“Pertandingan Siapa Punya Paling Besar Ke?,” – Netizen Perasan Sesuatu Ketika Eina Dan Kakak Tunai Umrah

Share

Siapa tidak kenal dengan ibu kepada dua cahaya mata kembar sepasang, hasil perkahwinan Datin Paduka Eina Azman dengan cinta hatinya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden.

Baru-baru ini pasangan merpati dua sejoli itu telah pun berangkat menunaikan umrah kali kedua ke tanah suci Mekah, bertujuan untuk menyempurnakan nazar sewaktu suaminya bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19 sekitar Ogos tahun lalu.

Ketika sedang melaksanakan ibadah itu, Eina sempat berkongsikan gambar dan video mereka di tanah suci untuk tatapan para peminat. Namun, ada sesuatu mengenai Eina dan kakaknya yang menjadi menjadi bualan netizen.

Fashion Spec Besar Eina Azman Dan Kakak Curi Tumpuan Netizen

Menerusi hantaran Eina di laman Instagram, memaparkan dia tidak hanya menunaikan umrah berdua bersama suami. Malah pasangan itu turut disertai oleh kakaknya dan juga sahabat Kaiser.

Namun, perkara yang menarik perhatian netizen pada hantaran itu adalah fesyen ‘spec mata besar’ yang digayakan kedua-dua adik beradik itu sewaktu menunaikan umrah.

Menurut netizen, fesyen kacamata Eina dan kakaknya seolah-olah memberi bayangan terdapatnya pertandingan kaca mata siapa yang ‘paling besar’ antara mereka berdua.

ARTIKEL BERKAITAN: Sempurnakan Nazar, DP Eina Azman Dan Suami Tunai Umrah Buat Kali Kedua

Bagaimanapun, meninjau keruangan komen pada hantaran itu, Hijabista mendapati, rata-rata netizen melontarkan pujian dan rasa syukur serta mendoakan perjalanan Eina dan suami agar memperoleh umrah yang mabrur.

Sekadar info, Datin Paduka Eina Azman menyempurnakan nazar mengerjakan umrah buat kali kedua dengan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden sebagai tanda kesyukuran kerana diberikan nikmat kesihatan semula.

Terdahulu, pasangan itu disahkan positif Covid-19 pada 31 Ogos tahun lalu, iaitu pada hari ulang tahun ketujuh perkahwinan mereka.

Sumber: Instagram DP Eina Azman

ARTIKEL BERKAITAN: Tatacara Melaksanakan Umrah, Wajib Tahu Sebelum Menunaikanya

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir