Perut Buncit Bukan Masalah Untuk Hijabi Tampil Bergaya. Ketahui 10 Helah Fesyen Ini!

Share

Salah satu kekangan untuk wanita tampil bergaya adalah masalah perut yang buncit. Bila sarung apa sahaja pakaian pada tubuh, rasa macam tak kena.

Memang tidak mudah untuk menghilangkan masalah perut buncit ini terutamanya bagi wanita bekerjaya dan sibuk menguruskan hal rumah tangga.

Memahami masalah ini, Hijabista kongsikan beberapa helah dan tip untuk sorokkan perut buncit anda.

1. Tali Pinggang

Foto: Pinterest

Jangan sesekali memakai tali pinggang kerana ia akan buat semua mata memberi fokus pada bahagian perut anda. Jadi, elakkan ya!

2. Beg ‘Oversized’

Foto: Pinterest

Anda digalakkan memakai beg yang ‘oversized’ kerana ia akan mengalihkan perhatian daripada memberi tumpuan pada perut anda.

3. Denim ‘High-Waisted’

Foto: Pinterest

Celana denim berpinggang tinggi adalah jawapan yang tepat bagi anda yang sukar menyembunyikan bahagian perut itu. Lebih baik anda elakkan daripada memakai celana berpinggang rendah kerana ia bakal menonjolkan lebihan lemak pada bahagian tepi dan belakang tubuh anda.

4. Blouse ‘Colour Block’

Foto: Pinterest

Blouse dari kroma ‘block’ serta punya potongan sisi yang menarik mampu menyembunyikan perut comel anda itu.

5. Flowy Shirts

Foto: Pinterest

Flowy shirts antara pakaian yang wajib ada di dalam almari anda! Efek daripada kemeja ini mampu memberi ilusi yang lebih menarik pada bahagian bahu ke bawah.

6. Busana Ketat & Sendat

Foto: Pinterest

Elak daripada memakai pakaian yang sendat terutama pada bahagian perut kerana ia akan buat anda tampak seperti wanita mengandung!

7. Skirt Pensel & Fabrik Lycra

Foto: Pinterest

Hindari daripada memilih skirt pensel daripada fabrik elastik seperti lycra yang melekat pada tubuh. Anda boleh gayakan ia tetapi lebih menarik dengan padanan blaus longgar yang menutupi bahagian perut.

8. Kaftan & Blouse Paten Kimono

Foto: Pinterest

Pilihan terbaik untuk anda! Kaftan serta blouse dengan paten kimono tentunya dapat menyembunyikan kelemahan anda.

9. Peplum

Foto: Pinterest

Peplum juga antara item yang perlu ada di dalam lemari anda. Di pasaran juga terdapat pelbagai pilihan blouse inovasi daripada gaya peplum yang mempunyai potongan pada bahagian tengah dan punya injeksi beralun longgar pada bahagian bawah.

10. Lapisan Busana

Foto: Pinterest

Gayakan padanan baju yang sedikit berlapis. Anda boleh gayakan jaket yang sedikit longgar bersama blouse dari bahan sifon.

Published by
Naqiyatul Uzma