Tak berkelip mata memandang, persis anak patung wajah Dr Wan Hidayu sekaligus lambang hijabi bijak dan miliki 2 klinik estetik!

Memulakan kerjaya awalnya sebagai pegawai perubatan kerajaan, nyata membibitkan rasa cinta yang mendalam terhadap bidang estetik buat Dr Wan Hidayu Wan Ahmad yang akhirnya menubuhkan Klinik Nur Raisha kerana minat terhadap dunia kecantikan.

Dress labuh Shanell Harun direka khas untuk Dr Ayu yang lekuk tubuhnya langsing sempurna. Walau sudah beranak tiga, badannya sepertikan anak dara. Setiap tutur kata disusun kemas, hijabi ini sememangnya seorang wanita moden yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk dilakukan.

Berusia 37 tahun, Pengarah Klinik Nur Raisha ini memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Surgeri dari Universiti Malaya. Beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai perubatan kerajaan selama tujuh tahun, antaranya di Hospital Sungai Buloh, Pusat Darah Negara dan klinik kesihatan di daerah Kuala Selangor.

“Sebenarnya ketika saya masih bekerja sebagai doktor, ramai pesakit yang mengadu masalah kulit antaranya parut jerawat dan jeragat. Mereka bimbang dengan kesihatan kulit wajah mereka. Jadi itulah yang membuat saya terpanggil untuk membantu.

Ads
Persis Anak Patung, Dr Wan Hidayu Lambang Hijabi Bijak & Miliki 2 Klinik Estetik!
Instagram @drwanhidayu

Selepas meninggalkan sektor kerajaan, saya kembali meneruskan pengajian dalam bidang estetik. Banyak yang perlu didalami walaupun pendidikan saya berlatarkan perubatan. Gabungan ilmu dan pengalaman yang ditimba membuatkan saya bertambah yakin menerokai perniagaan ini,” luah Dr Ayu sambil tersenyum.

Klinik Nur Raisha ditubuhkan pada Januari 2018 di Puncak Alam, Selangor. “Mengambil inspirasi nama anak kedua saya yang kebetulan baru lahir, saya mula memperkenalkan rawatan estetik di kalangan penduduk setempat. Sekarang anak saya dah berumur lapan tahun, dan alhamdulillah klinik juga sudah memiliki ramai pelanggan tetap.

Ads

Kami mengambil sedikit masa untuk dikenali kerana memandangkan ada banyak klinik di Puncak Alam. Selepas setahun, Klinik Nur Raisha mula mendapat sambutan dan meningkat dari semasa ke semasa.

Demografi pelanggan juga berkembang, bukan setakat di kalangan warga Puncak Alam malah dari pelbagai negeri. Berkat rezeki yang mengalir, saya berjaya membuka cawangan kedua Klinik Nur Raisha di Publika, Solaris Dutamas pada September 2022,” tutur wanita yang miliki 2 klinik estetik itu.

Ads
Persis Anak Patung, Dr Wan Hidayu Lambang Hijabi Bijak & Miliki 2 Klinik Estetik!
Instagram @drwanhidayu

 

Persis Anak Patung, Dr Wan Hidayu Lambang Hijabi Bijak & Miliki 2 Klinik Estetik!
Instagram @drwanhidayu

Sebelum bual bicara kami berakhir, wanita yang diiktiraf Nona Best Aesthetic Award di Nona Superwoman Award 2024 ini bercerita perancangan masa depannya. “Sebenarnya saya dalam proses untuk menghasilkan satu produk baharu iaitu produk kesihatan untuk wanita.

Idea untuk menghasilkan formula produk ini tercetus ketika saya mendapati ramai pelanggan di klinik, hampir 50% daripadanya mengalami masalah stres, depresi dan insomnia. Jadi produk suplemen ini dirumus khas untuk menstabilkan hormon kita. Apabila emosi stabil, insyaallah keluarga juga akan harmoni,” akhirinya.

Persis Anak Patung, Dr Wan Hidayu Lambang Hijabi Bijak & Miliki 2 Klinik Estetik!
Instagram @drwanhidayu

Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/dengan-orang-lelaki-ni-tak-payah-mukadimah-bagai-yatt-hamzah-titip-pesan-buat-hijabi-elak-makan-hati-dengan-suami/

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI