Pertama Kali Berjaya Pegang Trofi, Ummi Nazeera Akui Satu Kejayaan Selama 16 Tahun Sebagai Pelakon

Share

Setelah 16 tahun berkecimpung dalam industri lakonan, kini Ummi Nazeera berjaya merangkul anugerah buat pertama kalinya dalam kerjaya seninya.

Ummi dianugerahkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS 2023). Dia juga menzahirkan ini merupakan satu kenangan yang cukup manis buat dirinya.

 “Sepanjang 16 tahun saya berlakon di industri, ini merupakan kali pertama saya dapat mengenggam trofi anugerah. Syukur, Alhamdulillah,

“Saya rasa manis. Kemenangan ini cukup manis kerana perjalanan saya sebagai seorang pelakon bukan satu perjalanan yang mudah.” ujarnya.

Menurut Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, meski pun sudah berjaya memenangi sebuah anugerah, dia masih lagi mahu menimba ilmu dan memperbaiki lakonannya.

“Ia banyak mengajar saya untuk tidak mengambil mudah akan kerjaya seni saya. Walaupun dah menang, saya tetap masih perlu lakukan yang terbaik bagi kepuasan saya sebagai pelakon.” katanya lagi.

Ummi telah berjaya menewaskan beberapa barisan pelakon yang turut tercalon dalam kategori itu seperti Fauziah Ahmad Daud, Fasha Sandha, Nabila Huda, dan juga Siti Saleha.

Layak Menerima Anugerah Itu, Tahniah!

Turut menzahirkan rasa syukur, suami kepada Ummi Nazeera, Dr. Izzar Anwari membuat satu hantaran khas mengucapkan tahniah bagi isterinya yang berjaya memenangi anugerah tersebut.

“Anugerah Pelakon Wanita Terbaik! Well deserved. Congrats sayang. Semoga pintu rezekimu sentiasa terbuka luas. Aminn. First of the many to come, insyaAllah,

” First time duduk sebelah pemenang anugerah wei. Lepas ni pun hari2 duduk sebelah pemenang anugerah.” tulisnya lagi.

Sumber: Instagram @umminaze , @izzar, dan Harian Metro

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee