

Minuman detoks ini juga sesuai untuk buang angin, lawas, perut buncit, menjadikan kulit glowing kira serta sesuai dijadikan slimming drink. Wajib minum suam.

Ads

Sekiranya anda dalam proses menguruskan badan, sebaik-baiknya elakkan pengambilan gula dalam makanan dan juga minuman. Sebagai pilihan, pengambilan air detoks lebih sesuai malah penyediaannya juga mudah tanpa memerlukan masa yang lama.

Namun pengambilan air detoks ini biarlah tidak berlebihan. Apa juga perkara jika dilakukan secara berlebihan akan mendatangkan keburukan atau masalah.

1. Hakisan gigi

Terlalu banyak mengambil makanan atau minuman berasid seperti air lemon bergelas-gelas akan menyebabkan gigi turut kerap diselaputi asid.

Ads

Ia mampu menghakis enamel gigi dan membuat gigi semakin sensitif pada makanan sejuk dan panas. Bagi melindungi gigi ketika minum minuman berasid sebaiknya gunakan straw.

Perut Kempis, Kulit Pun Jadi Glowing, Wanita Ini Kongsi Resipi Air Detoks Yang Juga Slimming Drink

2. Pedih ulu hati

Minum air lemon juga boleh mencetuskan pedih ulu hati. Ia akan menjadi lebih serius jika anda pernah mengalaminya sebelum ini.

Ads

Pedih ulu hati ini akan menyebabkan rasa panas dan juga sakit di bahagian dada. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman berasid untuk mengelak serta mengurangkan simptom pedih ulu hati.

Perut Kempis, Kulit Pun Jadi Glowing, Wanita Ini Kongsi Resipi Air Detoks Yang Juga Slimming Drink

3. Kerap buang air dan dehidrasi

Ini juga salah satu kesan sampingan yang mungkin anda alami jika terlebih minum air lemon. Buah ini mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.

Nutrien ini memang bersifat diuretik yang bermakna ia meningkatkan penghasilan urin oleh buah pinggang untuk membantu tubuh mengeluarkan cecair dan sodium berlebihan dengan cepat.

Perut Kempis, Kulit Pun Jadi Glowing, Wanita Ini Kongsi Resipi Air Detoks Yang Juga Slimming Drink

Sekiranya anda merasai tanda-tanda dehidrasi seperti mulut kering, haus, pening kepala atau mengantuk segera kurangkan pengambilan air lemon.

Sumber kredit: Nur Hafiza Omar

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI