Pernah Kontroversi Berhijab Di Pertandingan Ratu Cantik Miss Indonesia, Hijabi Ini Kini Bergelar Doktor

Share

Kelibatnya di atas pentas cukup memukau. Malah disebabkan dia berhijab, penampilannya jadi tumpuan ramai. Raudha Kasmir, dari Indonesia pernah mencetus kontroversi  kerana menjadi satu-satunya wanita berhijab yang menyertai pertandingan Ratu Cantik Miss Indonsesia 2018.

Biarpun tidak menang tetapi kehadirannya berjaya mencetus fenomena kerana keberaniannya sebagai wanita berhijab menyertai pertandingan ratu cantik berkenaan.

Gadis berusia 25 tahun ini hanya berjaya tersenarai sebagai finalis To 5 mewakili Acheh. Walaupun dia dilihat kalah kepada Alya Nurshabrina yang mewakili Jawa Barat, tetapi kecantikan dirinya serta penampilan berhijab itu menjadi bualan ramai. Kehadiran Raudha juga hadir bersama pakej, selain cantik dia juga seorang gadis yang bijak.

ARTIKEL BERKAITAN: Dahulu Berbaju Renang Di Pentas Ratu Cantik. Kini, Miss International 2017 Tampil Menawan Berhijab

Kini bergelar seorang doktor

Si cantik manis ini dilahirkan 19 September 1997 dan merupakan seorang pelajar lulusan Fakulti Kedoktoran Umum dari Universitas Yarsi dan kini bergelar dokor. Menepati ciri –ciri sebagai wanita Muslimah, Raudha Kasmir, yang menaruh harapan agar wanita Indonesia menjadi individu yang kuat dan dapat berkongsi peranan demi kebahagiaan keluarga.

Bukan itu sahaja, dia juga berharap wanita Indonesia menjadi tokoh yang mempunyai nilai kepimpinan dengan prinsip jujur ​​dan kerja keras.  Bagi Raudha dia bersikap optimis

menyertai pertandingan ratu cantik berkenaan memandangkan dirinya memang berasal dari Acheh dan Acheh itu sendiri sebuah daerah Islam. Menurutnya lagi berhijab bukan satu halangan untuk mencapai sesuatu kejayaan.

Sebenarnya ini bukanlah pertandingan ratu cantik pertama disertai gadis berhijab ini. Sebaliknya dia pernah menyertai pertandingan ratu cantik Putri Muslimah Bridal 2017. Raudha juga sebenarnya begitu meminati aktiviti kecantikan dan juga bidang modeling.

Mempunyai ketinggian 170 cm jadi tidak hairanlah penampilan Raudha di atas pentas begtu memukau. Walaupun tidak memang, tetapi Raudha Berjaya memenangi anugerah khas Miss Selfie in Detail dan juga menang gelaran Fast Track Top Model.

ARTIKEL BERKAITAN: OOTD Artis Berhijab Labuh Tapi Tetap Stailo

Malah jika diintai di laman sosialnya, Raudha seorang gadis yang kaki ‘travel’ dan gemar sekali memuat turun foto selfie atau pemandangan cukup menarik. Biarpun sibuk dengan tanggungjawab sebagai seorang doktor, dia juga aktif dalam sukan berkuda.

Satu lagi keistimewaan gadis ini adalah dia juga pandai berenang dan mahir dalam ilmu mempertahan diri seperti karate. Biarpun gagal menjadi juara, tetapi aura Raudha menjadi insprasi kepada hijabi di luar sana dek kerana personaliti dan kebijaksaannya untuk lebih berani dan berkeyakinan ketika berada dalam kelompok masyarakat.

Seorang isteri dan ibu yang pintar

“Sebab saya percaya wanita pintar akan melahirkan generasi yang berkelayakan,” katanya. Demikian disampaikan Raudha ketika sidang media Miss Indonesia 2018. Dilamar oleh jejaka idaman pada 20.02.2021, hijabi ini dikurniakan seoran puteri Guinevere Fayyola Andika.

Kini bekas peserta pertandingan Ratu Cantik Miss Indonsesia 2018 memiliki klinik astetik Dr Raudha Clinic Aesthetic & slimmng di Indonesia. Ternyata apa yang dikatakan ketika pertandingan, nah terbukti dia adalah seorang wanita yang berjaya.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM RAUDHA

Published by
SH