Pernah Merasa Berada Di Tempat Nabila Razali, Siti Sarah Harap Artis Lain Turut Jaga Adab Mereka

Share

Walaupun Nabila Razali dikecam teruk selepas persembahannya di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35), namun tak kurang ramai juga yang tampil memberikan kata-kata positif dan semangat buat dirinya termasuklah artis terkenal, Siti Sarah.

Menulis di laman Instagram, Sarah menyuarakan sokongannya buat Nabila dan memberi nasihat artis lain juga turut menjaga adab ketika menyuarakan apa-apa komen.

“Adab sebagai penyanyi kena sentiasa ingat, jangan perlekeh persembahan orang lain.”

Bagi Sarah, semua bende ada adab, lagi lagi kita ni, orang Malaysia yang kaye dgn budi bahasa & sopan santun. Penyanyi pun ada adab tersendiri. Sarah belajar dari setiap persembahan yang kite lakukan & Sarah belajar dari semua persembahan yang kite lihat.

Every performance adalah ruang utk jadi yang terbaik dan terbaik. Setiap bende ade baik buruknye dan kena ingat tau, semua berlaku atas izin Allah. Bg Sarah, Adab sebagai penyanyi tu kena sentiasa ingat… jangan perlekeh persembahan orng lain. Kite hormati & belajar dari ape yg kita lihat.

Pernah merasa berada di tempat Nabila selepas persembahannya di AJL34 melalui lagu Semakin dikrtik netizen, Sarah berharap pelantun lagu Vroom Vroom itu tidak patah semangat  malah meneruskan usahanya untuk menjadi lebih baik lagi di masa hadapan.

 Apa yg baik kite kene ambik, utk kita sendiri guna. Sesuatu yg buruk tu pulak kita jadikan pengajaran & jangan pulak kite kutuk. kadang2 takut ek sebab boleh jadi kat diri kita semula. Janganlah kita mendabik dada, lebih baik doakan yng baik-baik je. Ye tak? Sarah pun pernah kena kecam, dan percayelah, benda tu sangatlah tak best.

 Berbuat baiklah sesama kita, saling membantu utk memajukan diri sendiri & org lain. Tak susah pun tau nak buat camtu. Persembahan Nabila malam tadi Sarah nmpk die dh usaha bg sehabis baik dan pergi kelas vokal. Xpe Nabila keep learning dan jgn putus ase. Tahniah juge Sarah ucpkn kpd semua 12 finalis dan pemenang AJL35. ❤️

Published by
QIST