Instafamous yang sering berdakwah di media sosial, Aisyah Hijanah,22, berkongsi khabar gembira dengan pengikut instagramnya apabila kini dia disahkan hamil.
Suami tercinta, Alif,26, juga turut memberikan reaksi terkejut dengan perkhabaran ini apabila Aisyah membuat kejutan untuknya.
Bukan hanya suami, pengikut laman sosialnya juga terharu mendengar berita ini kerana sebelum ini Aisyah pernah disihir apabila darah haidnya keluar tanpa henti selama dua bulan.
Dia juga berasa tidak selesa apabila memakai tudung terlalu lama selain kerap berasa sakit kepala setiap kali hendak keluar rumah sehingga rasa hendak termuntah.
Namun, tiada perkara yang dapat melawan kuasa Tuhan dan kini Tuhan telah mengurniakannya zuriat pada waktu yang sempurna.
Alhamdulillah, in next few months I’ll be a mother to a lovely Khalifah 👶🏻
_
Terima kasih bagi semua yg mendoakan Aisyah selama ni. Im 16 weeks pregnant, 4 months already. Sampai sekarang masih tak percaya ada little bundle of joy dlm rahim Aisyah. I still remember when my lecturer asked me “Aisyah kenapa you ambil psikologi?” Jawapan Aisyah mudah “Saya nak kehidupan yg baik utk anak saya”.
_
To my loyal husband @alifteega , thank you for being a supportive partner. Walaupun org byk bertanya, tapi Abang still bersabar & let us enjoy our marriage. I really hope we can be a good team to our baby.
_
To my family, especially umi, this happiness is for you. Semoga semua pengorbanan Aisyah utk umi akan menjadi contoh utk baby Aisyah nanti & dia pula akan berbakti kpd Aisyah. Terima kasih jaga Aisyah drpd kecil sampai dah nak jadi mak orang
_
To my friends, thank you selalu jadi penguat semangat & kongsi kasih sayang. You’re my sisters. Tak lama lagi, you’ll be Mummies to my baby
_
To my followers, terima kasih byk beri sokongan, doa & nasihat. Terima kasih byk beri kata yg baik & positif. Semoga segala kebaikan yg korang share dekat Aisyah, akan dibalas dgn kebaikan yg lebih banyak
_
To my unborn baby, I sacrifice my whole life for you. Sebelum kahwin lagi, Mummy pray to Allah for you. I dont have a great childhood, but yours will be great! Enjoy kicking my tummy. You’re engulfed in love & happiness. If youre a girl, be a good Muslimah. But if youre a boy, be a good Muslim, man & hero
Ruang komennya turut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada kenalan termasuklah pengikut setianya. Ramai yang turut sebak dan mengharapkan agar zuriat yang dikandungnya akan terus sihat. InsyaAllah.
https://www.instagram.com/p/CDWBEVylh7g/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI