Pertama Kali Solat Sunat Tahajud Di Tanah Suci, Lisa Surihani Teruja Dan Takut…

Share

Bertemu dengan usahawan dan selebriti popular Neelofa dalam rancangan Next To Neelofa musim kedua yang menyaksikan figura ini sebagai tetamu undangan bagi episod yang pertama. Ternyata kedua-duanya kelihatan manis dan anggun.

Ramai yang teruja dan memuji kecantikan dan keindahan yang dikurniakan Allah. Rancangan yang bersiaran selama 1 jam ini menyingkap pelbagai sisi yang peminat Lisa Surihani tidak tahu, malah rancangan ini akan membuat anda akan melekat di TV.

Tahajud di tanah suci, Lisa takut..

Selebriti cantik ini buat pertama kali menjejak kaki di Tanah Suci selepas hari raya pertama bersama keluarga tercinta. Dan siapa sangka, sebaik pulang dari mengerjakan ibadah umrah, kelibat Lisa kelihatan sudah memakai hijab. Ini dapat dilihat dari Instagram pelakon ini ketika menghadiri satu majlis.

Lisa mendedahkan keterujaan pertama kali dapat mengerjakan umrah, yang paling menariknya di sana pertama kali sembahyang sunat tahajud, ujar isteri kepada Yusry penyanyi dan pengarah terkenal. Lisa hampir tak percaya dia dapat mengerjakannya dan perassan takut itu ada.

ARTIKEL BERKAITAN: Tayangan Filem Lama Di Luar Kawalan, Datin Lisa Surihani Doa Agar Semuanya Dipermudahkan

“Rasa untuk buat tahajud tapi saya takut tak dapat bangun…” katanya lagi perasaan teruja dan kagum dapat bangun tengah malam, mandi dan lakukanya… masyallah, segalanya dipermudahkan olehNya, rasa keterujaan itu membuatkan satu rasa yang lain,kongsi Lisa perasaan yang memang sukar digambarkan.”

Pegangan dengan pelbagai pengalaman

Apabila diaju soalan, sama ada dia menyesal dengan perjalannya sebelum hijrah, jawapan yang cukup mendalam dan terkesan. “Tiada istilah rasa menyesal”, Lisa bersyukur atas pengalaman yang dilalui selama ini. Pengalaman yang dilalui selama ini menjadikan dia insan yang lebih menghargai setiap pemberianNya.

Doa dan kekuatan antara perkara yang membantu Lisa kekal istiqomah, sentiasa mencari ilmu, apabila diuji carilah sunah dan zikir-zikir yang boleh diamalkan bagi membantu berpegang kuat pada penghijrahan yang dillalui. Antara doa yang Lisa amalkan:

اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا وَفِي لِسَانِي نُورًا وَاجْعَلْ فِي سَمْعِي نُورًا وَاجْعَلْ فِي بَصَرِي نُورًا وَاجْعَلْ مِنْ خَلْفِي نُورًا وَمِنْ أَمَامِي نُورًا وَاجْعَلْ مِنْ فَوْقِي نُورًا وَمِنْ تَحْتِي نُورًا اللَّهُمَّ أَعْطِنِي نُورًا

Allahummaj’al fi qalbi nuran wa fi lisani nuran waj’al fi sam’i nuran, waj’al I bashari nuran, waj’al min khalfi nuran, wamin amami nuran, waj’al min fauqi nuran, wa min tahti nuran, allahuumma a’thini nuran

Ya Allah, jadikanlah di dalam hatiku cahaya dan di dalam lisanku (juga) cahaya. Jadikanlah di dalam pendengaranku cahaya dan di dalam penglihatanku (juga) cahaya. Jadikanlah dari belakangku cahaya dan dari depanku (juga) cahaya. Jadikanlan dari atasku cahaya dan dari bawahku (juga) cahaya. Ya Allah, berilah aku cahaya.” (HR Bukhari Muslim).

Dalam doa tersebut jelas sekali bahwa yang pertama disebut adalah hati. Hati yang bercahaya yang letaknya berada di bahagian pusat tubuh manusia adalah hati yang bersinar dan memberi efek terang pada seluruh tubuh.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ada Sahaja Anasir Membolak Balikkan Hati’- Akui Tak Mudah, Lisa Surihani Mohon Doa Diteguhkan Hati

Pengisian yang lebih menarik

Sementara itu, Neelofa menerusi Meletop minggu lalu ada berkongsikan pengalamannya di dalam mengendalikan program bual bicara berkenaan.

Next To Neelofa musim kedua bersiaran mulai 22 Oktober 2022, jam 10.00 malam di saluran Astro Ria dan Astro Prima. Selain Lisa, Next To Neelofa musim kedua turut mengundang antaranya Diana Amir, Puteri Sarah Liyana dan Ziana Zain bagi berkongsi mengenai perjalanan hidup serta kerjaya masing-masing.

“Kalau musim pengenalan kita tampilkan bintang legenda seperti Datuk Siti Nurhaliza, Nor Kumalasari, Puan Sri Normala Samsudin dan ramai lagi. Tetapi kali ini walau kebanyakan (tetamu) masih muda, tetapi mereka ialah ibu yang boleh relate on certain level,” katanya. Neelofa pada masa sama turut berkongsi pendekatan yang digunakan setiap kali menemubual tetamu yang diundang.

“Orang tanya macam mana saya ‘buat’ mereka menangis. Sebenarnya saya pun berdebar juga. Berdoa. Ya Allah lembutkanlah hati dia, selesakanlah kita dan sebagainya. Selain itu, kita kenalah juga bina proses komunikasi itu,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada peminat selain dedikasinya kerana masih diberi peluang untuk muncul di kaca TV meski berpurdah.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
SH