Pernah dipandang rendah suatu ketika dahulu ketika mengambil keputusan untuk berkahwin dengan pelakon, Aeril Zafrel di usia muda tidak membuatkan Wawa Zainal melatah dengan keadaan sekelilingnya.
Kini berjaya membangunan syarikat kosmetiknya sendiri, Wawa bersyukur segala titik peluh usahanya bersama suami kini membuahkan hasil.
Pernah tak orang pandang rendah pada korang? Wawa juga pernah.. tapi kata-kata mereka tu kita jadikan semangat untuk kita berusaha lebih lagi.. jangan pernah down tau..
Dan ketika kita dah capai apa yang kita impikan.. dan ketika kita sudah punya segalanya.. janganlah sombong dan terlalu bangga dengan apa yang kita ada .. dan jangan pernah memandang rendah pada orang lain..
Apa-apa pun sentiasa syukuri apa yang kita ada ..
boleh?
Selain itu, Wawa juga turut berkongsi bahawa dulu dia pernah bermimpi untuk mempunyai wisma tiga tingkat suatu hari nanti dan kini impiannya itu telah tertunai.
Sedikit kisah dari Wawa. Dulu Wawa pernah bermimpi untuk ada wisma 3 tingkat. Alhamdulillah mimpi jadi kenyataan. Dulu rasa mustahil untuk berjaya tapi Wawa kuatkan semangat.
Ingat balik, orang pernah pandang rendah dengan keputusan Wawa berkahwin muda. Ada yang cakap Wawa bakal hidup susah, hubungan takkan kekal. Tapi kata-kata mereka Wawa jadikan sebagai pembakar semangat untuk terus melangkah dah terbang lebih tinggi.
Dan hari ini, alhamdulillah aku berjaya buktikan yang aku juga boleh berjaya. Next, impian aku bantu orang lebih ramai lagi. Teruskan usaha, jangan putus asa ketika orang pandang rendah!
Kisah Wawa ini memang sangat memberi inspirasi kepada wanita di luar sana yang mahu berjaya sepertinya. InsyaAllah, jika kita selalu berfikiran positif, tak mudah mengalah dan tidak mendongak ke langit, kita juga pasti boleh mencapai impian yang diidamkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hati Sedih & Berduka, Berdoalah Kepada-Nya Dengan Amalan Pilihan Doa Ini Untuk Ketenangan Jiwa.
Sebagai manusia, perasaan kita seringkali berubah-ubah. Adakalanya kita suka dan ada kalanya juga kita duka. Saat kita berduka, usahlah memendam rasa, malah berdoalah kepada-Nya. Sesungguhnya perasaan duka itu ujian yang pasti ada hikmahnya.
Banyak doa ringkas yang boleh kita baca dan amalkan untuk tenangkan hati di saat sedih dan duka. Kali ini, sempena malam yang dingin, team Hijabista kongsikan kepada anda pilihan doa pendek yang boleh anda amalkan saat hati sedih. Tidak kiralah anda sedih disebabkan hal kerja, percintaan, keluarga atau apa sekalipun, luangkan sedikit masa untuk dekat dengan-Nya. Selamat beramal!
DOA 1
اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ
(Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaatatil a’daa’.)
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh
– Sahih Bukhari
DOA 2
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث
(Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.)
Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.
– Hadis Riwayat Tirmidzi
DOA 3
اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
(Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla)
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.”
– Sahih Ibnu Hibban
DOA 4
اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ
(Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.)
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
– Sahih Bukhari
DOA 5
لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
(Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin.)
Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.
– Surah Al-Anbiya’ Ayat 87
Semoga amalan doa-doa diatas dapat memberi ketenteraman pada jiwa kita dan juga diberkati oleh-Nya. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengasih Lagi Maya Penyayang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Yang Patut Kita Buat Pada 10 Malam Terakhir, Kalau Nak Jumpa Lailatul Qadar.
Diam tak diam sudah masuk 10 malam terakhir Ramadan. Inilah malam paling ditunggu-tunggu sekalian umat Islam. Malam lailatul qadar yang lebih baik daripada malam-malam sebelumnya
Sepatutnya malam inilah kita berteleku di tikar sejadah sambil melakukan pelbagai amalan ibadah dengan membaca Quran, berzikir dan mengerjakan amalan solat sunat.
Namun senario sekarang apa yang kita perhatikan, 10 malam terakhir inilah bagaikan lubuk rezeki kepada peniaga di Bazar Ramadan. Mana taknya, jualan barangan raya lebih murah daripada biasa dan Bazar Ramadan akan dibuka hingga dinihari. Seakan pesta apabila ada yang lelong pakaian ataupun kuih raya pada harga sangat murah.
ARTIKEL BERKAITAN: Mandi, Berpakaian Indah & Berharum-haruman, Antara Amalan Rasulullah SAW di 10 Malam Terakhir Ramadan
Bukan itu sahaja, malah peniaga online juga tidak kurang sibuknya menjual baju raya di saat akhir. Semua blogger dan peniaga kecil bersaing menampilkan rekaan terkini. Malah untuk lebih senang ada yang menjual pakaian secara pakej sekeluarga.
Pelbagai strategi digunakan dan ada yang lebih awal mempromosi di laman sosial hingga kemudiannya timbul isu ciplak hasil rekaan orang lain. Isu yang bukan sekali dua timbul namun setiap kali raya, pasti ianya berbangkit kembali. Namun begitu, bagi peniaga bagai sudah set di minda ‘Tak kesah lah tiru ke tak? Janji laku, janji masyuk’.
Walau bagamanapun, bagi mereka yang mementingkan kualiti dan rekaan eksklusif tetap dengan memilih rekaan dari pereka terkenal. Rekaan lebih asli dan berkualiti, bagi mereka yang ‘bajet’ utuh dengan pendirian pilih yang ciplak rekaan seakan-akan janji menang memakai.
Persoalannya admin ingin katakan disini dalam kita sibuk menjayakan misi ciplak-menciplak ni bagaimana pula misi dalam merebut 10 malam terakhir Ramadan. Sepatutnya di sepertiga 10 mlam akhir ini kita umat Islam bersedia dalam meningkatkan ibadah puasa dalam merebut syafaat 10 malam lailatul qadar.
Daripada kita asyik mempersoalkan isu ini, ayuh kongsi tip menjelang 10 malam terakir ini.
1. Muliakan niat, bersihkan hati yang tulus dengan memaksimakan ibadah.
2. Bacalah tafsir Al Quran dan fahami isi kandungannya.
3. Jangan menunggu sehingga ke malam 27 seharusnya bangun setiap malam 10 terakhir lakukan ibadah. “Barangsiapa yang terjaga (tidak tidur) di malam lailatul qadar dengan iman dan harapan dosa-dosanya akan diampunkan”. Insya-Allah.
5. Hafalkan doa malam lailatul qadar ‘Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni (Ya Allah kau maha pengampun, maka ampunilah aku.)
6. Pakailah pakaian yang indah dan wangi-wangian ketika beribadah.
7. Bukan malam pasang status di laman sosial contohnya: (alhamdulilah nikmatnya dapat bermunajat ….)
8. Sabar menahan segala dugaan di 10 malam terakhir.
9. Yang paling penting Husnudhzon lah kepada Allah. Ketika bermunajat, ingatlah kita sedang meminta kapadaNya yang maha mencipta janganlah ragu-ragu dengan ketentuannya, yakin dengan sepenuh hati.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Perempuan Jalan Masuk Syurga, Ini 15 Keutamaan Memiliki Anak Perempuan dalam Islam
Dalam sebuah pernikahan, memiliki seorang anak adalah hal selalu ditunggu tunggu dan diimpi-impikan. Anak merupakan anugerah dari Allah. Anak mampu memberi kebahagiaan, mampu lebih mendekatkan dan meningkatkan kasih sayang antara suami isteri, juga akan mendapatkkan jaminan rezeki dari Allah.
Umumnya para suami isteri menerima anak perempuan atau lelaki asalkan sihat dan kelak menjadi anak yang berakhlaq baik. anak lelaki dan anak perempuan tentu memiliki keistimewaan yang berbeza walaupun sama-sama anugerah dari Allah. Memiliki anak perempuan dalam islam, jom semak keistimewaannya dalam islam:
1. Pelindung dari Api Neraka
“Siapa yang diuji dengan kehadiran anak perempuan, maka anak itu akan menjadi pelindung baginya di neraka”. (HR Ahmad).
Jika seorang pasangan suami diberi anugerah oleh Allah dengan seorang anak perempuan dan mampu melewati ujian Allah dalam hal memimpin dan mendidik anak perempuan tersebut pada jalan Allah, maka akan menjadi pelindung kedua Ibu Bapanya dari api neraka.
Anak perempuan yang dididik dengan kasih sayang hingga mampu menjadi anak yang solehah seperti memiliki hati yang lembut, menutup aurat, dan berbakti menunjukkan keberhasilan Ibu Bapa dalam mendidik anak tersebut. Ibu Bapa dapat mengajarkan cara bergaul yang baik menurut islam agar kelak menjadi anak solehah dan menjadi penghalang Ibu Bapanya dari api neraka
2. Dekat dengan Rasulullah
“Siapa yang menanggung nafkah dua anak perempuan sampai baligh, maka pada hari kiamat antara saya dan dia seperti ini. beliau menggabungkan jari-jarinya”. (HR Muslim). rasulullah juga memiliki anak perempuan yang amat disayangi dan sholehah, yakni Fatimah Az Zahra.
Pada hari kiamat nanti, Ibu Bapa yang memiliki dua anak perempuan dan tulus menghidupi semata karena Allah, akan mendapat syafaat pada hari kiamat. kenikmatan tersebut merupakan salah satu wujud kasih sayang Allah kepada wanita.
3. Jalan Masuk Syurga
“Siapa yang memiliki anak perempuan, dia tidak membunuhnya dengan dikubur hidup-hidup, tidak menghinanya, dan tidak lebih mengutamakan anak lelaki, maka Allah akan memasukkannya ke dalam surga”. (HR Abu Daud).
Allah menjamin surga bagi kedua Ibu Bapa yang memiliki anak perempuan dan memperlakukan anak tersebut dengan baik serta tidak membeza-bezakan kasih sayangnya dengan anak lelaki. Ciri-ciri wanita penghuni syurga ialah yang menerima anugerah Allah berupa anak perempuan dengan bahagia dan mendidiknya semata kerana Allah.
4. Lebih Dekat Secara Hati Nurani
Anak perempuan memiliki hati yang lebih lembut, anak perempuan umumnya lebih dekat dengan Ibu Bapa terutama ibu kerana karakter perempuan yang hampir sama. Ibu Bapa wajib menjaga dan melindungi anak perempuannya dari jalan atau pergaulan yang salah.
Harus biasakan dengan ilmu agama sejak kecil, sehingga ketika dewasa ia akan faham tentang ilmu agama dan memiliki kedekatan yang lebih dengan Ibu Bapanya kerana mendidik nuraninya untuk menjadi anak yang berbakti. Tetap ada pula hak Ibu Bapa terhadap anak perempuannya yang sudah menikah sebab Ibu Bapalah yang mendidik menjadi wanita yang berbakti.
5. Pelindung di Hari Kiamat
“Siapa yang memiliki 3 anak perempuan, lalu dia bersabar, memberinya makan dan minum, dan pakaian dari hasil usahanya, maka semuanya akan menjadi pelindungnya pada hari kiamat”. (HR Ibnu Majah).
Jelas dari hadis tersebut bahawa seseorang yang dianugerahi Allah 3 anak perempuan dan bersabar dalam mengurusnya serta bekerja keras untuk mendidiknya menjadi anak solehah, kelak akan dilindungi ketika hari kiamat sebab kebaikannya pada ketiga anaknya. itulah salah satu perlindungan ketika hari kiamat menurut islam.
6. Cermin Kelembutan Hati
Anak perempuan memiliki hati yang lembut, umumya anak perempuan terbiasa bermain segala sesuatu yang berhubungan dengan keindahan, seperti boneka yang cantik atau bermain masak memasak. Hal tersebut merupakan cermin kelembutan hati yang telah Allah tanamkan sejak kecil sebagai ciri khas anak perempuan. Ibu Bapa harus mampu berikannya menjadi orang yang berhati dan bersikap lembut terhadap Ibu Bapa.
7. Mudah dalam Membantu Ibu Bapa
Anak perempuan seringkali lebih senang bermain di rumah daripada keluar. Hal tersebut dapat menjadi sisi positif jika kedua Ibu Bapa dapat mendidiknya. Ibu Bapa dapat mengarahkan untuk mulai melatih kebiasaan tentang kewajiban perempuan sejak awal, seperti membersihkan rumah dan memasak.
Dengan demikian ibu bapa akan merasa sangat terbantu ketika anak perempuan tersebut sudah mampu membantu Ibu Bapanya. Selain termasuk didikan agar anak berbakti, kebiasaan baik tersebut nantinya akan sangat bermanfaat untuknya ketika ia sudah dewasa, ia menjadi lebih bebas dalam hal apapun.
8. Khabar Gembira dari Allah
“Apabila mereka diberi kabar gembira dengan kelahiran anak perempuan, merah padamlah wajahnya dan dia sangat marah… ketahuilah betapa buruknya apa yang mereka tetapkan itu”. (QS An Nahl : 58-59).
Anak perempuan sesungguhnya adalah sebuah khabar gembira dari Allah, bagi orang yang menolaknya hal tersebut dipandang buruk oleh Allah sebab Allah amat memuliakan perempuan dengan berbagai syariatNya seperti wajib menutup aurat agar tidak digoda oleh lelaki.
9. Cerminan Ibu
Anak perempuan merupakan cerminan dari ibunya, jika seorang ibu mampu mendidiknya dengan cara islam dan menghindarkannya dari pengaruh buruk, maka anak tersebut juga akan menjadi wanita yang solehah seperti ibunya. Sebab itu sebagai Ibu Bapa harus memberi contoh yang baik terlebih dahulu baru mengajar pada anaknya.
10. Memberi Kebanggaan
Pada masa sekarang, banyak perempuan yang memiliki kesempatan sama dengan lelaki dalam hal apapun, baik dalam hal pendidikan mahupun pekerjaan. Ibu Bapa yang memiliki anak perempuan dan mmapu membesarkan hingga meningkat dewasa dan memiliki sifat yang solehah, tentu akan merasa bangga sebab mampu menjadian anaknya sukses dan memiliki kemampuan yang sama dengan anak lelaki.
11. Jalan Untuk Berbuat Baik
“Tidaklah seorang muslim yang memiliki dua anak perempuan yang telah dewasa lalu dia berbuat baik pada keduanya kecuali akan dimasukkan ke surga”. (Shahih Al Adabil Mufrad).
Keutamaan memiliki anak perempuan merupakan kesempatan atau ladang pahala yang besar dalam islam, Ibu Bapa yang berhasil memimpin dan mendidik sebaik mungkin sesuai kemampuannya, akan menjadikan jalan baginya untuk selalu berbuat baik dan menjadi jalan mendapat pahala.
Banyak tantangan memiliki anak perempuan yang semua itu merupakan jalan kebaikan untuk mendidik dan menyayangi, misalnya ialah tentang memberikan kesedaran untuk menjaga diri dengan menutup aurat dengan sempurna. Hal tersebut merupakan salah satu jalan kebaikan yang dapat Ibu Bapa terapkan untuk anak perempuannya agar dapat menggapai syurgaNya.
12. Meningkatkan Kasih Sayang
“Aku pun melihat Abu Bakar mencium pipi putrinya sambil berkata, bagaimana keadaanmu putriku?”. (HR Bukhari).
Anak perempuan yang memiliki sifat lebih lembut dan cenderung lebih manja, umumnya lebih disayangi oleh Ibu Bapa. Lebih dikhawatiri dalam kehidupan sehariannya, juga lebih diawasi ketika bergaul dan berteman. Hal tersebut merupakan bentuk kasih sayang. Memiliki anak perempuan dapat menjadi cara-cara untuk meningkatkan kasih sayang, sehingga akan meningkatkan kasih sayang dan rahmat Allah pula bagi Ibu Bapanya.
13. Dimuliakan Oleh Allah
Jelas dari berbagai ayat Al Quran dan hadis bahawa wanita selalu dimuliakan dan dilindungi, hal tersebut berlaku sejak kecil, semasa masa dewasa, juga setelah anak perempuan tersebut berkeluarga. Sungguh keutamaan memiliki anak perempuan dalam islam ialah Ibu Bapanya akan menjadi hamba yang beruntung sebab pintu amalan kebaikan terbuka dengan lebar.
14. Memiliki Darjat Yang Sama
Anak perempuan memiliki darjat yang sama dengan anak lelaki. Anak perempuan tidak ada beza dalam hal kepandaian dalam pendidikan mahupun dalam pekerjaan. Keutamaan memiliki anak perempuan dalam islam ialah anak perempuan tersebut tidak memiliki perbezaan di mata Allah, semua memiliki kesempatan yang sama untuk beribadah dan mendapat jalan berbuat baik yang sama pula.
15. Lebih Cerdas dalam Ilmu dan Menerima Nasihat
Anak perempuan yang cenderung menurut dan akan memudahkan Ibu Bapa dalam mmeberi ilmu dan memberi nasihat. Memang tidak semua anak perempuan baik dan penurut, bergantung dari cara Ibu Bapanya mendidik sejak kecil dan bagaimana cara Ibu Bapanya menanamkan kesedaran nurani islam di hati anaknya. Anak perempuan yang solehah, dalam pergaulan akan tetap mengingat nasihat Ibu Bapanya untuk menjaga diri dan melakukan yang terbaik dalam setiap urusannya, jika Ibu Bapa berhasil menanamkan rasa ketakwaan keluarga sejak awal.
Keutamaan memiliki anak perempuan dalam islam ialah ujian bagi Ibu Bapa untuk melakukan hal tersebut, Ibu Bapa memiliki tanggung jawab untuk mendidik anak perempuannya hingga anak perempuan tersebut menikah dan telah memiliki suami sebagai pemimpinnya. Ujian tersebut akan menajdikan Ibu Bapa lebih sabar ketika memberi ilmu dan memberi nasihat sehingga kelak anaknya boleh menjadi wanita yang cerdas dan solehah. Jangan lupa bersyukur dengan kebaikan dan memberi yang terbaik untuk anak anda.
SUMBER: Dalami Islan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI