Bila kita merancang aktiviti percutian, kita juga semestinya berharap dapat melakar seribu satu kenangan manis darinya. Aktiviti percutian pastinya menjadi bertambah manis apabila insan tersayang juga turut serta bersama. Namun ada juga yang lebih selesa untuk merancang bercuti secara solo atau lebih dikenali sebagai ‘solo traveller’.
Seperti Zarith Atiqa,28, pernah terbang ke Thailand, Australia dan China, gadis ini ingin mencabar diri dengan menjadi solo traveller apabila menjejakkan kaki Korea Selatan pada November 2019.
Kenali Si Gadis Hijabi
Hello Hijabista! Nama saya Zarith Atiqa, berasal dari Perak dan sekarang sedap menetap di Kuala Lumpur. Saya merupakan seorang freelancer dalam bahagian pemasaran digital. Sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, saya banyak tambahkan ilmu seperti membuat research and development (R&D).
Jadi seorang freelancer ini banyak naik turunnya dan ia bukannya mudah! Walaupun boleh tetapkan jadual waktu sendiri, namun semua itu harus ada ilmunya yang perlu dipelajari dan kaut sendiri. Membina networking itu paling penting!
Destinasi yang menjadi pilihan Zarith?
Semestinya Korea Selatan! Terasa seperti pulang ke kampung halaman sendiri apabila ke sana (ketawa). Australia juga menyeronokkan kerana ia merupakan sebuah negara yang tenang dan bersih untuk bersiar-siar dan bersantai.
Ads
Bagaimana Zarith merancang percutian?
Saya merupakan seorang yang sangat jimat Ketika berbelanja ataupun cheapskate! Namun, saya gemar merancang trip percutian di saat akhir. Pertama sekali, carilah tiket penerbangan dengan harga yang berbaloi.
Sebagai contoh, saya berjaya dapatkan harga tiket RM1018 pergi balik dari Kuala Lumpur-Hong Kong-Incheon. Saya dapat pergi ke dua negara sekaligus. Seronokkan! Saya juga akan melihat destinasi dan iklim lokasi yang hendak ditujui kerana saya sukakan musim luruh dan musim sejuk.
Seterusnya, saya akan lihat pula di aplikasi Airbnb atau Agoda untuk mencari tempat tinggal di sana. Semasa saya menggembara secara solo di Seoul, Korea, saya memilih untuk menetap di dorm yang semuanya perempuan bagi memudahkan untuk saya bergerak dan paling penting rasa selamat.
Ads
Mengenai makanan dan membeli belah, saya lebih memilih berbelanja untuk makanan kerana membeli belah merupakan perkara akhir dalam senarai saya. Selain itu, saya lebih banyak berjalan kaki atau menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak. Jimatlah selagi boleh! Oh ya, travel insurance jangan dilupakan.
Kenangan yang tidak dapat dilupakan sewaktu bercuti?
Semestinya memori pada bulan November tahun lalu. Bayangkan, pertama kali saya pergi ke luar negara seorang diri. Saya merancang untuk ke sana dan membeli tiket dua minggu sebelumnya dan menguruskan segalanya sendiri.
Sampai sahaja di Korea, saya menangis kerana banyak kali sesat dan salah jalan sedangkan tempat yang ditujui itu hanya berada di sekeliling saya. Memori salah naik keretapi dan salah tempat ini membuatkan saya sedar yang saya tidak boleh mudah putus asa.
Ads
Perkara ini juga membuatkan saya lebih mengenali diri saya sendiri. Saya sebenarnya seorang mudah emosi jadi perkara kecil sebegini juga mudah buat saya tersentuh. Sememangnya memori ini akan terpahat sampai bila-bila di minda saya.
Saya juga berhadapan dengan detik cemas seketika apabila saya hampir terlepas penerbangan sewaktu berada di lapangan terbang di Hong Kong. Lapangan terbang di sana sangat besar dan saya berlari jauh untuk ke balai berlepas. Mujurlah saya sempat ‘mengejarnya’ dan sepanjang penerbangan itu saya hanya tidur saya sahaja gara-gara kepenatan. Terasa rugi pula kerana tidak sempat untuk melihat keindahan alam dari dalam kapal terbang.
Bagaimana Zarith mencari makanan halal di sana?
Saya akan cari awal-awal dan senaraikan segalanya di Malaysia lagi. Buat nota makanan yang saya mahu makan. Di Korea, anda bolehlah mengikuti Korean Tourism Organization (KTO) atau cari sahaja instagram @havehalalwilltravel kerana banyak info tentang makanan halal di luar negara di situ!
Kisah Zarith ini memang sangat menginspirasikan. Tidak semua yang berani mencuba pengembaraan solo. Ke mana pula destinasi yang ingin ditujui selepas ini?
InsyaAllah, saya berazam untuk melancong seorang diri pula ke Switzerland dan mahu bercuti bersama-sama keluarga ataupun teman rapat di New Zealand. Mudah-mudahan hajat saya ini akan terlaksana suatu hari nanti.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Seminggu yang lalu, penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin telah selamat melahirkan anak sulungnya di sebuah hospital swasta di sekitar Kuala Lumpur. Memilih tarikh 1 Rejab untuk melahirkan anaknya itu, Siti dan suaminya, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa telah dikurniakan bayi perempuan yang sangat comel. Alhamdulilllah, kedua-duanya berada dalam keadaan yang sihat dan baik.
Beberapa hari selepas kelahiran puteri kesayangan mereka, wajah anak itu telah tersebar secara meluas meskipun Siti dan suaminya berjanji untuk berkongsi wajah anak mereka pada hari yang ke-7. Dato’ Sri Khalid sendiri melahirkan rasa terkilan di atas penyebaran gambar tersebut tetapi memaafkan individu yang menyebarkan gambar itu.
Semalam, satu majlis Maulid Nabi, Aqiqah dan Tahnik telah diadakan sempena menyambut hari ke-7 kelahiran puteri comel ini. Demi menunaikan janji kepada rakyat Malaysia, Siti dan suaminya telah berkongsi wajah anaknya menerusi laman Instagram. Subhanallah, memang comel ‘bayi comel pipi merah’ ini! Hijabista sendiri cukup teruja melihat kecomelan puteri sulung Siti ini.
Semasa majlis berlangsung, Siti kelihatan manis dengan persalinan busana rona hijau lembut rekaan Ezuwan Ismail dipadankan bersama selendang rona pastel. Jika selebriti lain mahu kelihatan glamor di majlis aqiqah anak mereka, Siti memilih untuk tampil sederhana dengan sarungan jubah berpotongan ringkas dengan mainan lace pada bahagian tangan. Menerusi gambar yang dimuat naik menerusi lnstagram, puterinya juga turut memakai gaun labuh dari rona yang sedondon.
Turut menarik perhatian Hijabista adalah dekorasi majlis aqiqah dan tahnik yang cukup meriah dan indah ibarat berada di dalam taman bunga. Bertemakan mainan rona pastel dan putih, dekorasi majlis ini telah disempurnakan oleh Nas Great Idea Weddings. Hijabista percaya Siti turut berpuas hati melihat hasilnya yang cukup memukau. Meskipun masih di dalam pantang, Siti tetap tersenyum manis meraikan tetamu yang hadir memeriahkan majlis tersebut. Terpancar kebahagiaan dan kegembiraan di wajahnya.
Pada malam itu, Siti dan suami turut mengumumkan nama puteri sulung mereka kepada umum. Bayi comel pipi merah itu diberi nama Siti Aafiyah binti Khalid di mana perkataan ‘Aafiyah’ di dalam bahasa Arab bermaksud ‘segala yang baik-baik.’ Pengumuman nama puteri sulung mereka itu dilakukan sendiri oleh Siti dan suaminya. Menerusi laman Instagramnya sendiri, Siti telah berkongsi video doa yang telah mencetuskan ilham mereka untuk menamakan puteri mereka. Menurut Siti, nama tersebut diperolehi ketika mereka suami isteri mengerjakan umrah di Makkah. Suaminya sering membaca doa pendek yang mempunyai perkataan Aafiyah.
Meskipun terdapat sedikit komplikasi selepas proses kelahiran di mana beliau kehilangan banyak darah dan hanya boleh berjalan pada hari ketiga, Siti seakan tidak percaya yang dia kini sudah memiliki seorang bayi yang cukup sempurna. Hilang segala sakit apabila melihat wajah anaknya itu.
Hijabista ucapkan tahniah kepada Siti dan suami di atas kelahiran puteri comel itu. Semoga Siti Aafiyah membesar dengan sihat dan menjadi penyejuk hati ayah dan bonda.
Penantian yang ditunggu-tunggu oleh pelakon dan pengacara terkenal, iaitu Uyaina Arshad untuk kelahiran sulung yang dinantikan itu sudah selamat dilahirkan. Alhamdulillah, Uyaina selamat bersalin semalam di pusat perubatan ibu negara secara pembedahan.
Menerusi gambar di laman akaun sosial media Uyaina pada hari Jumaat ini mengesahkan dia sudah selamat bersalin semalam. Penantian yang selama ini ditunggu-tunggu sudah menjadi kenyataan. Menurut gambar yang dikongsikan itu, Uyaina dan suaminya, Raja Syahiran rasa sangat bersyukur, hiba dan gembira dengan kehadiran anak yang ditunggukan itu.
Melalui gambar tersebut, Uyaina mengatakan bayi sulungnya selamat dilahirkan menjelang Maghrib pada tanggal 8/9/2022 dengan tangisan yang semua ibu bapa ingin dengar saat melahirkan anak. Uyaina menitipkan pesanan buat anak yang baru lahir itu dengan doa yang indah dan manis.
“Semoga menjadi anak yang soleh, taat pada ibu bapa & agama, menjadi manusia yang baik berakhlak mulia & seorang pemimpin yang hebat.”
Seperti ibu bapa yang mempunyai anak, Uyaina dan Syahiran meluahkan rasa sayang kepada anaknya yang baru sahaja dilahirkan itu. Selain itu, Uyaina juga memohon agar semua pengikut di Instagramnya untuk mendoakan yang baik-baik buat anak sulungnya itu.
Dia juga menunjukkan hastag #URSjr di kapsyennya yang menandakan itu adalah Uyaina dan Raja Syahiran junior atau versi kecil milik mereka. Selain itu, banyak ucapan tahniah beserta doa yang baik-baik daripada rakan-rakan selebriti Uyaina, pengikut Instagram dan semua yang meminatinya. Semoga segalanya dipermudahkan buat Uyaina Arshad dalam tempoh berpantang dan membesarkan anak.
Semua orang pastinya suka menikmati makanan yang sedap dan lazat. Kewujudan pelbagai restoran dan menu baru membuatkan kita sentiasa rasa tertarik untuk mencuba. Namun, selalu juga di antara kita yang keliru tempat mana yang mahu dituju.
Tak perlu keliru lagi! Jika anda berada di Shah Alam, pelbagai tempat makan menarik yang boleh dituju. Jom kita terjah!
Oh ya, jika anda peminat makanan barat, apa kata berkunjung ke NY Steak Shack bagi mengisi perut yang lapar dengan hidangan ‘Fantasteak Lunch’ yang lazat seperti Chicken & Garlic Pasta, Beef Meatballs dan juga Caesar Chicken Salad. Harganya bermula serendah RM 12.80. Berbaloi sangat tu!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...