Kalau dah jodoh pasti tak kemana!
Selebriti terkenal, Yana Samsudin mendedahkan bahawa dia pernah menolak lamaran suaminya, Fadzil Zahari secara baik suatu masa dahulu yang ketika itu datang merisik dirinya untuk mendirikan rumah tangga.
Jelas pengarah Selamat Pagi Cinta ini, apa yang dilakukan pada ketika itu adalah kerana ayahnya telah berpesan bahawa dia mahu Yana menyimpan duit terlebih dahulu.
Tambah Yana, dia juga hanya menggunakan kereta Kelisa sahaja walaupun ketika itu namanya berada di puncak populariti.
“Dulu ayah pernah pesan kalau saya nak kahwin, saya kena ada RM200,000 dalam bank. Sebab itu saya pakai kereta Kelisa sampai ada rakan artis yang tegur.
“Tapi punca sebenarnya saya mahu simpan duit dan beri keutamaan untuk belanja keluarga terlebih dahulu. Malah saya bangga ketika di umur 30 tahun, saya sudah belikan rumah lima bilik dan empat bilik air untuk keluarga.
“Masa itu saya fikir nak berikan keselesaan dan bantu keluarga terlebih dahulu. Tetapi selepas semuanya selesai, barulah saya sedia untuk memikirkan perkara seterusnya dalam kehidupan,” kongsi Yana sewaktu sesi Instagram Live bersama penggiat seni anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) baru-baru ini.
Yana dan Fadzil akhirnya bertemu jodoh dan mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015 dan kini dikurniakan dua orang anak.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI