Pertunjukan Fesyen Bernilai 2 Juta, Bulan Bintang Pecah Rekod Malaysia. Koleksi Raya Harga Rahmah Bakal Sold Out!

Share

Jenama pakaian terkemuka Bulan Bintang dengan kerjasama daripada Menara Kuala Lumpur (KL Tower) telah melakar sejarah dengan mengadakan pertunjukan fesyen, yang diberi nama ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ di KL Tower pada 18 Februari, semalam.

Pertunjukan fesyen yang penuh gah ini menampilkan koleksi Raya Ready To Wear (RTW) sedondon seisi keluarga yang terdiri daripada 68 rekaan dan 326 pilihan warna eksklusif. Didatangkan dengan pelbagai pilihan saiz dari umur 0-1 tahun sehingga 5XL bagi golongan plus size, koleksi Bulan Bintang ini semestinya boleh digayakan oleh semua.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemelut Mencari Sepasang Yang Sempurna, Mujur Ada Yang Mahu Memberi Secara Percuma

Barisan muka baharu yang terkenal

Pertunjukan fesyen ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ ini juga turut menampilkan barisan duta terkemuka untuk tahun ini seperti Shukri Yahaya, Sharnaaz Ahmad, Nadhir Nasar, Beto Kusyairy, Hannah Delisha dan Daiyan Trisha selain daripada persembahan istimewa daripada artis-artis tanah air seperti Dolla, Ernie Zakri dan Syamel.

“Memilih barisan muka baharu ini bergantung pada demografik dan pengikut media sosial mereka, barisan selebriti ini mempunyai pengikut berbeza-beza di peringkat umur. Contohnya seperti Syukri Yahya, Hanna Delisha mereka mempunyai kegilaan pengemar drama tempatan tetapi mempunyai penonton di stesen TV yang berbeza-beza.” kongsi Azzim Zahid Azmi, pengasas Bulan Bintang.

Ujarnya lagi setiap rekaan mempunyai keunikan yang tersendiri, malah ianya bersesuaian dengan budaya melayu yang tidak mengubahnya berlebih-lebihan untuk mengikut trend semasa.

“Kebanyakan baju melayu sekarang jauh pergi dan tersasar, sukar untuk mencari yang asli. Bagi menyelesaikan masalah untuk tahun 2023 ini, Bulan Bintang menubuhkan unit rekaan sendiri di mana rekaan baju melayu ini penjenamaan bakal disukai ramai. Salah satunya logo dialihkan di bahagian butang dan lengan yang mempunyai zip bagi memudahkan untuk mengambil wuduk sesuai dengan USP kami ‘simplicity’ dan tidak terlalu mengejar jenama,” katanya.

Projek julung kali raih rekod

Menelan belanja anggaran 2 juta, pengasas Baju Melayu Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi merealisasikan impiannya yang sekian lama dirancang, ingin kelainan dalam mempromosikan koleksi raya 2023. Sekali gus capai Malaysian Book Of Record!

Acara yang cukup gemilang ini dengan projection mapping atau juga dikenali sebagai video mapping iaitu teknologi baru yang membawa penonton ke satu dimensi berbeza dan memberikan satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Projection mapping di tiang KL tower ini memaparkan gimik dan juga nama-nama jenis koleksi yang dipertontonkan.

Tidak ketinggalan juga, salah satu ‘highlight of the night’ adalah di mana Bulan Bintang melakar sebuah lagi sejarah dengan menjadi satu-satunya jenama lokal Malaysia yang mempertontonkan pertunjukan dron terbanyak sehingga berjaya tersenarai di Malaysia Book of Records. Formasi dron yang diterbangkan juga membawa satu kisah perjalanan Bulan Bintang sejak dari mula jenama ini bertapak.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini Pilihan Warna Tudung Nak Matchy-Matchy Dengan Baju Raya, Barulah Nampak Meletup Di Hari Lebaran

Koleksi dijangka ‘sold out’ sebelum raya

Pertunjukan fesyen pertama Bulan Bintang ini membawakan pelbagai kejutan dan kelainan buat penggemar fesyen serta penyokong Bulan Bintang dan sekaligus mengangkat jenama Bulan Bintang ini ke peringkat antarabangsa.

Diperingkat awal perniagaan Bulan Bintang melihat banyak permintaan yang tidak dapat mereka penuhi, bermula dengan jumlah helaian baju 30 ribu menganjak ke 70 ribu setiap tahun, namun masih tidak dapat merealisasikan permintaan pembeli. Walaubagaimanapun tahun 2023 ini, Bulan Bintang mempunyai sebanyak 1 juta helai koleksi baju raya yang anda boleh beli bermula 18 Februari 2023, di laman sesawang Bulan Bintang juga pembelian secara fizikal dengan mengunjungi butik Bulan Bintang di cawangan Bangi, Shah Alam, Ukay Boulevard, Johor Bahru, Kubang Kerian dan Senawang.

Pengasas Bulan Bintang juga menjangkakan dengan promosi yang hebat ini, koleksi ini bakal ‘sold out’ sebelum menjelang Syawal. Menyambut baik saranan kerajaan, harga setiap helaian dari koleksi raya Bulan Bintang menawarkan harga ‘rahmah’. Bagi melihat perkembangan dan update terkini anda boleh mengikuti di semua platform media sosial @bbtakesthesky dan @bulanbintanghq.

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
SH