Kerohanian

Pernah Tutup ‘Pintu Hati’ Dari Allah, Mizz Nina Kongsi Kisah Hijrah Agar Jadi Pedoman Hijabi

Share

Penghijrahan yang dilakukan pemilik nama penuh Shazrina binti Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina sejak sebelas tahun yang lalu sempat membuka mata ramai pihak.

Mana tidaknya, penghijrahan yang berlaku pada akhir tahun 2013 membuka satu lembaran baharu dalam kehidupan Mizz Nina, daripada bergelar bintang yang sinonim dengan imej seksi, dia berubah 360 darjah menjadi seorang Muslimah sejati.

Malah, Mizz Nina kekal istiqamah menggayakan fesyen patuh syariah dan menutup aurat sehingga kini. Dia juga bergiat aktif sebagai pendakwah serta terlibat sebagai aktivis kemanusiaan yang lantang menyuarakan pandangan terhadap isu Palestin dan Gaza.

Mizz Nina Kenang ‘Zaman Muda’ Pernah Palingkan Hati Dari Allah

“Saya pernah tutup pintu Allah masa saya muda. Tak solat, tak puasa, tak buat apa-apa, macam malas nak buat semua itu..

“Masa saya ke arah kejayaan, saya rasa macam ada kehilangan ‘sesuatu’ dan saya pun sudah lama dalam industri hiburan, banyak buat persembahan sini sana, jadi saya rasa ia hanyalah rutin harian.

Artikel berkaitan: Mizz Nina Terima Anugerah Ikon Aktivis Kemanusiaan Di Majlis Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan

“Saya merasakan semakin dikenali, saya bergerak ke era baru dalam hidup saya dan itu sebab saya senang untuk lepaskan semua benda..

“Apabila saya nekad untuk mendalami Islam, saya rasakan ini adalah permulaan kehidupan saya,” kata bekas isteri kepada penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh.

Hijrah Satu Perjalanan Indah, Meski Tak Mudah!

Popular dengan lagu Wait You Waiting For, Mizz Nina mengakui cabaran dalam penghijrahan adalah suatu perkara paling sukar.

“Saya mengambil masa untuk berhenti pergi ke tempat yang selalu saya pergi dulu, perlahan-lahan nak belajar pakai tudung dan ambil masa nak pergi Haji..

“Balik dari Mekah, saya cuba praktikkan perkara itu dan mahu kekal istiqamah dan saya rasa itu adalah cabaran yang semua orang hadapi,” kata Miss Nina sebak.

Menerusi temubual slot Kisah Penghijrahan dalam Zayan My, anak kelahiran Kuala Lumpur ini juga mengakui bahawa ayat suci Al-Fatihah telah melengkapi hidupnya.

“Surah Al-Fatihah sangat memberi kesan besar pada saya sebab ia adalah surah pertama saya hafal dan surah pertama yang saya faham,” kata Mizz Nina.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari MEDIA HIBURAN

Sumber: Facebook Mizz Nina & Youtube Zayyan

Artikel berkaitan: Kongsikan Momen Mengerjakan Umrah Bersama Anak Angkat, Mizz Nina Memanjatkan Kesyukuran Nikmat Yang Di Kurniakan

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir