MESKIPUN dilihat menarik dari segi kreativiti, persembahan penyanyi, Aina Abdul menerusi lagu Sumpah pada Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) mengundang kritikan dan pertikaian Persatuan Peduli Mental Malaysia (MIASA).
Menurut kenyataan persatuan itu, persembahan konsep bunuh diri berkenaan keterlaluan dan melanggar peraturan.
“Sangat mengejutkan. Apakah sudah tiada idea kreatif lain sehingga mendesak untuk melakukan persembahan yang berkonsepkan bunuh diri di pentas AJL tahun ini? Stesen TV dan produksi sepatutnya sudah sedia maklum dengan larangan adengan sedemikian di media.
“Dalam persembahan terbabit, penyanyi itu yang berpakaian serba putih menikam dadanya sehingga darah membuak-buak keluar membasahi pakaiannya. Skrin latar mempamerkan darah pekat yang mengalir,” demikian kenyataan itu.
MIASA menyelar keras persembahan itu yang seakan mendorong penonton untuk mencederakan diri sekali gus melanggar garis panduan di media.
“Ternyata persembahan seperti ini memberi mesej yang SALAH kepada penonton mengenai kekesalan kekecewaan dalam percintaan sehingga perlu menamatkan riwayat dengan menikam dada.
“Persembahan seperti ini jelas telah melanggar Guidelines For Media Reporting on Suicide yang melarang sebarang bentuk adengan membunuh diri dengan menunjukkan cara dan kaedah untuk menamatkan riwayat.
“Bagi individu yang memiliki masalah mental, adengan seperti ini boleh menyebabkan cetusan yang boleh mengganggu pemikiran dan mungkin mendorong mereka untuk menamatkan riwayat,” kata kenyataan itu.
Berikut kenyataan Aina Abdul dakwaan persembahan konsep bunuh diri.
.
Assalamualaikum wbt.
.
Astaghfirullah al adzim… Nauzubillah min zalik… Sebagai seorang wanita muslim, tak pernah terlintas di fikiran saya untuk melakukan konsep seperti yang didakwa. .
Saya masih waras dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.
.
Persembahan saya hanya sebuah ekspresi seni yang saya sampaikan atas pentas AJL34 dan ia merupakan kesinambungan kepada jalan cerita muzik video Sumpah.
.
Perkara ini saya sudah pun maklumkan sejurus selepas persembahan selesai di Instagram saya.
.
Persembahan tadi merupakan simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita kerana menyesal dengan perbuatannya sendiri terhadap orang yang amat disayanginya.
.
Hati yang berdarah melambangkan kesakitan yang ditangggung oleh wanita itu selepas melukakan hati insan yang disayanginya.
.
Semua orang mempunyai pendapat berbeza dan ingin saya tegaskan sekali lagi, persembahan saya tidak menyentuh elemen seperti yang didakwa.
.
Ia langsung tiada kena mengena dengan dakwaan yang diperkatakan dan saya mohon maaf sekiranya terdapat salah faham yang timbul.
.
Saya harap dengan penjelasan ini dapat meleraikan segala kekusutan yang melanda.
.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang AJL34 dan semua team produksi. Berada di pentas AJL34 sudah membuatkan saya sangat bersyukur.
.
Sejujurnya, saya tak fikir mengenai menang atau kalah kerana pentas AJL34 merupakan permulaan saya menyerlahkan lagi bakat di persada seni.
.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada peminat saya, @ainations yang tidak jemu menyokong. Anda semua kekuatan saya dan saya tak akan berhenti berusaha untuk me balas jasa anda semua.
.
Terima kasih kepada semua pihak yang menyokong perjalanan lagu Sumpah. Alhamdulillah.
Sumber kredit: Harian Metro dan Instagram Aina Abdul
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI