Kata orang, anak merupakan kurniaan sebuah rezeki yang diturunkan oleh Allah SWT. Walaupun penat menguruskan, namun begitulah amanah yang diutuskan oleh-Nya kepada ibubapa. Begitulah jua yang dilakukan oleh angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar yang tidak culas menjaga keenam-enam orang anaknya.
Menerusi perkongsian yang dimuatnaik dalam akaun Instagramnya, Dr. Sheikh Muszaphar berkongsikan tentang rutin hariannya bersama isteri yang begitu padat dan sibuk. Bermula dari jam 5.30 pagi sehinggalah jam 10 malam, dia dan isteri, Dr. Datin Halina benar-benar komited menguruskan perihal anak-anak mereka.
Kongsi Dr. Sheikh Muszaphar, rutin mereka bermula seawal jam 5.30 pagi apabila salah seorang dari anak kembarnya bangun. Dari situlah bermulanya ‘kekecohan’ di awal pagi.
Selalunya kekecohan akan bermula pada jam 5.30 pagi apabila salah seorang daripada anak kembar kami bangun dan mengejutkan yang lain. Itulah ‘jam loceng’ kami di waktu pagi.
Penulis boleh gambarkan keadaan di waktu pagi dalam rumah Dr. Sheikh Muszaphar seperti ‘bersilat’ untuk menguruskan perihal anak-anaknya seperti menyediakan sarapan dan menguruskan pakaian sekolah mereka.
IKLAN
Tambahnya lagi, anak-anaknya juga turut tidak ketinggalan untuk mengikuti kelas agama, kelas tambahan dan juga aktiviti riadah seperti kelas Taekwando dan kelas renang pada waktu petang.
Pada waktu malam pula, Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Datin Halina akan memfokuskan kepada pelajaran anak-anak mereka sehinggalah pada jam 10 malam.
Selalunya pada jam 9 malam, saya akan mengajar Adam dan Noah subjek Matematik dan Bahasa Inggeris. Manakala Dr. Halina akan membantu anak-anak perempuan mengulang kaji pelajaran samaada dari SJKC atau Islamic School
“Terlupa jemput anak kat sekolah..”
IKLAN
Bukan mudah sebenarnya untuk menguruskan enam orang anak. Adakalanya, sebagai ibubapa, ada juga kekhilafan yang dilakukan saat menguruskan anak. Seperti Dr. Sheikh Muszaphar dan isteri, mereka pernah terlupa untuk menjemput anak di sekolah.
Pernah sekali terlupa jemput anak kat sekolah. Nasib baik cikgu hubungi saya. Saya ingatkan Dr Halina yang akan ambil anak di sekolah, dan dia pula ingatkan saya yang ambil anak di sekolah.
Biarpun penat menguruskan anak-anak, namun baginya, ia berbaloi kerana adalah sebuah tanggungjawab. Saat anak peluk kemas dan meluahkan kata-kata ‘I Love You Daddy’, ia membuatkan airmatanya berlinangan kegembiraan.
IKLAN
Pun begitu, Dr. Sheikh Muszaphar menyimpan hasrat ingin menambah zuriat lagi.
Pernah tak anda hadapi situasi dimana anda betul-betul memerlukan wang, hingga bertindak memohon pinjaman peribadi untuk tujuan tertentu dan sanggup melakukan pelbagai prosedur yang digariskan.
Namun, berakhir dengan kekecewaan apabila permohonan pinjaman anda ditolak buta-buta meski setelah berhempas pulas berusaha menepati syarat-syarat permohonan.
Jangan khuatir sis, kini anda dapat menjalani perkhidmatan kewangan dengan lebih mudah! Semuanya hanya di hujung jari anda dengan adanya aplikasi LULUS!
Apa Itu Aplikasi LULUS?
Mesti ada diantara anda yang tertanya-tanya apa itu aplikasi LULUS, untuk pengetahuan hijabi, aplikasi ini merupakan rangkaian produk dan perkhidmatan kewangan komprehensif yang dilaksanakan menerusi kerjasama strategik diantara tiga syarikat gergasi iaitu Erbe World, CTOS dan CelcomDigi.
Aplikasi ini dibangunkan bertujuan untuk menyediakan akses kepada pelbagai pilihan bagi memenuhi keperluan unik masyarakat, dalam masa sama merevolusikan lanskap perkhidmatan kewangan negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Erbe World Holding, Datuk Muhammad Amir Abdullah, berkata untuk memperluas jaringan dan menawarkan pelbagai perkhidmatan dalam skop kewangan, LULUS bakal menjalinkan kerjasama dengan beberapa lagi syarikat lain, seperti Fintech, Biro Kredit dan Institusi Kewangan.
