Jerawat selalunya memang merunsingkan terutamanya bagi kaum wanita. Memang normal sekiranya seseorang individu mengalami masalah jerawat.
Tetapi, sekiranya anda alami jerawat yang teruk, tentunya keyakinan diri juga merudum dan anda malu untuk berhadapan dengan orang ramai.
Jerawat sebenarnya boleh dicegah. Cuma anda perlu tahu faktor penyebabnya dahulu sebelum mencegahnya.
Jerawat Di Dahi
Bagi anda yang mengalami masalah jerawat pada dahi, ia bermakna anda mengalami gangguan pencernaan. Anda digalakkan melakukan dua diet iaitu diet makanan berlemak tinggi dan diet makanan ringan.
Ads
Selain itu, anda juga disarankan minum air putih dan dapatkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya tujuh hingga sembilan jam setiap malam.
Jerawat Di Pipi
Gaya hidup yang tidak sihat serta stress menjadi faktor mengapa jerawat tumbuh pada pipi. Selain itu, kebiasaan merokok serta alergi juga boleh menjadi faktor penyebab jerawat.
Ads
Untuk mengatasinya, banyakkan pengambilan sayur hijau dan kurangkan pwngambilan susu serta daging.
Jerawat Di Dagu & Bibir
Biasanya, jerawat yang muncul pada dagu dan bibir adalah disebabkan oleh perubahan hormon dan stress. Faktor lain penyebab jerawat adalah disebabkan kurang minum air.
Ads
Jadi, untuk mengatasi masalah ini, anda perlu mendapatkan tidur serta rehat yang cukup dan ambil makanan yang seimbang. Minum air putih secukupnya kerana kurang minum air akan menyebabkan penyakit lain pula yang datang
Jerawat Di Hidung
Jerawat pada hidung akan menyebabkan anda moody satu hari kan! Dah la sakit, orang nampak pulak tu jerawatnya.
Jerawat yang muncul pada hidung menandakan anda mempunyai masalah pencernaan serta peredaran darah yang kurang baik. Penyelesaiannya, anda disarankan mengambil makanan organik dan bebas radikal.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Hidayah Allah datang tanpa diduga. Ada yang cepat dan lambat menerima hidayah dariNya. Seperti pelakon, pengacara dan usahawan kecil molek, Elfira Loy yang menjadi antara selebriti terawal menerima penghijrahan dari Allah. Dia melakukan penghijrahan dengan berhijab seawal usianya 21 tahun. Malah lebih mengharukan, Elfira berhijab dengan keinginan sendiri bukan paksaan dari seseorang. Lebih menggembirakan bakal Imamnya juga memang suka melihat dirinya berhijab.
Bercerita kisah penghijrahannya sempena Edisi Hijabersary, Elfira memberitahu sudah lebih 4 tahun dia berhijab sejak mendapat kunci kebebasan ketika usianya 21 tahun.
Keinginan sendiri bukan paksaan
“Alhamdulillah El sudah hampir empat tahun berhijab dan sehingga saat ini tidak pernah terlintas sedikit pun untuk menanggalkannya. Malah El tidak rasa menyesal apabila memakai hijab lebih awal kerana ketika itu El merasakan ianya memang really good timing untuk berhijab.
“El berhijab ketika usia 21 tahun dan disebabkan oleh keinginan diri sendiri tanpa paksaan sesiapa. Waktu itu memang dada El berkobar-kobar menantikan saat untuk berhijab. Dan apabila pakai, El jadi insan yang paling happy sekali.
“Begitu juga dengan keluarga mereka turut happy dengan penghijrahan yang El lakukan. El cukup berbangga dapat berhijab hingga ke hari ini dan tidak pernah sekalipun terfikir untuk menanggalkannya. Insya-Allah,” ujarnya yang kelihatan cukup berseri-seri sejak jadi tunangan seseorang.
Namun begitu sepanjang tempoh berkenaan, tidak mudah untuk Elfira atau mesra dipanggil El ini untuk kekel istiqomah. Dan dalam masa sama cara untuk lebih mendalami ilmu agama supaya dapat menjadi insan lebih baik.
“Memang bukan senang sebenarnya untuk kekal istiqomah tetapi semuanya terpulang pada diri kita sendiri. Cara kita berfikir dan jangan selalu anggap perkara negatif sebaliknya fikirkan soal positif sahaja.
“Untuk kekal berhijab tak susah kerana kita sepatutnya cari benda yang mudah untuk menutup aurat. Sementara itu bagi memenuhi pengisian ilmu di dada pula El banyak beli dan membaca buku.
“Kalau orang lain memilih membeli novel tetapi El lebih suka beli buku keagamaan kerana bagi El ia lebih intimate. Kita tidak boleh tipu diri sendiri dan bila kita baca kita sendiri akan faham dan ikut apa ilmu yang dikongsi,” tambahnya yang turut bertanya pada Ustazah jika tidak faham sesuatu hukum.
Tanya Ustazah jika tak faham sesuatu hukum
“Kalau tak faham sesuatu hukum saya akan tanya pada ustazah atau kawan-kawan mama di masjid. Sekarang ini memang El rajin ikut mama ke masjid dan selalunya lepas waktu Subuh memang banyak kuliah yang bagus disampaikan penceramah.
“Biasanya El akan kongsi di laman sosial bukan untuk berlagak sebaliknya mahu share perkara atau ilmu yang baik dengan orang lain. Tidak kisah apa orang nak kata apa yang penting nawaitu untuk kebaikan bersama.
“Jangan pertikai apa orang lain cakap dan jangan kita fikir jemaah di masjid itu hanya orang tua sahaja. Sebaliknya ramai yang muda dan ini menjadi pemangkin semangat untuk El rajin mengunjungi rumah Allah itu,” cerita Elfira lagi yang beruntung kerana bakal Imamnya itu sendiri gemar melihat dirinya berhijab. Pasangan ini akan disatukan sebagai suami isteri pada Januari.
Suka explore stail sendiri
“Dia tak letakkan apa-apa kriteria untuk menjadi isterinya dan dia juga bukan jenis judge orang itu sesuka hati. Dia juga jenis tak suruh seseorang itu berubah dan segalanya bergantung pada diri kita sendiri. Lagi satu dia memang suka tengok El berhijab.
“Sejak berhijab memang El gemar tukar stail yang digemari. Sebenarnya styling tudung El belajar sendiri. El jenis suka explore benda baru setiap hari. Dan siapa yang follow IG El akan perasan setiap kali OOTD styling tudung mesti berlainan.
“Biasanya El akan ikut gaya pakaian pada hari berkenaan. El juga tiada idola yang dijadikan inspirasi sebaliknya menjadikan diri sendiri sebagai inspirasi kerana setiap style adalah dari gaya El sendiri,” jelas Elfira yang juga turut membuka perniagaan tudung dan hanya fokuskan ketika musim perayaan sahaja.
Kena pandai jaga diri & kekal istiqomah
Walaupun baru beberapa tahun berhijab namun Elfira tidak keberatan berkongsi sedikit nasiht buat hijabi di luar sana.
“Jangan takut untuk sentiasa explore new style. Be yourself dan find your way dalam cara paling mudah. Lagi satu kita harus sentiasa pandai jaga diri dan kekal istiqomah untu menutup aurat.
“Dan lagi satu kalau boleh hari demi hari berusahalah untuk menjadi Muslimah yang lebih baik,” ujarnya sambil tersenyum manis.
Sebut sahaja filem Ketika Cinta Bertasbih, pasti kenal dengan pelakon watak utama, Anna Althafunnisa’ yang dibawa oleh pendakwah terkenal Indonesia, Dr Oki Setiana Dewi.
Baru-baru ini, Neelofa sempat menemubual Oki ketika beliau hadir sebagai tetamu jemputan bagi episod ketujuh program ‘Next To Neelofa 2’ dan Oki telah berkongsikan detik sukar yang pernah dialaminya sewaktu baru bergelar pelakon.
Oki secara eksklusif telah berkongsikan momen di mana dirinya pernah menerima tawaran bayaran yang lumayan sekiranya dia sanggup membuka tudungnya bagi beberapa babak lakonan. Namun, Oki dengan tegas telah menolak tawaran tersebut.
“Saya kata tak boleh sebab saya pakai tudung. Dia kata tak apa lepas sekejap, selepas tu pakai balik.
“Dia tanya yakin ke tak nak terima tawaran ini dalam nada marah. Wang tawaran masa tu sangat banyak. Tapi saya tetap pertahankan hijab saya.
“Dia kata lagi kepada saya, kamu berhijab tak akan pernah jadi siapa-siapa,” ujar Oki.
Tambah Oki lagi, dia menangis begitu teruk ketika detik itu, kerana dia amat memerlukan wang untuk membiayai perubatan ibunya, dan mahukan ibunya mendapat rawatan terbaik dengan menggunakan wang itu.
Bagaimanapun, dia yakin dan percaya bahawa jika dia berkeras mahu memakai tudung maka Allah akan membantunya.
“Tapi saya minta kepada Allah dan percaya kepada Allah. Saya tetap nak pertahankan hijab saya.
“Meskipun wang yang ditawarkan sangat lumayan, saya masih berpegang pada pendirian di mana dia harus memakai hijab tanpa membukanya,” jelasnya.
Alhamdulillah, setiap ujian yang Allah beri pada seseorang pasti ada ganjaran yang sedia menanti, Hijabista doakan agar Oki Setiana Dewi kekal istiqamah dalam perjuanganya untuk sentiasa memberi contoh yang baik sebagai seorang muslimah sejati.
Pernah tak hijabi yang bersaiz besar dan bertubuh gempal merasa kurang keyakinan dan merasa tidak cantik serta serba kekurangan, terutamanya apabila berdepan dengan khalayak umum?
Begitulah apa yang dialami oleh wanita yang dikenali sebagai Angelina Izzuwin Azmi atau lebih dikenali sebagai Rose yang merupakan seorang ‘TikTokers’.
Namun, persepsi wanita gemuk tak mungkin bahagia dan menemui cinta sejati itu tenyata salah! Apabila Rose ditemukan dengan seorang lelaki yang tulus dan ikhlas mencintai dan menerima dirinya, tanpa menjadikan saiz badan sebagai satu kekurangan, malah sanggup masuk meminangnya meskipun berat badanya kini mencecah 90 kilogram (kg).
Panjat Rasa Syukur Bila Ada Lelaki Sanggup Terima Diri Seadanya!
Menurut Rose, sedar dirinya bertubuh besar dia ada mengambil inisiatif untuk mengurangkan berat badan dengan melakukan diet, demi mencapai tujuan kurus. Namun, katanya dia tidak begiru bersungguh-sungguh atau terlalu memaksa diri untuk menurunkan berat badan.
“Dulu berat badan saya 60kg. Tapi saya broken masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terus naik 90kg. Selepas broken, saya kenal dengan dia dan terus bertunang. Bila diri ini berbadan besar, selalu la juga saya tanya kepada dia.
“Saya kata, tak apa ke saya gemuk? Awak terima ke? Biasalah kita ni perempuan suka bertanya, tapi dia sentiasa okay. Dia kata tak apa, dah comel dah. Dia tak pernah merungut saya besar sangat,” ujar Rose lagi.
Malah, apa yang lebih memeranjatkan Rose, tunangnya itu begitu supportive kerana katanya, jika Rose bersedia menurunkan berat badan maka dia akan memberikan sokongan, tapi saiz badan begini pun dia okay.
Tak Sangka Kisah Cinta Mereka Tular
Bagaimanapun, Rose mengakui bahawa dia tidak menyangka kisah ‘cinta tak mengenal rupa’ antara dirinya dan pasangan menjadi tular sebaik sahaja Rose berkongsi gambar sekitar majlis pertunangan mereka di aplikasi TikTok yang baru sahaja berlangsung beberapa hari lalu.
Jelas Rose, tujuan dirinya membuat perkongsian berkenaan adalah untuk menyemat kenangan pada hari pertunanganya dan dalam masa sama, mahu menyebarkan semangat positif terhadap wanita-wanita gempal di luar sana agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih optimis meski berbadan besar.
Sekadar info, Rose memaklumkan bahawa dia dan tunangnya bakal menamatkan zaman bujang masing-masing dengan melangsungkan pernikaha. pada hujung April ini.
Malah, Rose bwrkata segala persiapan menjelang hari bahagian itu kini telahpum selesai dan hanya menghitung hari untuk bergelar isteri kepada lelaki yang dicintainya itu.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...