Pelakon Indonesia, Naysila Mirdad dikatakan kini sudah bergelar mualaf selepas memeluk Islam.

Nama Naysila,32, sebelum ini pernah menjadi perhatian peminat sinetron di Malaysia kerana lakonannya dalam drama Liontin, Cahaya dan banyak lagi.

Dia merupakan anak kepada pasangan selebriti terkenal di Indoensia iaitu Jamal Mirdad dan Lidya Kandau.

Penukaran agama Naysila itu didakwa pernah dikongsikan bapanya menerusi wawancara di saluran YouTube tidak lama dulu.

IKLAN

Sepanjang membina kerjaya lakonannya sejak 2005, Naysila bijak menjaga nama baiknya kerana jarang dipalit dengan gosip dan cerita sensasi.

Pada Mei, lalu Naysila dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan lelaki pilihan dikenali Roestiandi Tsamanov.

IKLAN

Jamal yang ditanya mengenai perancangan perkahwinan anaknya tidak berselindung serta memaklumkan Naysila sudah memeluk Islam.

“InsyaAllah, dia mualaf. Itu yang paling pokok (utama),” katanya ringkas.

IKLAN

Sebelum ini, Jamal menjalani kehidupan berbeza agama dengan bekas isterinya, Lydia, dimana dia merupakan seorang muslim manakala Lydia pula berpegang pada ajaran Kristian.

Ramai peminatnya yang mendoakan kesejahteraan buat Naysila dan diharapkan dia akan kekal berpegang teguh dengan Islam.

Bagaimanapun, Naysila ketika ditanya mengenai status agamanya enggan mengulas dan ia dianggap sebagai menghormati ibunya.

kredit: Harian Metro

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI