Pelakon dan juga anggota kumpulan Elite, Azza, 42 tersentuh hati melihat foto seorang kanak-kanak yang menumpang tonton televisyen dari luar rumah orang hingga berhasrat ingin menghadiahkannya sebuah televisyen.
Namun begitu, dia tidak tahu di mana kanak-kanak itu berada disebabkan tiada maklumat mengenai dirinya.
“Saya sangat tersentuh kerana dahulunya saya juga begini.
Ads
“Tolong sesiapa yang ada info mengenai adik ini beritahu di sini okey.
“Hancur hati apabila melihat gambar ini. Mahu saja saya kumpul duit gunakan duit Instagram revie untuk belikannya televisyen. Tetapi tidak di mana dia berada. Masa kecil dahulu akak pun tidak sesenang hari ini dik.
“Jadi saya tahu apa yang dia rasa. Sedih rasanya.
Ads
“Sekiranya dia bersekolah, belajar pandai-pandai ya. Bila sudah dewasa nanti belilah televisyen besar. Macam kesian rasanya pada adik ini. Auntie tak tahu adik di mana, kalau Auntie tahu senang sikit. Sekejap je televisyen sampai di rumah adik.
“Duit review Auntie ada sikit. Kalau tidak cukup boleh kumpul dengan kawan-kawan Auntie belikan,” luah pelakon Mami Jarum Junior ini di laman instagramnya.
Ads
Sedih apabila mengenangkan nasib kanak-kanak tersebut. Ada di kalangan netizen yang berpendapat itu adalah foto lama yang ditularkan kembali.
Tidak kira lama atau baharu, sememangnya foto itu memberikan seribu satu makna buat kita semua dan tidak kira di mana jua dia berada sekarang, moga kanak-kanak itu berada dalam keadaan yang jauh lebih baik dari masa lalunya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pada hari Ahad yang lalu, Neelofa telah menerima seorang adik ipar iaitu Aina Syahira,25, apabila dia selamat bernikah dengan adiknya, Mohamed Aqief,26.
Sedondon bersama keluarga mengenakan busana berwarna baby blue, penampilan anggun dan sopan Neelofa,31, juga mencuri tumpuan ramai apatah lagi selepas wajahnya yang memang sudah sedia jelita itu disolek pula oleh jurusolek terkenal, Khir Khalid.
Ya Allah, bless their marriage and let it be a means for them to become closer to You in love and devotion. Let it be a source of untold blessings, happiness and joy.
You did your duties by being the best brother ever. It’s time to do your duty as a good husband and the best life partner to your wife. Cherish every moment of this new journey you’re about to take and embrace each other’s imperfections. Wishing you both a lifetime of happiness .
“Saya reda apabila ditakdirkan anak saya, Sharifah Fariesha Syed Fathi,21, meninggal dunia disebabkan kejadian itu, walaupun dia satu-satunya anak yang saya ada tetapi Allah dah ambil semula,” kata Hasnida Hassan,47.
Jelasnya, anak tunggalnya seorang anak yang baik dan sangat menghormati orang tua. Jika diikutkan perancangan, arwah bakal bernikah dengan tunangnya pada Oktober tahun depan.
“Tapi semuanya Allah dah atur, dia pergi dulu buat selamanya.”
Hasnida berkata, Sharifah Fariesha bertunang dengan lelaki pilihannya pada Ogos lalu dan dia pernah menyatakan impiannya untuk kahwin dengan tema yang sangat cantik.
Ujarnya, arwah memang gemar bersolek dan sentiasa bersiap untuk kelihatan cantik kerana dia memang sukakan kecantikan.
“Ketika saya menatap wajahnya kali terakhir ketika hendak dikafankan semalam, wajahnya sangat berseri dan bersih.
“Dia memang seorang anak yang manja, malah hubungan saya dengan dia bukan saja sebagai seorang ibu dan anak, malah dia jadikan saya sebagai kawan serta tempat dia mengadu masalah,” katanya yang bekerja sebagai pembantu makmal di sebuah sekolah di Sungai Petani, Kedah.
Menurut Hasnida, dia dan suaminya, Syed Fathi Syed Zain, 60, cuba menghubungi telefon bimbit anak mereka beberapa kali, sejak jam 9 malam kelmarin namun tidak dijawab dan pesanan WhatsApp yang dihantar pada jam 11 malam juga tidak dibalas lalu membuatkan hatinya semakin berdebar.
“Arwah jarang tidak membalas setiap WhatApp yang dihantar menyebabkan saya meminta tunang arwah yang bekerja di Sarawak untuk membantu menghubunginya,” katanya.
Hasnida berkata, tunangnya berjaya menghubungi telefon bimbit arwah dan dimaklumkan mereka ditemui dalam keadaan “tertidur” dalam kereta di stesen minyak di Pulau Pinang dengan enjin dan penghawa dingin yang masih terpasang.
“Masa tu dah jam 1 pagi dan saya terus ke Hospital Seberang Jaya di Pulau Pinang dan dimaklumkan arwah anak saya sudah meninggal dunia menyebabkan seluruh badan saya seolah-olah lumpuh kerana kehilangannya,” tambahnya.
Dalam kejadian jam 1 pagi semalam, keempat-empat sahabat karib, Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri, Nor Adilah dan Nor Aqilah masing-masing berusia 21 tahun berhenti rehat di stesen minyak berkenaan sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing dekat Sungai Petani dan Gurun, Kedah.
“Saya dimaklumkan oleh tunangnya, arwah sempat berpesan kepadanya supaya jaga diri baik-baik kalau dia tiada nanti.
“Dia sempat meminta izin dari tunangnya sehari sebelum kejadian untuk ke Pulau Jerejak bersama tiga rakan baiknya sebelum tragedi itu berlaku,” ujarnya.
Jelas Hasnida, anaknya sempat mencium tangannya sebelum keluar dari rumah kelmarin sambil memberitahu sudah berjanji untuk melancong bersama tiga rakannya di Pulau Pinang sempena cuti Hari Malaysia yang lalu.
Namun, perubahan pada arwah yang boleh dilihat adalah dia kurang bercakap sejak tiga hari lalu sedangkan sebelum ini arwah memang ceria.
“Pada 20 Oktober ini hari kelahirannya yang ke-21 dan saya rasa sangat sedih kehilangan anak namun sebagai ibu, saya reda dengan ketentuan Ilahi.
“Saya minta semua tolong doakan roh anak saya dicucuri rahmat kerana saya dah kehilangan anak yang paling disayangi,” katanya.
Jenazah Sharifah Fariesha selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Laguna, Merbok, petang semalam.
Anda mesti perasankan label tarikh luput di produk makanan atau minuman yang dicetak “baik sebelum” (best before) atau ‘’guna sebelum’ (use by).
Label tarikh luput ini diguna pakai untuk produk-produk yang mudah rosak seperti makanan, minuman, ubatan, produk kosmetik dan lain-lain lagi. Sememangnya terdapat perbezaan di antara dua jenis label ini dan kali ini kita akan fokuskan pada makanan dan minuman sahaja.
Tarikh yang tertera sebagai “Guna Sebelum” ialah akhir sesuatu produk itu SELAMAT untuk dimakan. Kebiasannya ia digunakan pada produk makanan yang cepat rosak dan tidak perlu simpan lama seperti daging, susu, kek, roti, telur dan sebagainya. Bagi produk makanan yang dilabel sebegini haruslah DIBUANG SERTA MERTA selepas tarikh yang dinyatakan.
Tarikh untuk label “Baik Sebelum” menunjukkan sifat atau KUALITI produk tertentu sehingga tarikh yang dinyatakan. Selepas pada tarikh yang dinyatakan pada bungkusan itu, produk itu sudah TIDAK boleh dijual kerana berkurangnya kualiti seperti kehilangan kesegaran, tekstur, aroma, rasa dan nutrisi asalnya.
Tetapi ini tidak bermaksud makanan itu tidak lagi selamat untuk dimakan. Kita sebagai pengguna boleh menilai sesuatu produk makanan itu rosak atau tidak dengan melihat pada perubahan rupa (berkulat, berlendir, keladak, pembentukan lapisan cecair…) warna (berubah dari yang asal), bau (tengit disebabkan oksidasi) dan rasa (tengit, masam…) dari yang asal disebabkan oleh berlakunya tindakbalas kimia pada produk berkenaan. Sekiranya terdapat perubahan ini, maka kita seharusnya membuang terus produk ini.
Tips untuk memanjangkan jangka hayat produk:
👉🏻 Simpan di dalam peti ice (freezer atau chiller). Suhu yang rendah melambatkan proses tindakbalas kimia bahan dalaman produk, juga memperlahankan pertumbuhan kulat dan aktiviti bakteria perosak.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.