Pernah tak hijabi yang bersaiz besar dan bertubuh gempal merasa kurang keyakinan dan merasa tidak cantik serta serba kekurangan, terutamanya apabila berdepan dengan khalayak umum?
Begitulah apa yang dialami oleh wanita yang dikenali sebagai Angelina Izzuwin Azmi atau lebih dikenali sebagai Rose yang merupakan seorang ‘TikTokers’.
Namun, persepsi wanita gemuk tak mungkin bahagia dan menemui cinta sejati itu tenyata salah! Apabila Rose ditemukan dengan seorang lelaki yang tulus dan ikhlas mencintai dan menerima dirinya, tanpa menjadikan saiz badan sebagai satu kekurangan, malah sanggup masuk meminangnya meskipun berat badanya kini mencecah 90 kilogram (kg).
Panjat Rasa Syukur Bila Ada Lelaki Sanggup Terima Diri Seadanya!
@rosescomel_try ahh kacau , nak tgk muka kamu aku jadi kan lato lato 😏♬ original sound – Ali Amir
Menurut Rose, sedar dirinya bertubuh besar dia ada mengambil inisiatif untuk mengurangkan berat badan dengan melakukan diet, demi mencapai tujuan kurus. Namun, katanya dia tidak begiru bersungguh-sungguh atau terlalu memaksa diri untuk menurunkan berat badan.
“Dulu berat badan saya 60kg. Tapi saya broken masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terus naik 90kg. Selepas broken, saya kenal dengan dia dan terus bertunang. Bila diri ini berbadan besar, selalu la juga saya tanya kepada dia.
“Saya kata, tak apa ke saya gemuk? Awak terima ke? Biasalah kita ni perempuan suka bertanya, tapi dia sentiasa okay. Dia kata tak apa, dah comel dah. Dia tak pernah merungut saya besar sangat,” ujar Rose lagi.
Malah, apa yang lebih memeranjatkan Rose, tunangnya itu begitu supportive kerana katanya, jika Rose bersedia menurunkan berat badan maka dia akan memberikan sokongan, tapi saiz badan begini pun dia okay.
Tak Sangka Kisah Cinta Mereka Tular
Bagaimanapun, Rose mengakui bahawa dia tidak menyangka kisah ‘cinta tak mengenal rupa’ antara dirinya dan pasangan menjadi tular sebaik sahaja Rose berkongsi gambar sekitar majlis pertunangan mereka di aplikasi TikTok yang baru sahaja berlangsung beberapa hari lalu.
Jelas Rose, tujuan dirinya membuat perkongsian berkenaan adalah untuk menyemat kenangan pada hari pertunanganya dan dalam masa sama, mahu menyebarkan semangat positif terhadap wanita-wanita gempal di luar sana agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih optimis meski berbadan besar.
Artikel berkaitan: Malu Diejek Gemuk & Tak Mahu Ibu Terus Sedih… Hijabi Ini Transform Dari 153KG Ke 72 KG.
Sekadar info, Rose memaklumkan bahawa dia dan tunangnya bakal menamatkan zaman bujang masing-masing dengan melangsungkan pernikaha. pada hujung April ini.
Malah, Rose bwrkata segala persiapan menjelang hari bahagian itu kini telahpum selesai dan hanya menghitung hari untuk bergelar isteri kepada lelaki yang dicintainya itu.
Sumber: TikTok @rosecomel_267 & mstar
Artikel berkaitan: Kembung Atau Gemuk? Wanita Selalu Disalahkan. Fahami Perbezaan Ketara, Punca Dan Cara Rawatan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI