Pernah ‘Tersungkur’ Dalam Penghijrahan, Ini Pendedahan Mengejutkan Lisa Surihani!

Share

Sejak melakukan penghijrahan dan memutuskan untuk berhijab empat tahun lalu, pelakon jelita Lisa Surihani mendedahkan ia bukanlah satu proses yang mudah.

Memandangkan iman yang turun naik, Lisa akui dia juga pernah rasa ‘tersungkur’ di dalam perjalanan hijrahnya itu. Malah ia menuntut pengorbanan yang besar untuk kekal istiqamah dalam menutup aurat dan kecekalan demi memperbaiki diri untuk agama.

Lisa Akui Hatinya Rapuh, Tapi Tekad Pertahankan Prinsip!

“Kita ini manusia biasa, hati sangat rapuh. Apa juga keadaan sekali pun, saya cuba pertahan sesetengah prinsip. Ya, ini suatu pengorbanan yang berat, terutama untuk terus kekal istiqamah. Tetapi, saya harus mencuba sebaiknya.

“Ada momen ‘tersungkur’, tetapi perlahan-lahan saya bangkit agar tidak lekas berputus asa dalam perjalanan ini,” ujar Lisa.

Tegasnya lagi, disebalik prinsip yang diperjuangkan untuk menutup aurat dengan sempurna, Lisa turut menzahirkan rasa bimbang terhadap puji-pujian yang diterima berikutan penghijrahanya.

Artikel berkaitan: Meski Jadi Model, Gaya Tudung ‘Tutup Dada’ Lisa Surihani Raih Pujian Netizen! Elak Pandangan Tabbaruj

Menurut lisa, dia juga seorang manusia biasa yang mana jika menerima pujian akan merasa bangga, justeru dia amat takut sekiranya lemas dalam pujian hingga timbulnya sifat riak, takbur dan ujub.

“Macam mana sekali pun, semua ini datangnya daripada Allah. Sejujurnya, saya cukup takut dengan puji-pujian kerana bimbang lahir perasaan suka.

“Saya hanya cuba menjaga tingkah laku dan pertuturan. Tetapi, semua itu datangnya daripada Allah,” jelasnya.

Sekadar info, Lisa telah mendirikan rumah tangga bersama Yusry pada 23 Februari 2012 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne, dan Yunos Laith.

Sumber: Berita Harian

Artikel berkaitan: Peminat Kagumi ‘Hijrah’ Lisa Surihani, Penampilan ‘Berseri’ Bak Bidadari Jadi Sorotan Netizen!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir