Pertama Kali Keluarkan Hijab, 90 Ribu Helai Wawa Scarve Habis Terjual Kurang 24 Jam!

Share

Koleksi tudung terbaharu pelakon dan usahawan terkenal Wawa Zainal iaitu Wawa Scarve habis terjual dalam tempoh kurang 24 jam selepas ia dilancarkan, semalam.

Difahamkan sebanyak 90,000 helai terjual dengan anggaran pendapatan RM2.5 juta. Wawa, 31, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, ini adalah bukti sokongan pelanggan setianya selain menyifatkan ia adalah rezeki Allah SWT.

Permulaan yang tak dijangka

Terkenal dengan produk kosmetiknya, Wawa Cosmetic antara produk kecantikan local yang mendapat tempat di hati pengikutnya. Namun percubaan pertama untuk mengeluarkan hijab memang sesuatu yang di luar jangkaan.

“Alhamdulillah, untuk keluaran kumpulan pertama (first batch) ini habis terjual. Tipu kalau cakap tak meletakkan sasaran dan harapan tinggi, tapi apabila ia benar-benar terjadi memang bersyukur sangat.

“Pada mulanya buat 20,000 helai, lepas tu 50,000 hingga mencecah 90,000 dan habis terjual. Insya-Allah kita akan keluarkan lagi,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kini Miliki Wisma Sendiri, Aeril Zafrel Imbas Saat Susah Senang Bersama Wawa Zainal

Permulaan membantu peniaga kecil

Menurut Wawa, apa yang penting bisnes diusahakan itu sekali gus membantu ekonomi peniaga kecil serta hasil pendapatan dapat disumbangkan kepada golongan memerlukan.

“Saya percaya dalam pada ada rezeki kita, pasti ada rezeki orang lain juga. Itu saya cuba tanam dalam diri dan perniagaan ini. Kalau kita dapat bantu mereka yang memerlukan, insya-Allah rezeki itu akan sentiasa ada.

“Sejujurnya, saya seronok melihat ada ramai lagi orang Melayu kita yang mula mencipta kejayaan atas usaha dan kerja keras mereka,” katanya

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Dipandang Rendah Waktu Kahwin Muda, Wawa Zainal Buktikan Dia Juga Boleh Berjaya

Pakai koleksi tudung ni ‘auto muda’

Dalam masa sama, Wawa berkata, menariknya koleksi kali ini adalah ia eksklusif dan sesuai dijadikan hadiah kepada orang tersayang.

“Macam sebelum ini pun, kita cuba buat rekaan dan warna yang eksklusif. Bukan saja boleh beli untuk diri sendiri, tapi juga dijadikan hadiah kepada insan tersayang seperti isteri, mak, adik, kekasih atau rakan,” katanya.

Bermain denga rona pastel koleksi menampakkan hijabi ‘auto muda’, dihiasi corak bunga si pemakai pasti tampak ayu dan manis. Hijabi tak perlu risau koleksi Flora garden dikeluarkan dalam bentuk bawal dan shawl hanya berharga RM28. Sabar ya menati koleksi kedua!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
SH