Sejak kemenangan sebagai Bintang Paling Popular baru-baru ini, diari kehidupan Wany Hasrita semakin sibuk. Malah apa sahaja aktiviti yang dilakukannya turut diintai follower penyanyi jelita ini.

Berkesempatan bertemu dengan pakar motivasi, Prof Dr. Muhaya untuk konsultasi berkenaan mata, tetapi Wany juga sebenarnya membuat pembedahan lasik dengan Prof Dr. Muhaya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan Semuanya Harus Dikongsikan…”- Wany Hasrita Komen Tentang Sempurna Di Laman Sosial!

Namun di sebalik pertemuan itu juga sebenarnya lebih kepada perkongsian ilmu ibarat dari seorang guru kepada anak muridnya.

Wany Hasrita yang dianggap sebagai ikon kepada remaja di luar sana telah mengambil kesempatan bertanya beberapa soalan kepada Prof Dr. Muhaya dan salah satunya adalah bagaimana untuk kekal istiqomah.

Bermekap tetapi mahu menjaga solat

Menurut Wany sebagai public figure, memang dia sering sibuk dengan pelbagai urusan dari pagi hingga ke petang. Dan pada masa perlu bermekap dan juga menjaga solat.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN: Baju Dikritik Seperti Ahli Puteri Islam, Wany Hasrita Tak Kisah Kerana Masih Menutup Aurat

Dalam bab ini, Prof Dr. Muhaya memberitahu Wany caranya dalam formula kehidupan adalah dengan berpandukan kepada Rukun Islam. Iaitu yang pertama syahadah, solat, berpuasa, zakat dan terakhir sekali menunaikan haji untuk melengkapi Rukun Islam berkenaan.

Jadi dalam hal ini bab solat jangan sesesekali ditinggalkan dan mesti diberi keutamaan. Dan menurut Prof Dr. Muhaya lagi jika seseorang itu niat menjaga solatnya, insya-Allah Allah akan pegang dan sentiasa menolong diri hamba-Nya.

“Jangan kita bergantung pada masa seseorang. Kalau sudah cantik, tambah mekap sedikit pun sudah terserlah kejelitaannya. Lagi satu kita perlu plan (jika ada apa-apa urusan) untuk solat di mana. Jadi tiada alasan untuk tidak kerjakan solat yang telah diwajibkan ini.”

IKLAN

Tambah Prof Dr. Muhaya lagi untuk menjaga solat walaupun ketika itu ada show, perlu mengambil wuduk siap-siap sebelum kita bermekap. Dan jika jurusolek tidak berkesempatan untuk menyolekan diri kita, cuba untuk melakukannya sendiri.

Beliau juga turut mengingatkan Wany agar sentiasa menjaga pergaulan. Menurut Prof Dr. Muhaya wanita ini adalah sesuatu yang sangat berharga dan jangan bagi orang lain tidak dikenali menyentuh kita sesuka hati. Kalau boleh sentiasa dekat dengan Allah dan Allah akan sentiasa berada dekat dengan kita.

Prof Dr. Muhaya juga turut memuji Wany yang menjaga auratnya dan itu adalah satu satu dari formula kejayaan. Selain itu, Prof Dr. Muhaya turut memberi tip dan nasihat kepada Wany untuk sentiasa menjadi insan yang sentiasa istiqomah kepada Allah.

IKLAN

Wany Hasrita in the house. Apa Wany nak tanya saya ya?

Posted by Prof Dr Muhaya on Tuesday, 20 November 2018

Pertama cari ilmu dalam apa jua platform terkini, cari kawan dan guru yang bagus dan akhir sekali cari suasana tenang di persekitaran kita. Turut diselitkan agar sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa terutamanya ibu.

Tidak luoa juga diakhir pertemuan itu Prof Dr. Muhaya mendoakan agar Wany menjadi anak yang baik kerana aura yang terdapat dalam diri penyanyi jelita ini sangat kuat.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM WANY HASRITA

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI