Pelakon hebat, Nabila Huda berkongsi kegembiraannya di laman instagram apabila dia kini bersama-sama mengikuti kelas mengaji bersama anaknya, Keisha Laila.
Jelas Nabila yang mesra disapa Abil, dia sangat teruja untuk belajar iqra selain daripada belajar bahasa spanish dan mandarin sebelum ini.
Hi Assalamualaikum ! Haha.. Selain dari belajar bahasa spanish and mandarin, today is our 1st day belajar Iqra together! Disebabkan kami selalu berentap nak menang dalam any competition, mummy decided to join class mengaji @lilkupukupu ! Of course i excited gila sebab tak penah belajar iqra seumur hidup. Masa dulu kite belajar muqadam je..So kite battle tengok siapa paling power ok..?🤣😜
Di ruangan komen, ramai yang memberikan sokongan buat Abil dan mendoakan agar perjalanan untuk menuntui ilmu dipermudahkan olehNya termasuklah pelakon, Noorkhiriah dan Iqram Dinzly.