Siapa tidak kenal dengan sumandak Sabah pelantun lagu Eh, Zizi Kirana yang juga isteri kepada aktor kacak, Yusuf Bahrain.
Baru-baru ini, Zizi berkongsi berita gembira dan rasa teruja kerana bakal menunaikan umrah kali pertama pada 24 Januari ini.
Hijabista difahamkan bahawa, ini merupakan kali pertama Yusuf Bahrain menjejakkan kakai ke tanah suci dan juga umrah pertama yang dilaksanakan Zizi bersama suami tercinta.
Hadiah Hari Lahir Terbaik Ini Buat Zizi Teruja!
Menariknya, pasangan ini bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah sehari selepas sambutan hari ulangtahun kelahiran Zizi yang ke 38 tahun ini, iaitu pada 23 Januari nanti.
“Insya-Allah, menjelang 24 Januari ini saya akan ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah, sehari selepas tarikh ulang tahun kelahiran saya.
“Ini adalah kali pertama untuk saya dan suami menunaikan umrah. Jadi, memang kami sangat teruja untuk umrah kali pertama ini,” katanya lapor salah sebuah akhbar tempatan.
Sewaktu disoal berkenaan persiapan menunaikan ibadah Umrah, Zizi berkata dia dan suami sudah bersedia memenuhi segala keperluan secara fizikal, mental, rohani dan jasmani. Malah, segala kelengkapan untuk berangkat juga sudah lengkap.
Artikel berkaitan: “Lelaki Akal Panjang, Sebab Tu Pandai Bohong,” – Zizi Kirana Dedahkan Punca ‘Tweet’ Begitu Emosi!
“Persiapan semuanya sudah disiapkan. Kami memang sertai kelas umrah di samping beberapa persiapan lain seperti pakaian dan sebagainya.
Bagaimanapun, Zizi menyatakan dia sedikit bimbang kerana bakal menjalani ibadah pada musim sejuk di Mekah. Namun, tidak melihat perkara itu sebagai halangan yang besar untuk ditempuh, Zizi yakin bahawa dia dan suami mampu menghadapi ujian itu.
“Yang mencabarnya adalah saya dimaklumkan dalam tarikh kami di sana adalah waktu kemuncak musim sejuk. Saya pula jenis orang yang tak tahan dengan cuaca sejuk,” katanya.
Justeru, Zizi memohon agar orang rami serta para peminat mereka berdua supaya mendoakan agar segala urusan dirinya dan suami dapat dipermudahkan dan termakbul doanya untuk memiliki zuriat.
“Doa dan harapan saya, tentunya agar dikurniakan zuriat dalam rumah tangga kami. Pada masa sama, saya berharap proses ibadah umrah kami dipermudahkan Allah,” katanya.
Sumber: Harian Metro & Instagram Zizi Kirana
Artikel berkaitan: Zizi Kirana Tak Menyesal Dengan Penghijrahan- ”Saya Bersyukur Dengan Transisi Ini”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI