Isteri pelakon kacak, Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri Aziz menerima pelbagai pujian di laman instagram selepas suaminya memuat naik fotonya mengenakan hijab.
Manis seperti seorang pelajar sekolah, rata-rata warganet memuji kecantikan aslinya dan suka melihat penampilannya sebegini.
Mengikuti kursus bersama-sama, ramai juga yang mendoakan agar Fazeera kekal berhijab dan mendapat rahmat dariNya.
Terdahulu, Fizo telah selamat bernikah dengan Fazeera yang berasal dari Sarawak pada 21 Oktober tahun lalu di Janda Baik, Pahang.
Kini, pasangan sama cantik sama padan ini sedang menunggu detik kelahiran anak mereka selepas Fizo mengesahkan berita bahawa isterinya hamil pada Februari lalu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ramadan Bakal Tiba, Ini Antara Lokasi Iftar Sesuai ‘Citarasa’ Hijabi, Pilihan Hijabista!
Kurang lebih satu minggu lagi seluruh umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut ketibaan bulan yang mulia iaitu Ramadan Al-Mubarak, tidak terkecuali muslimin dan muslimat di Malaysia.
Bila masuk bulan puasa ni, macam biasa satu perkara yang sering menjadi kerunsingan adalah menentukan tempat untuk berbuka puasa samada secara berseorangan, bersama pasangan, rakan-rakan mahupun keluarga tercinta.
Ini kerana, ketika iftar inilah masa yang terbaik untuk mengeratkan ukhwah sesama manusia sambil menikmati pelbagai juadah yang menarik untuk santapan nafsu setelah seharian menjalani ibadah puasa.
‘Iftar’ Di Pavilion Bukit Jalil Perlu Ada Dalam Wishlist Hijabi!
Menariknya, bagi Ramadan kali ini Pavillion Bukit Jalil dengan kolaborasi bersama rangkaian restoran makanan dan minuman di sana, bakal menawarkan pelbagai juadah serta promosi Iftar sepanjang bulan Ramadan nanti!
Terdapat pelbagai juadah berbuka puasa yang boleh didapati di Pavilion Bukit Jalil ini, dari hidangan berat seperti nasi dan lauk pauk, hinggalah kepada pelbagai pencuci mulut yang pastinya memenuhi citarasa Hijabi sekalian.
Antara restoran yang turut sama mengadakan promosi Iftar pada Ramadan nanti adalah Restoran Grandmama’s – Flavours of Malaysia, D’Laksa, Two Cents Hot Wings, Go Coconuts, Perfect Ice dan banyak lagi.
Artikel berkaitan: Bersedia Untuk Ramadan Dengan Tabiat Pra-Puasa Yang Sihat, Ini Petua Makanan Daripada Pakar Dari Arab
Selain itu, sekiranya Hijabi kehabisan barang dapur untuk menyediakan juadah sahur, sis boleh membeli belah barangan keperluan di The Food Merchant iaitu sebuah pasaraya yang menawarkan barangan kering dan basah dengan kualiti yang premium.
Barangan runcit, di The Food Merchant semuanya segar-segar belaka dan terjamin memberikan khasiat yang menyeluruh untuk anda dan keluarga menjalani ibadah puasa kelak.
Dah tau, port mana nak lepak untuk berbuka puasa nanti kan? Pastikan Pavilion Bukit Jalil ada dalam wishlist hijabi untuk dikunjungi pada Ramadan nanti!
Artikel berkaitan: 6 Adab Yang Wajib Hijabi Tahu Sewaktu Mahu Berbuka Puasa. No 2 Patut DiPraktikan Semasa Tempoh PKP!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jiwa Hijabi Sering Rasa Kosong? Didik ‘Rohani’ Berhibur Di Aplikasi Muslim Qalbox!
Pernah tak anda alami perasaan macam ni, rasa seolah-olah hidupnya tiada makna dan anda hanya sekadar meneruskan kehidupan seharian ibarat robot tanpa perasaan kerana hati seakan kosong.
Hati yang kosong tidak bermakna hijabi mengalami masalah psikologikal mahupun masalah mental, ianya hanya sebuah perasaan yang dialami oleh seseorang dan boleh diatasi sekiranyahijabi cakna berkenaan punca hati menjadi kosong.
Justeru, ketika merasa begini. Hijabista mengesyorkan agar anda lebih mendekatkan diri dengan Allah dan basahkan rohani serta jiwa dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat serta mampu memberi ketenangan jiwa dan membangkit semula rohani yang sudah tersungkur ke bumi.
Aplikasi Qalbox, Selesaikan Masalah Qalbu!
Di zaman moden yang serba canggih ini, begitu mudah sekali untuk kita mendekatkan diri kepada sang pencipta! Malah, terdapat pelbagai platform yang menawarkan cara untuk mengisi kekosongan hati dan jiwa hijabi.
Antara aplikasi yang sedang melonjak kehadapan dan dikhususkan untuk menuntun umat Islam adalah aplikasi Qalbox daripada Muslim Pro yang menawarkan perkhidmatan penstriman hiburan yang terkenal dengan pelbagau kandungan Islamik di peringkat global.
Lebih menarik lagi, apabila aplikasi ini kini boleh dilayari oleh semua pelanggan Astro yang bertujuan menjadi ‘rumah digital’ yang menawarkan pilihan kandungan berkaitan muslim.
Artikel berkaitan: Zikir Fatimah ‘Penawar’ Stress Dan Penenang Hati Anjuran Rasulullah, Khas Buat Kaum Hawa!
Menurut co-CEO Muslim Pro, Fara Abdullah berkata kerjasama ini dilaksanakan untuk memberikan pengalaman kandungan Muslim yang lebih khusus, lancar dan mudah diakses oleh khalayak yang lebih luas, serta bakal memperkaya landskap hiburan di Malaysia.
“Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Astro, penyedia hiburan terkemuka di Malaysia, untuk memperluaskan jangkauan Qalbox di kalangan penonton Malaysia.
“Melalui kerjasama ini, visi kami untuk memantapkan kedudukan kami sebagai pusat kandungan dan hiburan Muslim global dan menyediakan landasan bagi pencipta kandungan kreatif Muslim dan pembuat filem menjadi lebih kukuh,” katanya.
Qalbox Tawar Program-Program Menarik Kerohanian!
Antara program-program kerohanian yang ditawarkan menerusi aplikasi Qalbox adalah seperti I Am Muslim. Cerita peribadi yang menyentuh hati daripada Food From the Heart dan bacaan Al-Quran yang menyentuh jiwa dalam Tadaruz Al-Quran.
Bagi kanak-kanak pula ada pengisian seperti Islam for Kids dan Recite and Learn: The Word of Allah yang menawarkan kandungan yang menarik dan memberi pendidikan.
Selain itu, terdapat juga siri-siri menarik seperti Omar, The Sultan and Khan dan Little Mosque on the Prairie yang membawa penonton meneroka naratif tentang budaya Muslim.
Sekadar info, ekoran daripada perkongsian strategik ini, pelanggan Astro yang memiliki Ultra atau Ulti Box bakal menikmati langganan percuma secara eksklusif Qalbox dan juga akses premium Muslim Pro selama dua bulan, bermula dari 27 Julai 2023 hingga 26 September 2023.
Artikel berkaitan: Hidup Hijabi Lebih Lancar Dan Tenang Dengan Amalkan Lima Pilihan Doa Ini Di Permulaan Hari!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Yang Disakiti, Cuba 4 Langkah Ini Untuk Belajar Memaafkan.
Disakiti, dikhianati dan dilukai adalah sebahagian daripada perjalanan kehidupan. Segala yang berlaku menjadi pengajaran dalam hidup kita. Pernah tak anda berasa marah akan seseorang sehingga rasa mahu membalas dendam? Sehingga satu tahap anda bahkan tidak boleh memaafkan diri anda sendiri? Jadi bagaimanakah cara untuk anda memaafkan diri sendiri seterusnya orang yang telah melukakan anda?
“Ala, maafkan sahaja. Dia bukannya sengaja”. Pernyataan seperti ini kedengaran mudah tetapi hakikatnya tidak. Memang…memang mudah untuk diungkapkan, namun ianya perlu lahir dari lubuk hati yang paling dalam. Bagaimana dengan anda? Sudahkah anda memaafkan insan tersebut?
Apakah erti kemaafan?
Meninjau perkongsian Naluri, ‘kemaafan’ atau istilah lain iaitu ‘memaafkan’ adalah keputusan yang diambil untuk melepaskan perasaan benci atau dendam terhadap seseorang yang telah menyakiti atau mengecewakan anda. Ramai yang tersalah anggap kemaafan ini adalah untuk melepaskan, melupakan atau membenarkan kesilapan. Namun, sebenarnya tidak.. Erti sebuah kemaafan adalah apabila anda mengakuinya dan membuat keputusan untuk melepaskannya.
Artikel berkaitan: Datuk Dr Hamid Arshat Kongsi Tip Kawal Stres; Didik Diri Memaafkan, Tidak Berdendam & Kawal Perasaan Marah
4 langkah untuk memaafkan diri sendiri dan mereka yang menyakiti anda
1. Maafkan dan Sayang Diri Sendiri Terlebih Dahulu
Sebelum anda maafkan orang lain, anda perlulah belajar untuk memaafkan diri sendiri. Apabila anda disakiti ataupun dikhianati, anda mesti mula berfikir yang semuanya terjadi disebabkan anda, anda sendiri adalah punca. Selepas itu, pasti anda mula membayangkan segala kekurangan dalam diri anda.
Terkadang, kita sukar untuk memaafkan orang lain kerana masih bergelut untuk menerima perasaan dan emosi sendiri. Jadi, langkah pertama untuk meringankan hati adalah dengan memaafkan diri sendiri terlebih dahulu. Lembutkan hati dan berdamai dengan diri sendiri. Anda boleh bermonolog atau mengingatkan diri sendiri seperti “mulai dari hari ini saya akan cuba untuk memaafkan diri sendiri“. Ulang kalimat ini setiap hari. Dari situ akan terbit suatu kekuatan yang lebih besar untuk memaafkan orang lain.
2. Beri Ruang Untuk Memaafkan
Walaupun masih marah atau sakit hati, cubalah semampunya untuk maafkan. Bukakan pintu pengampunan kepada mereka yang telah menyakiti atau menganiaya anda. Menyimpan kebencian hanya memburukkan dan menghalang anda daripada mencari ketenangan. Islam sentiasa mengajar pengikutnya untuk saling memaafkan. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang yang jahil.” (Surah al-A’raf, ayat 199).
Jika anda terlalu benci akan seseorang, anda akan sentiasa berfikir sampai termimpi kejadian yang menyakitkan berulang kali. Tambahan itu, ia juga menguasai dan menjejaskan kesihatan mental dan keupayaan untuk merasai kegembiraan, yang merupakan motivasi untuk memaafkan. Sekurang-kurangnya buka pintu dan berikan ruang supaya anda berasa lebih tenang.
3. Jaga Niat Baik yang Ada
Memaafkan mereka yang telah menyakiti anda, walaupun mereka tidak “layak” merupakan suatu perkara kebaikan. Walaupun dalam proses memaafkan itu anda masih merasa sedih setiap kali mengenangkan peristiwa buruk yang telah berlaku, sekurang-kurangnya niat baik anda masih terjaga. Jangan pernah mendoakan yang buruk terhadap orang lain. Menurut sumber dari Bahtsul Masail, mendoakan kebinasaan atau keburukan terhadap orang lain menurut Imam Al-Ghazali, adalah perbuatan yang keji dalam syariat Islam sebagaimana dinyatakan dalam kitab Ihya Ulumiddin:
ويقرب من اللعن الدعاء على الإنسان بالشر حتى الدعاء على الظالم كقول الإنسان مثلا لَا صَحَّحَ اللَّهُ جِسْمَهُ وَلَا سَلَّمَهُ اللَّهُ وما يجري مجراه فإن ذلك مذموم وفي الخبر إن المظلوم ليدعو على الظالم حتى يكافئه ثم يبقى للظالم عنده فضلة يوم القيامة
Maksudnya: “Dekat dengan laknat adalah mendoakan keburukan untuk orang, termasuk mendoakan orang yang berbuat zalim, seperti doa seseorang, ‘Semoga Allah tidak menyehatkan badannya,’ ‘Semoga Allah tidak memberikan keselamatan untuknya,’ atau doa keburukan sejenisnya karena semua itu adalah perbuatan tercela. Dalam hadits disebutkan, ‘Sungguh, orang yang teraniaya mendoakan keburukan untuk orang yang menganiaya sampai lunas terbayar, tetapi yang tersisa kemudian adalah kelebihan hak orang yang berbuat aniaya atas orang yang teraniaya pada hari kiamat,’”
4. Tumbuh dengan Cara Terbaik Anda (Grow in Your Best Way)
Yakinlah bahawa semua yang berlaku ini membantu anda menjadi lebih lebih kuat, lebih matang dan lebih bijak. Semakin banyak nilai positif yang anda tanam dalam diri anda, lebih cepat ia menyembuhkan semua luka di dalam hati. Walaupun keikhlasan untuk memaafkan tidak muncul dalam sekelip mata, sekurang-kurangnya anda boleh menjadi orang yang lebih baik untuk seketika. Tambahan itu, anda juga perlu faham bahawa semua perkara memakan masa, apatah lagi proses memaafkan. Hargai pertumbuhan anda.
Jangan hancurkan diri anda dengan amarah, kebencian dan dendam. Semoga hati anda sentiasa terbuka ya. Dengan memaafkan, hidup anda akan menjadi lebih baik di masa hadapan dan hati anda akan berasa lebih tenang.
Artikel berkaitan: 6 Penawar Mengubat Sakit Hati, Ini Cara Yang Diajarkan Rasulullah.
Sumber: Fimela
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI