Pernah dipandang rendah suatu ketika dahulu ketika mengambil keputusan untuk berkahwin dengan pelakon, Aeril Zafrel di usia muda tidak membuatkan Wawa Zainal melatah dengan keadaan sekelilingnya.
Kini berjaya membangunan syarikat kosmetiknya sendiri, Wawa bersyukur segala titik peluh usahanya bersama suami kini membuahkan hasil.
Pernah tak orang pandang rendah pada korang? Wawa juga pernah.. tapi kata-kata mereka tu kita jadikan semangat untuk kita berusaha lebih lagi.. jangan pernah down tau..
Dan ketika kita dah capai apa yang kita impikan.. dan ketika kita sudah punya segalanya.. janganlah sombong dan terlalu bangga dengan apa yang kita ada .. dan jangan pernah memandang rendah pada orang lain..
Apa-apa pun sentiasa syukuri apa yang kita ada ..
boleh?
Selain itu, Wawa juga turut berkongsi bahawa dulu dia pernah bermimpi untuk mempunyai wisma tiga tingkat suatu hari nanti dan kini impiannya itu telah tertunai.
Sedikit kisah dari Wawa. Dulu Wawa pernah bermimpi untuk ada wisma 3 tingkat. Alhamdulillah mimpi jadi kenyataan. Dulu rasa mustahil untuk berjaya tapi Wawa kuatkan semangat.
Ingat balik, orang pernah pandang rendah dengan keputusan Wawa berkahwin muda. Ada yang cakap Wawa bakal hidup susah, hubungan takkan kekal. Tapi kata-kata mereka Wawa jadikan sebagai pembakar semangat untuk terus melangkah dah terbang lebih tinggi.
Dan hari ini, alhamdulillah aku berjaya buktikan yang aku juga boleh berjaya. Next, impian aku bantu orang lebih ramai lagi. Teruskan usaha, jangan putus asa ketika orang pandang rendah!
Kisah Wawa ini memang sangat memberi inspirasi kepada wanita di luar sana yang mahu berjaya sepertinya. InsyaAllah, jika kita selalu berfikiran positif, tak mudah mengalah dan tidak mendongak ke langit, kita juga pasti boleh mencapai impian yang diidamkan.