Pelakon dan model jelita dari Indonesia, Aryani Fitriana antara figura umum yang mengambil keputusan untuk bertudung dan menutup aurat sepenuhnya.
Di sebalik penghijrahan itu, rupa-rupanya ada kisah yang menjadi turning point kepada perubahan besar dalam hidup Aryani Fitriana.
Selebriti berusia 35 tahun ini mendedahkan, perubahan itu ada kaitan dengan pengalamannya yang pernah mengalami keguguran.
Aryani Fitriana mengakui pernah mengalami keguguran pada kehamilan pertamanya.
“Saya mengandung, tetapi keguguran kerana terjatuh dalam bilik air,” kata Aryani seperti yang dipetik daripada portal TribunStyle.com dari saluran YouTube The Sungkar.
BACA JUGA: Selebriti Indonesia ZASKIA GOTIX Bertudung Selepas Pulang Umrah, Mohon Doa Kekal Istiqamah
Aryani Fitriana dikurniakan hidayah untuk bertudung dan menutup aurat di saat perniagaannya sedang berkembang.
Pelakon sinetron ‘Anak Jalanan’ ini turut mendedahkan, tidak lama selepas berhijab dirinya kembali hamil kali kedua.
“Selepas sebulan saya mengambil keputusan untuk memakai tudung, saya hamil,” ungkap Aryani Fitriana.
Aryani Fitriana turut meluahkan kesyukuran atas kurniaan rezeki Allah SWT yang tidak ternilai itu.
Bagi Aryani Fitriana ia adalah satu keajaiban kerana ketika itu dia dan suami amat ternanti-nantikan zuriat mereka.
Untuk info, Aryani Fitriana atau nama penuhnya Aryani Fitriana Kurniawan memulakan kariernya sebagai model setelah meraih gelaran ‘Pemenang Kegemaran Pembaca” pada pemilihan Gadis Sampul 2002.
Aryani Fitriana berkahwin dengan pelakon dan model kacak, Donny Michael pada 16 Januari 2016 di Hotel Borobudur, Jakarta.
Mereka kini bahagia bersama dua cahaya mata iaitu Alem Isco Zeroun Haub dan Aleia Astrid Romeesa Haub.
f