Sebagai seorang Islam, solat lima waktu setiap hari merupakan kewajipan kita pada Allah Taala dan setiap kali selepas solat, pasti kita akan berdoa memohon keampunan serta meminta apa sahaja yang dihajati pada Allah Taala. Namun, tidak semestinya apa yang kita doa akan dimakbulkan segera oleh Allah.
Sekiranya doa tidak dimakbulkan oleh Allah, jangan bersedih. Teruskan berdoa. Seperti pengalaman seorang wanita bernama Liyana Akmal, dia turut kecewa dan stress kerana doanya tidak dimakbulkan Allah. Apatah lagi bila ia berkait rapat dengan zuriat, setiap wanita pastinya mengimpikan kehadiran si comel sebagai penyeri rumah tangga.
Pada awalnya, memang kecewa kerana zuriat yang ditunggu tidak juga muncul. Namun, segala-galanya berubah apabila Liyana diajarkan doa yang luar biasa oleh seorang ustaz hingga menyebabkan dia nekad untuk ‘alter’ doanya. Alhamdulillah, dia kini jadi lebih tenang, redha dan ikhlas.
Ikuti perkongsian Liyana Akmal di Facebooknya tentang ‘alter’ doa ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua.
Satu ketika dulu saya selalu berdoa “Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Setiap hari. Dan saya manusia biasa, saya kecewa. Saya stress doa tidak dimakbulkan Allah.
Hinggalah satu ketika Allah izinkan saya diajarkan satu doa yang luar biasa oleh seorang ustaz ni.
Kalau selama ni kita hanya minta pada Allah sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Ultimate nikmat iaitu kecintaan dan rahmat Allah pada kita. Hubungan yang luar biasa. Maka ustaz tu ajarkan saya alter doa saya.
Sejak itu, bila saya mula tukar cara doa begini saya lebih bahagia dan redha. Sebab matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada Allah yang memberikan nikmat itu.
Jadi kita lebih tenang dan redha ikhlas pada doa yang kita submit pada Allah. Beginilah lebih kurang doanya.
Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya Allah..
Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku.
Amin.
Strukturnya doanya lebih kurang begini. Jadi mungkin ilmu doa yg saya share ni dapat sama2 kita upgrade cara kita berdoa. Nak doa untuk mohon nikmat apa pun..
Jadi, kalau Allah makbulkan doa kita dan kita diuji dengan nikmat itu kita kena refresh balik doa kita dulu… asbab ujian itulah yang mendekatkan kita padaNya…
Dan kalau doa kita belum termakbul sekalipun, atas asbab itulah Allah reserve kan doa itu untuk menjaga dan memelihara pandangan dan hubungan kita dengan Dia, Allah yang Maha mengetahui. jadi kita kena belajar untuk redha…
Insya Allah, saya hanya menyampaikan sedikit perkongsian seorang guru yang saya kira kita boleh amalkan dan upgrade life kita untuk jadi lebih ikhlas dan redha… insya Allah
Semua doa hanya Allah sahaja yang layak menilainya. Ustaz ni mendidik saya untuk menjaga hati terlebih dahulu. Membetulkan hati dan menjaga ibadah kita ikhlas dengan Allah. Urusan memakbulkan bukan tugas kita. kita sebagai hamba meminta sahaja.
Sumber: Facebook Liyana Akmal