Badan langsing pastinya menjadi idaman semua orang, bukan hanya wanita, lelaki juga mahukan badan yang langsing. Harini, sudah menjadi trend untuk tampak lansing dan kurus. 

Malukan jika dari jauh sudah nampak perut buncit kamu? Nah! Jangan risau dan jangan mengeluh. Sebenarnya banyak bahan semula jadi yang boleh mengatasi masalah perut buncit kamu itu. Nak tahu apa dia? Ayuh baca pilihan di bawah ini!

Asam Jawa

Sumber gambar: Klikdokter

Banyak sebenarnya kebaikan asam jawa. Bukan hanya dari aspek masakan dan juga kecantikan tetapi ia juga bagus untuk menguruskan badan! Kandungan khasiatnya berfungsi untuk membakar lemak dan menjadikan perut kamu kempis dan tidak buncit.

Caranya: Ambil sedikit asam jawa dan bancuh di dalam segelas air panas. Biarkan semalaman. Esok paginya, minum air bancuhan asam jawa tersebut. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

Limau Nipis & Kapur Sirih

IKLAN
Sumber gambar: Alaf21

Pasti ini sesuatu yang baru untuk kamu kan? Jangan risau, kapur sirih tidak akan memberi kesan buruk kepada kamu jika kamu tahu cara dan juga fungsinya!

Caranya: Sediakan limau nipis dan kapur sirih. Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campur dengan kapur sirih dan gaul hingga sebati. Lumurkan ramuan tersebut ke perut dan balut perut dengan sehelai bengkung. Lakukan setiap malam sebelum anda masuk tidur.

Limau Nipis & Air

IKLAN

Siapa yang tidak tahu mengenai kebaikan limau nipis? Kandungan asidnya sanagt bagus untuk mengempiskan perut dan membuang lemak di dalam badan. Ramai dari kalangan kita menjadikannya salah satu bahan untuk membuat air ‘detox’. Ha mesti sedap!

Caranya: Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam.

Teh Cina & Limau Nipis

IKLAN
Sumber gambar: AIA

Masih menggunakan bahan limau nipis, tetapi kali ini kita campurkan dengan teh cina untuk dijadikan alternatif kuruskan badan yang baik. Teh cina kaya dengan kandungan antioksidan yang mampu untuk mengeluarkan bahan-bahan yang tidak sepatutnya ada dalam badan kamu!

Caranya: Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Minyak Kelapa

Sumber gambar: Hot Liputan 6

Jangan terkejut ya dengan bahan yang terakhir ini! Siapa kata minyak kelapa hanya digunakan dalam masakan sahaja? Ataupun untuk mencantikkan rambut? Sebenarnya minyak kelapa juga berfungsi untuk menurunkan berat badan! Tak percaya? Cubalah!

Caranya: Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Sejukkan, kemudian sapu ke perut. Biarkan seketika selama 10 minit. Kemudian bilas. Amalkan setiap hari.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI