Sesibuk mana sekalipun urusan kerja dan aktiviti yang dilakukan dalam sehari, kita tetap diperingatkan supaya tidak meninggalkan amalan membaca al-Quran.
Membaca al-Quran bermakna seseorang itu sentiasa mengingati Allah SWT.
Satu perkara yang perlu sentiasa terpahat pada hati dan fikiran setiap Muslim adalah membaca al-Quran itu bukan hanya mampu memperoleh pahala bacaannya sahaja, malah ia bakal menjadi penyelamat, pelindung serta syafaat kepada pembacanya pada hari akhirat kelak.
Umamah al-Bahili meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran. Pada hari kiamat, ia akan memberi syafaat kepada orang-orang yang membacanya.”
(Sahih Muslim)
Bukan saja mereka yang membaca al-Quran, malah golongan yang mendengar bacaan al-Quran juga dikira sebagai melakukan amal kebaikan.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-A’raaf, ayat 204)
Oleh itu, setiap Mukmin perlu menjadikan amalan membaca al-Quran sebagai amalan harian yang tidak sesekali diabaikan.
PENGHIBUR PERASAAN GUNDAH, MENENANGKAN JIWA GELISAH
Sungguh, Al-Quran itu mampu menghibur perasaan gundah, menenangkan jiwa yang gelisah, dan melunakkan hati yang keras. Bila kali terakhir mata itu berair tatkala membaca ayat-ayat cinta mahupun ayat-ayat amaran dari DIA? hai hati, masihkah keras sifat engkau?
Bila rasa susah hati, bila rasa sedih, bila rasa tertekan, bukak quran, baca. bila rasa gembira, bila rasa senang, bila rasa tiada ujian. buka quran.. baca.. sentiasalah istiqamah membaca quran, bukan setakat baca, tadabur makna sekali, kerana saat itu, ALLAH sedang berbicara dengan kita.
Bila rasa iman sedikit goyah dan hati tak berapa tenang, berlama-lamaan dengan Al-Quran atau sujud lama-lama atau doa dengan mata terpejam rapat-rapat dan dengan kumat-kamit yang sederhana dan khusyuk, insyaaAllah.
Pernah tak terfikir, kenapa baca Al-fatihah banyak kali pun, hati kita tak pernah rasa jemu? Sungguh, apa saja dari ALLAH, kerana ALLAH, untuk ALLAH, hati akan selalu rasa tenangkan?.
Muhasabah diri~ bila kali terakhir kita menitiskan air mata tatkala membaca al-Quran? Sometimes, u just need a little time to yourself with Quran in your hand, tears in your eyes, and ALLAH in your heart
Sumber kredit: Rohana Saad