Isteri kepada vokalis band Indonesia, Pasha Ungu iaitu Adelia Wilhelmina atau lebih mesra disapa sebagai Adel yang juga merupakan bekas pramugari Lion Airlines mendedahkan bahawa dia hanya mempunyai dua rejim untuk mengekalkan berat badan ideal serta tubuh yang langsing.
Menurut Adel setelah melahirkan dia memiliki berat badan yang tidak ideal iaitu seberat 63 kilogram. Runsing memikirkan masalah berat badan yang naik mendadak selepas hamil, membuatkan Adel nekad untuk menurutkan berat badanya dengan hanya mengamalkan dua perkara ini.
Adel Turun 10 Kilogram Setelah Amalkan Dua Rejim Ini!
Justeru, Adel mengakui dia berjumpa dengan pakar kesihatan untuk mejalankan konsultasi tentang cara terbaik baginya untuk menurunkan berat badan.
“Beberapa tahun lalu, setelah melahirkan anak kempat, Adel sememangnya melakukan diet atas saranan doktor untuk mengawal berat badan dan mendapatkan berat badan ideal. Dan apabila berjaya turunkan 10 Kilo dalam masa 3 bulan dan peroleh berat badan ideal.
“Sekarang Adel cuma melakukan dua perkara untuk menjaga badan iaitu mengawal pemakanan dan melakukan senaman ringan setiap hari sahaja. Jadi apa yang kita makan, tidak menjadi lemak pada badan dan dapat dinikmati, kerana kita boleh menyingkirkan lemak melalui senaman,” Ujarnya.
Ketika ditanya apakah pemilihan makanan yang dimakan serta senaman yang bagaimana yang dilakukan Adel ketika menjalani diet berkenaan, ini respon yang diberikan Adel kepada Hijabista.
Ads
“Dari segi pemakanan, Adel tidak memilih. Tetapi bila Adel rasa berat badan sudah mulai naik, Adel akan melakukan ‘clean eat’ makan makanan yang kurang berminyak, kurang karbohidrat dan bila berat badan dah turun dan Adel rasa okay, Adel akan makan secara normal kembali. Sebab kita kan manusia, selalu ada keinginan mencuba makanan-makanan yang enak.
“Antara senaman yang Adel lakukan adalah senaman ringan seperti menaiki Threadmill, berjalan-jalan di sekitar rumah selama 45 minit hingga 60 minit. Senaman yang paling simple sahaja,” tutur isteri kepada Pasha Ungu ini.
Kulit Adelia Mulus Dan Halus Apa Rahsia?
Selain itu, menjawab kepada persoalan apakah rahsia atau petua kecantikkan yang diamalkan olehnya. Adelia berkata bahawa dia hanya melakukan rutin kecantikkan biasa di rumah sahaja, ekoran kekangan masa yang dihadapinya kerana sibuk menguruskan keluarga serta kerjaya.
Ads
“Biasanya Adel kalau menjaga kecantikkan dan merawat wajah, Adel akan lakukan rutin kecantikkan di rumah sahaja dengan menggunakan krim-krim yang bersesuaian dengan kulit Adel, jadi tidak memerlukan masa yang lama dan boleh dilakukan dalam keadaan tenang.
“Alhamdulillah.. Kulit Adel senang untuk dijaga dan diuruskan kerana mempunyai kulit yang tidak terlalu sensitif, jadi rawtan kecantikkan itu boleh dilakukan di rumah sahaja.
Bagaimanapun, Adel mengakui sekiranya dia mempunyai waktu senggang yang terluang, sekali sekala dia juga akan berkunjung ke klinik kecantikkan. Meskipun tidak sering dapat berbuat demikian.
“Lagipun disebabkan jarak anak-anak terlalu dekat selama 11 tahun tu, Adel asyik sibuk menguruskan anak lepas tu bersalin lagi, jaga anak semula. Tiada banyak masa menguruskan kecantikkan.
Ads
“Sekarang bila anak-anak dah besar sedikit, baru ada masa nak bina semula kerjaya dalam bisnes dan melakukan aktiviti-aktiviti yang lain,” katanya.
Sekadar info, Adelia berkata demikian ketika ditemui Hijabista pada satu majlis gilang gemilang, Pelancaran Koleksi terbaharu jenama Sebawang, yang terdiri daripada tudung dan set suit bertemakan “doll edition”.
Pada malam tersebut juga, Adelia Wilhemina yang juga isteri kepada vokalis band tersohor indonesia, Pasha Ungu telah diberi tanggungjawab penting sebagai pengedar rasmi dan juga founder kepada jenama Sebawang di Indonesia.
Berinspirasikan keindahan dan kesabaran yang rumit di sebalik ukiran kayu Melayu, koleksi raya dUCk membawakan konsep Sabar pada hari raya ini.
Setiap koleksi raya dUCk mempunyai ceriteranya tersendiri, berbeza dengan koleksi tahun ini bukan sahaja memupuk sifat mulia dalam diri seseorang malah dUCk memperkenalkan koleksi terbesar, The Heritage dUCk yang diinspirasikan daripada ilustrasi indah dan halus motif ukiran kayu Melayu.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Koleksi lengkap bergaya bersama keluarga
Koleksi ini menampilkan tudung, beg, aksesori, wangian serta baju raya sedia pakai untuk dewasa dan kanak-kanak! Tepat pada masanya untuk menyambut Raya dengan penuh gaya bersama.
“Sejak dua tahun kebelakangan ini, kami menyambut Aidilfitri secara jarak jauh, dan berjauhan dengan orang tersayang sememangnya mencabar bagi kebanyakan dari kita. Dari perjalanan jauh untuk berjumpa keluarga, memasak juadah bersama-sama dan memohon kemaafan dalam keluarga, hari raya ini kita berpeluang untuk mengimbau detik-detik terindah Raya bersama keluarga tersayang. Dan inilah masa yang seperti segala-galanya dinantikan yang baik dalam hidup kita,” kongsi Jacky Hussein, Pengarah Kreatif The dUCk Group.
“Tahun ini, The dUCk Group ingin memberi inspirasi kepada nilai kesabaran kerana ia telah mengajar untuk menjadi tabah dari segi rohani dan ia mendorong untuk mengingatkan satu sama lain untuk terus beramal. Tertarik dengan keindahan warisan ukiran kayu Melayu, daripada lengkungan halus hingga motif ukiran, dUCk sangat teruja kerana dapat menghidupkan seni ini melalui koleksi terbaharu raya,” tambah Jacky.
Koleksi Heritage dUCk pertama kali diilhamkan oleh penpengaruh Asma Nasa apabila melawat Pak Osman, seorang pakar seni ukiran kayu di Terengganu. Beliau berkongsi petikan yang bermakna dengan D tentang kepentingan kesabaran dalam ukiran kayu. Kesabaran benar-benar merupakan nilai murni bagi mereka yang ingin melihat karya seni mereka yang indah dihidupkan, dan di situlah The Heritage dUCk dengan motif ukiran kayunya dalam koleksi Aidilfitri ini.
Lebih-lebih lagi, ukiran kayu juga merupakan warisan abadi yang telah dipelihara dalam warisan yang kita sehingga hari ini, koleksi ini merangkumi tentang kegembiraan dan penghargaan tradisi, warisan dan budaya kita melalui perayaan yang cukup gemilang ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Cukup terkenal dengan lawaknya yang sempoi, Nabil Ahmad amat di gemari oleh rakyat Malaysia dan telah sinonim dengan gaya pengacaraannya yang bersahaja.
Baru-baru ini, perkongsian dari isteri pelawak tersebut, Zira Ayub telah mendapat perhatian ramai. Dia mendedahkan sebabnya berhenti dari kerjayanya atas satu syarat.
Kerjaya Terhenti Demi Kasih Sayang
Zira berkongsi kisah kerjayanya dalam satu temubual bersama Zarul Umbrella yang dimuatnaik pada akaun TikTok milik penyanyi tersebut. Dia juga mendedahkan pernah menjadi ‘flower pot’ bagi Air Asia pada seketika dahulu.
Zarul bertanyakan kepada Zira apa sebab utamanya untuk sertai kerjaya sebagai pramugari dan dia menjawab semuanya kerana duit ketika itu. Dia juga menjelaskan lagi ketika itu kerjaya itu juga menawarkan gaji yang agak lumayan.
“Ketika itu gaji yang ditawarkan agak lumayan! Saya pula dengar orang cerita dan tertanya betul ke boleh earn sampai RM7k?” katanya.
Zira juga menceritakan pengelamannya bekerja bersama syarikat penerbangan itu hanya bertahan selama 3 tahun sahaja. Katanya, Nabil ada bertanya jika Zira ‘fly‘ bagaimana mereka berdua hendak berjumpa, jadi selepas itu Zira berhenti atas sebab mahu berkahwin.
“Kalau nak saya berhenti awak kena bayar gaji saya, berapa pendapatan saya awak kena bayar. Dia setuju, sebulan, dua bulan dia bayar. Bulan ketiga dah tak bayar sebab dah kahwin.” ujarnya lagi apabila Nabil Ahmad bersetuju membayar gaji kepadanya.
Tidak disangkal atas jawapan Zira sendiri, sudah tentu wargamaya tertarik dengan cara Nabil dan Zira berkomunikasi mengenai kerjaya. Ramai juga memberikan reaksi yang positif.
“Ini baru betul lelaki alpha, suruh awek berhenti dan bayar gaji. Terbaik Haji Nabil,
“Jujur sangat Zira ini, memang dia cantik!
“Macam kawan saya, dia cikgu. Pastu lepas dapat anak, husband suruh resign jaga anak. Husband dia bayar gaji bulanan siap EPF lagi lepas dia resign.” tulis wargamaya di ruangan komen.
Untuk rekod, Nabil telah berkahwin dengan Zira pada 30 September 2011. Mereka dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata perempuan, Nayla Mikayla, Leyla Medyna, dan Mishall Imani.
Tahun lalu menyaksikan pencapaian sangat membanggakan bagi pengacara, pelakon dan usahawan paling popular ini, Neelofa. Bukan sahaja tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia tetapi juga dilantik menajdi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif oleh kumpulan Airaisa Berhad. Namun awal tahun ini imej bersih jutawan muda ini sedikit tercalar gara-gara viral isu suplemen bayi yang dipromosikannya di laman instagramnya.
Ramai pakar bertauliah yang mengkritik serta menghentam Neelofa dengan caranya itu yang dianggap salah. Bukan sahaja netizen, malah beberapa rakan aris turut menyalahkan Neelofa yang dikatakan hanya mengaut keuntungan semata-mata.
Namun bagi Neelofa dia tidak melatah dengan apa yang terjadi. Tidak mahu perkara ini terus hangat dipekatakan, menerusi Sinar Harian Online, beliau meminta agar para pengikutnya bersabar dengan isu hangat yang diperkatakan ketika ini iaitu berkaitan suplemen yang dikatakan sesuai untuk bayi dan kanak-kanak, yang dipromosikan di laman Instagramnya.
Mmenerusia kenyataan di Twitter @Neelofa, beliau menjelaskan bahawa beliau menghargai dan memahami semua komen dan perhatian yang diberikan terhadap isu tersebut.
Dalam masa sama juga, usahawan muda ini masih meletakkan penghargaan atas perhatian yang diterimanya. Menurut Neelofa produk yang dipromosikan itu sedang cuba meleraikan kekeliruan dihadapi pengguna.
“Pihak pengurusan produk CnG sedang berusaha keras untuk menjelaskan isu dan kekeliruan ini. Saya berharap semua pihak dapat bersabar dan memahami,” tulisnya.
Ternyata tindakan bijak telah diambil bagi menjernihkan keadaan yang sedang panas. Dalam hal ini Neelofa sanggup mengetepikan segalanya dan tenang berdepan dengan netizen cuba menjelaskan apa yang terjadi.
Sikapnya ini menunjukkan sisi kematangan Neelofa dan semoga apa yang berlaku ini menjadi panduan untuknya untuk terus berhati-hati dalam mempromosikan sebarang produk.
Jika dilihat di laman sosialnya, Neelofa tetap menjalankan aktiviti seninya seperti biasa dan wanita berusia 29 tahun yang akan menyambut hari lahirnya pada 10 Febuari ini semakin bijak dan lebih matang menangani setiap permasalahan yang berlaku.
Syabas Neelofa dan HIJABISTA berharap agar beliau terus menjadi idola kepada hijabi di luar sana untuk terus yakin dan bersemangat dalam mencapai apa yang diimpikan dalam hidup.
Mengejar definisi kesempurnaan barangkali sudah menjadi gaya hidup manusia pada hari ini untuk mendapat sebakul pujian juga untuk mengaut bilangan pengikut yang ramai. Adakah ia relevan sehingga ada yang sanggup mengambil risiko untuk kekal sempurna di laman sosial?