“Menerusi aplikasi ini, pengguna boleh melakukan semakan pinjaman menggunakan teknologi canggih serta menerusi sumber data yang boleh dipercayai dan antara muka yang mesra pengguna.
“Perkhidmatan ini juga direka bentuk untuk memenuhi keperluan individu dan perniagaan, menyediakan laporan kelayakan pinjaman yang cepat, tepat dan boleh diakses.
“Setakat sekarang, pada tahun pertama saya menyasarkan 10 juta transaksi menerusi aplikasi ini,” katanya sewaktu majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara ERBE, CTOS dan CelcomDigi.
Lulus Mudahkan Urusan Perkhidmatan Melibatkan Kewangan!
Mengulas perkara sama, Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi LULUS, Mohd Hasrul Syafiq Mohd Ismail berkata aplikasi ini bakal memberi kuasa kepada individu untuk mendapatkan pembiayaan dan produk kewangan dengan lebih pantas dan tuntas.
“Perbankan sebagai Perkhidmatan (BaaS) adalah intipati misi kami. Melalui model BaaS, kami bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan perbankan yang lebih berpatutan, cekap, dan mudah diakses kepada pelanggan kami.
“Dengan kerjasama daripada 21 bank, 5 bank digital, koperasi kredit dan syarikat-syarikat pinjaman lain, rakyat Malaysia akan merasai manfaat nyata melalui BaaS Lulus.
“Pendekatan revolusi ini memberi kuasa kepada individu untuk mendapatkan pembiayaan dengan lebih cepat dan mudah, menguruskan kewangan mereka dengan lebih berkesan, dan mengakses produk dan perkhidmatan kewangan yang sebelum ini di luar jangkauan mereka.
“Kerjasama kami dengan CelcomDigi dan CTOS turut memperkuatkan keupayaan kami, membolehkan kami menyampaikan perkhidmatan dengan lebih cekap dan efisyen,” jelasnya.
Hasrul berkata demikian dalam Majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bagi mewujudkan aplikasi LULUS diantara syarikat Erbe, CTOS dan Celcomdigi.
Turut hadir pada majlis berkenaan adalah, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, Ketua Pegawai Eksekutif CTOS, Eric Chin dan Ketua Ketua Kerjasama dan Perkongsian CelcomDigi, Azman Ramli.
Tren solekan terbaru yang masih lagi berlegar di media sosial, kini gaya solekan ‘Angelic Look‘ menjadi pilihan orang ramai. Memberikan wajah tampak mempersona dan segar tanpa solekan yang keterlaluan.
Sudah tentu ramai yang suka akan gaya solekan yang kurang menonjol dan menunjukkan hasil yang natural. Tidak semua yang gemar solekan yang terlalu menonjol dengan pembayang, blusher, dan gincu yang sangat terang kerana ada yang tidak berani untuk gayakan solekan seperti itu.
Kini, ramai pengguna di media sosial terutama sekali di TikTok menghasilkan gaya solekan yang tampak seperti tidak memakai apa-apa produk mekap, no-make up-make up look, kerana solekan ini ‘ringan’ dan sesuai dengan cuaca panas di Malaysia. Tetapi saban hari, tren solekan ala ‘tidak menggunakan mekap’ di evolusikan lagi menjadi lebih menarik dengan nama yang baharu.
Solekan ala bidadari ataupun ‘Angelic Look’ ini juga menjadi salah satu trademark buat jurusolek terkenal Filipina, Paul Unating, yang gemar membuat solekan ala bidadari ini kepada model. Ramai yang suka akan hasil yang beliau lakukan dan juga menjadi salah satu tarikan untuk kebanyakan orang mencuba gaya solekan ini menggunakan teknik mereka sendiri.
Lihat! Nampak sangat segar dengan penggunaan warna rona merah jambu menaikkan seri wajah seseorang itu. Memang betul tampak seperti bidadari. Jadi memang sah ia menjadi kegilaan ramai orang kenapa ia banyak di hasilkan semula di TikTok.
Hijabista telah menelaah setiap video di TikTok untuk mencari cari yang mudah dan senang di lakukan oleh semua untuk mencipta gaya solekan ala bidadari untuk diri anda. Jadi kami menemui pengguna akaun TikTok bernama Jennie Dimova yang menghasilkan gaya solekan ini dengan mudah sekali.
#1 Gunakan Eyebrow wax atau Clear Mascara untuk kening yang natural
Bagi solekan gaya angelic look ini perlu minima penggunaan produk yang terlalu menonjol. Di sebabkan kening merupakan salah satu ciri utama di muka, jadi kita perlu kurangkan ‘penegasan’ di kawasan itu. Jadi, kening hanya perlu di bentuk menggunakan eyebrow wx atau clear mascara untuk mengemaskannya mengikut bentuk yang natural.
#2 Hanya gunakan concealer untuk tutup cela
Selalunya kita akan memilih untuk menggunakan foundation dan juga concealer untuk menutup cela di muka. Bagi solekan ini, anda tidak perlu menggunakan produk yang terlalu ‘berat’ dan hanya mengekalkan penggunaan produk yang minima. Hanya gunakan concealer untuk menutup cela di bahagian muka yang bermasalah seperti bekas jerawat, kawasan tona tidak sekata, dan yang lain-lain berkaitan.
#3 Gunakan contour untuk beri kesan muka terstruktur dan tirus
Jika tadi Jennie menggunakan produk berkrim, kini dia menggunakan powdercontour untuk membuatkan muka tampak berstruktur dan tirus. Menggunakan contour juga memberikan dimensi kepada muka. Hasilnya muka kelihatan terletak cantik dengan struktur yang menawan.
#4 Gunakan krim blusher dan higlighter
Mekap angelic look ini menampilkan warna rona merah jambu yang cantik di kawasan pipi dan bawah mata. Ia akan membuatkan muka kelihatan segar dan comel kerana warna merah jambu yang memberikan satu ciri yang manis. Jadi letakkan krim blusher dan highlighter di kawasan pipi dan bawah mata, jangan lupa untuk ratakan menggunakan alat solek seperti beauty blender. Seperti Jennie, selepas krim blusher dan highlighter di ratakan, dia meletakkan sedikit concealer di bahagian sudut hadapan mata untuk menerangkan kawasan tersebut.
#5 Letak bedak asas dan powder blusher untuk set muka anda
Setelah menggunakan produk berkrim di muka, kita tidak mahu ia kelihatan bercapuk setelah beberapa jam ia berada di muka. Jadi anda perlu gunakan produk yang berasaskan bedak untuk set mekap asas yang telah anda lakukan pada awalnya.
#6 Gunakan eyeshadow yang berwarna putih dan letakkan shimmer di kelopak mata
Gunakan pembayang atau eyeshadow yang berwarna putih atau warna coklat cair di jadikan sebagai warna asas di kelopak mata. Lalu, untuk menonjolkan sedikit warna di kawasan itu, anda gunakan shimmer untuk kelihatan seperti berkilat dan segar pada kawasan mata anda.
#7 Gunakan pencil higlighter untuk cerahkan hujung mata dan timbulkan tulang hidung
Penggunaan pencil highlighter di letakkan pada bahagian tulang hidung dan hujung hadapan sudut mata boleh berikan impak kesan yang bersinar buat kawasan itu. Jadi anda bukan sahaja boleh gunakan pencil highlighter, anda boleh juga gantikan dengan menggunakan apa-apa produk highlighter mengikut kesesuaian anda.
#8 Gunakan eyeshadow sebagai wing liner dan maskara untuk melebatkan bulu mata
Untuk berikan lagi kawasan mata kelihatan tampak lebih berwarna dan ‘tajam’ anda gunakan pembayang mata berwarna coklat gelap sebagai wing liner untuk kesan yang natural. Lalu, gunakan maskara untuk membuatkan bulu mata kelihatan lebat.
#9 Gincu yang berwarna rona merah jambu atau warna tanah
Akhir sekali untuk mencantikkan lagi solekan ini, gunakan lip liner yang berwarna coklat untuk membentukkan bentuk bibir yang mungil dan besar. Lalu, padankan dengan gincu yang berwarna rona merah jambu atau warna tanah untuk memberikan solekan yang bersahaja.
Siap sudah mekap anda, dah jadi bidadari!
Sudah siap gaya solekan ala bidadari atau lebih di kenali sebagai angelic look. Ia mungkin panjang untuk di perincikan melalui teks tetapi bila anda cuba sendiri, pasti ia akan tampak mudah. Bagi mereka yang baru mencuba mekap, tidak mengapa, teruskan untuk praktis sehingga anda boleh capai gaya solekan yang anda inginkan. Selamat mencuba!
Akibat sering terdedah dengan muzik ‘volume’ tinggi, Ratu Rock Negara Nor Zila Aminuddin atau lebih mesra di sapa dengan nama pentas Ella Aminuddin kini terpaksa menggunakan alat bantuan pendengaran setelah di diagnosis mempunyai masalah di kedua-dua telinganya.
Menurut Ella, pada awalnya dia tidak tahu bahawa dia mengalami masalah pendengaran. Namun, menzahirkan rasa syukur kerana masih berada di tahap ‘moderate’ dan mampu mengekang masalah ini sebelum lebih memburuk.
Ella Tak Tahu Hadapi Masalah Pendengaran
Jelas Ella, dia tidak mengetahui bahawa dirinya mempunyai masalah pendengaran dan hanya cakna mengenainya setelah melakukan pemeriksaan lanjut.
“Sebelum ini saya tak tahu pendengaran saya terjejas. Selepas melakukan pemeriksaan, keputusan mendapati pendengaran telinga kiri berkurang. Misal kata dalam peratusan 100 peratus, ia berubah kepada 70 peratus di bahagian kiri dan 80 peratus di bahagian kanan.
“Situasi tersebut masih di peringkat ‘modetare’ dan saya memilih untuk menggunakan alat bantuan bagi mengimbangi fungsi pendengaran dari Global Hearing Care Centre (GHCC) dan sekarang menggunakan alat bantuan pendengaran Bernafon Alpha,” katanya.
Ella berkata demikian ketika ditemui pada Program Komuniti Global Hearing Care Centre di Pavillion Bukit Jalil, pada Sabtu lalu.
Ella Bersyukur Dapat Rawat Masalah Pendengaran Di Peringkat Awal!
Mengulas lanjut berhubung perasaanya apabila mengetahui dia kini di diagnosis mempunyai masalah pendengaran pada peringkat awal, ini respon yang diberikan Ella.
“Walaupun saya menggunakan alat bantuan pendengaran namun, saya tidak pernah rasa ia sebagai kekurangan atau rendah diri, sebaliknya bersyukur kerana sedar akan masalah yang dihadapi dan dapat melakukan pemeriksaan lebih awal agar masalah itu dapat diatasi dengan alat berteknologi tinggi.
“Saya percaya, ramai lagi yang mengalami masalah serupa, termasuk rakan industri yang kerap terdedah dengan ‘volume’ muzik.
“Jadi jangan malu untuk mendapatkan rawatan berbanding membiarkan ia terus melarat atau tidak tahu status kesihatan pendengaran. Jaga kesihatan telinga dan pendengaran dengan melakukan pemeriksaan berkala,” katanya lagi.
Justeru, Ella turut menggesa para wanita khususnya Hijabi agar lebih cakna terhadap kesihatan pendengaran telinga masing-masing dan segera melakukan pemeriksaan agar masalah ini dapat ditangani lebih awal.
Hijabi Ayuh Lakukan Pemeriksaan, Kekang Masalah Pendengaran
Pengarah Pemasaran dan Operasi Global Hearing Care Centre, Lyn Ooi turut mendedahan tentang peri pentingnya penjagaan pendengaran seawal usia kanak-kanak lagi agar ibubapa dapat memberi rawatan awal yang sewajarnya kepada anak-anak mereka.
Jelasnya, kolaborasi GHCC bersama Ratu Rock negara, Ella Aminuddin membuatkan dia merasa amat gembira atas kesudian Rock Queen berkeerjasama dalam menyebarkan ilmu mengenai masalah pendengaran di Malaysia.
“Pihak GHCC amat berbesar hati kerana Ella yang telah didiagnosis mempunyai masalah pendengaran sudi bekerjasama dengan kami dalam menyebarkan kesedaran tentang isu ini sekaligus mempromosikan pemakaian alat bantu dengar edisi terhad Bernafon Alpha ‘RockQueen x GHCC’ yang turut digunakan dalam aktiviti seharian Ella”, ujarnya.
Untuk rekod GHCC, dengan kerjasama Ella dan Kementerian Pendidikan Malaysia turut menganjurkan program komuniti yang memfokuskan tentang kesihatan pendengaran serta kelancaran pertuturan disetiap peringkat usia.
Selain itu, dengan setiap pembelian alat Bernafon Alpha, para pegguna berpeluang menerima kotak edisi khas eksklusif RockQueen x GHCC.
Laa Ilaha Illallah yang membawa maksud ‘Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah’ merupakan akidah yang mampu mengangkat masyarakat Islam kepada suatu darjat tertinggi dan mulia.