Tak dinafikan memang takut untuk melihat wajah sendiri di cermin jika sedang mengalami masalah kulit yang teruk. Kalau boleh nak jauhkan diri dari cermin kerana jika terpandang akan menyebabkan kita jadi bertambah stress
. Seperti perkongsian gadis ini yang tidak mengambil gambar kerana mengakui jijik dengan muka sendiri disebabkan mengalami breakout yang teruk. Namun hasil usaha berterusan menyebabkan dia berjaya memulihkan wajahnya seperti sedia kala.Gadis ini yang menggunakan nama akaun @amiewah ini di twitter ini tidak lokek berkongsi rutin penjagaan wajahnya apabila ditanya di media sosial.
Dia hanya menggunakan tujuh produk bersesuaian bermula dari step tanggalkan solekan hinggalah kepada pemakaian mask
.