Pernah DM ‘Crush’ 4 Tahun Lalu, Akhirnya Penantian Berbaloi Kerana Gadis Ini Berjaya Temui Imam Till Jannah

Share

Kalau dulu memang kita berpegang pada prinsip jangan sesekali jadi seperti pepatah ‘perigi cari timba’ dan biarkan soal jodoh itu pihak lelaki yang mulakan. Tapi dalam dunia digital tanpa sempadan, soal jodoh ini boleh kita cari sendiri, lebih-lebih dengan menggunakan laman media sosial.

Seperti perkongsian gadis ini Siti Nur Aminah atau mesra dikenali dengan nama Hanima berkahwin dengan seorang jejak yang dikenali menerusia laman twitter miliknya.

Pada mulanya dia mendakwa suaminya, dikenali dengan  nama Deed seorang yang sombong, tetapi oleh kerana terlalu suka, dia terpaksa menggunakan kaedah ‘perigi mencari timba demi mengambil hati pasangannya itu.

Berkongsi di laman twitter bagaimana dia akhirnya berjaya memikat suaminya itu. Ternyata postingnya yang sedikit lucu tetapi mendapart respon netizen apabila di tweet lebih 26K dan mendapat butang like 28K.

Sebelum jadi suami, tebalkan muka DM si dia di twitter.

Tapi dia jual mahal. Tak terus jawab DM. Dia juga sombong dan hanya jadi kawan saja. Tahun lepas barulah dia ada perasaan suka.

Lama juga tunggu dia nak jawab DM. Start DM 2013 dan hanya tegur di laman twitter. Tahun lepas barulah si dia tunjuk perasaan suka.

Memang si dia jenis tak nak layan. Tapi berusaha untuk tarik minat. Malah gadis ini yang mulakan dulu perbualan.

Ternyata penantian itu memang satu penyiksaan, tetapi ia sangat berbaloi. Lima tahun barulah si dia tunjuk minat untuk berkawan.

Kalau dah jodoh tak ke mana. Kalau ikutkan azam tahun 2018 nak kahwin tahun depan. Tapi Allah permudahkan urusan tahun ini.

Apa pun nak pesan effort itu sangat penting. Kadang-kadang yang kita tak sangka itulah jodoh kita.

Memang sesekali perlu istilah ‘Perigi Cari Timba’ dan tak rugi mencubanya.

Walaupun masih tak percaya dirinya sudah berkahwin, tetapi itulah hakikatnya. Semoga pasangan ini kekal bahagia till jannah.

 

 

Published by
Siti Zurina