Mencipta nama dalam rekaan kasut seperti Jimmy Choo menjadi impian kepada Fawa atau nama sebenarnya Noor Farahida Rosli,28. Berasal dari Senawang, Negeri Sembilan, kesusahan hidup banyak mengajarnya untuk terus maju ke hadapan hinggalah munculnya jenama kasut miliknya sendiri iaitu The Flick Store.
“Fawaa merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Ayah bawa lori dan ibu seorang rumah. Tahap pendidikan Fawa pun hanyalah setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja disebabkan kekangan wang.
“Banyak pekerjaan telah Fawa lakukan seperti menjadi ahli terapi di spa dan kerja berkaitan freelance sales. Pada usia 19 tahun, Fawaa ada juga melakukan perniagaan dalam talian tetapi secara sambilan dahulu.
“Pada mulanya Fawa menjual kasut tiruan jenama terkemuka namun kerana memikirkan sampai bila hendak menjual produk tersebut, Fawa akhirnya mengambil keputusan membuat kasut di bawah jenama sendiri,” jelas isteri kepada Muhamad Faisal Suhaimi ini.
Itulah merupakan titik permulaan buat dirinya untuk mencari material dan rekaan tersendiri bagi perniagaan yang diasaskannya iaitu The Flick Store.
PERNAH RASA MAHU MENGALAH
Sudah berada di pasaran hampir tujuh tahun, Fawa pada mulanya mengusahakan sendiri sebelum bekerjasama bersama suami tercinta bagi mengembangkan lagi perniagaannya.
“Fawa sering ke China dan Thailand bagi mencari material. Pernah pada masa itu ketika masih hijau dalam dunia rekaan kasut ini,Fawaa ke Thailand selama seminggu untuk mencari kilang kasut.
“Sepanjang waktu itu, Fawa memang tidak jumpa apa yang diinginkan. Rasa stress mula menguasai diri. Namun, Fawa bersyukur kerana akhirnya pada hari kelima barulah Fawa jumpa kilang yang tepat untuk menghasilkan kasut sendiri.
“Memang pada awalnya Fawa sudah menangis hingga rasa mahu berputus asa.Tetapi, Fawaa sedar bukan mudah untuk mencapai cita-cita dan dugaan ini hanyalah sedikit,” kata ibu kepada Muhamad Farhat ini.
Bercerita mengenai cabaran dalam rekaan kasut ini, Fawa akui jalannya ada liku yang tersendiri.
“Masalah utama adalah berkenaan modal yang banyak kerana setiap kasut ada pelbagai saiz dan warna. Bukan semuanya terjual begitu sahaja.
Ads
“Selain itu, kilang juga mengambil masa yang lama iaitu lebih kurang tiga bulan untuk penghasilan kasut. Itu tidak termasuk lagi bila ada staf yang membuat masalah sejurus selepas cawangan baru yang dibuka,” ujarnya lagi.
KOLABORASI BERSAMA LIA NATALIA JADI KENANGAN TERINDAH
Tidak mudah mengalah dengan segala rintangan dan sentiasa memotivasikan diri, Fawa menganggap kejayaan terbesarnya adalah apabila melakukan kolaborasi untuk koleksi kasut bersama pelakon Lia Natalia pada tahun 2019.
“Rasa seronok sangat apabila berjaya melakukan pertunjukan fesyen kasut yang pertama seumpamanya di Malaysia bersempena dengan Aidilifitri yang lalu. Lebih menarik lagi, segala dirancang dalam tempoh yang singkat iaitu sekitar dua minggu sahaja.
Walaupun pernah dipandang rendah sebelum ini, Fawa tidak pernah menjadikannya kudis malah tetap fokus pada matlamat yang ingin dicapainya.
Ads
“Ramai yang memperkecilkan usaha Fawa pada awalnya. Tambahan lagi Fawa hanyalah seorang pelajar lepasan SPM sahaja. Ada yang memberi komen negatif terhadap rekaan kasut kami dan perkara itu memang membuatkan Fawa sedih.
“Tetapi apabila mengenangkan impian Fawa adalah untuk memberi kesenangan kepada keluarga dan juga memikirkan apa nasib pekerja jika Fawa mengalah, maka Fawa terus kuatkan hati. Ternyata semua itu berbaloi,” jelasnya yang mendirikan rumah tangga pada usia 23 tahun ini.
Berharap dapat membuka butik kasutnya di setiap negeri di Malaysia, Fawa juga mahu membantu orang ramai untuk menjana pendapatan dengan menjadi agen dan juga dropship di bawah jenamanya.
“Istimewanya kasut The Flick Store ini adalah kasut platform tebal dua inci yang menjadi rekaan signature butik ini dan menjadi kegilaan ramai hingga terjual lebih seribu pasang pada satu bulan.
“Rekaannya juga sangat terhad kerana apabila habis dijual, ia tidak akan dikeluarkan lagi. Kami akan sering mengikut trend dan inilah yang menjadikannya lain daripada yang lain.
“The Flick Store merupakan trend setter bagi kasut platform di negara ini. Oleh itu, Fawa berharap jenama ini dapat menembusi pasaran antarabangsa pula suatu hari nanti ,” jelasnya sebelum mengakhiri bicara.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan hubungan selebriti dengan jurusolek atau lebih popular dengan nama mekap artis (MUA) sangat rapat. Ibarat isi dengan kuku. Ini kerana sentuhan mekap artis ini yang menata rias wajah mereka untuk menambah rasa keyakinan tatkala berhadapan dengan orang ramai. Maklum sahaja sebagai public figure, memang khidmat mekap artis sangat penting bagi memastikan penampilan sentiasa ‘on point’.
Baru-baru ini, viral kisah seorang mekap artis tahun 90-an, Hathim Thai yang dikatakan uzur kerana mempunyai masalah kesihatan. Kalau dulu dia antara mekap artis cukup popular dan sentuhannya ditagih ramai selebriti antaranya ketika itu Amy Mastura, Ziana Zain, Jaclyn Victor dan ramai lagi.
Malah khidmat solekan Hathim Thai juga turut menjadi pilihan artis untuk cover majalah dan juga model bagi fesyen dalam ruangan berkenaan.
Salah seorang yang turut mendapat sentuhannya adalah Dewi Remaja 1994/1995, Wan Khatijah Coline yang turut meluahkan perasaannya di laman sosial. Menurutnya yang kini selesa bergelar Personal Shopper memberitahu Hathim Thai adalah ‘orang kuatnya’ ketika di majlis perkahwinannya dulu.
Dialah insan paling sibuk membawa Wan ke sana ke mari, pastikan semua keperluan siap on time memandangkan ketika itu Wan sibuk dengan shooting.
Menurutnya lagi dalam posting dimuat turut di laman Instagram, memang tak terbalas jasa insan ini yang kini mempunyai masalah kesihatan hingga membuatkan dia tidak boleh bekerja seperti biasa.
Dan sempena hari Jumaat nan barakah ini Wan turut meminta kepada yang berminat serta agar dapat membantu mengurangkan beban Hathim Thai dengan menghulurkan bantuan kewangan kepadanya.
Magic touch menjadi
Bismillah… Lama wan berfikir patutkah wan share cerita ini bukan tak mahu tapi tak sanggup dan sedih bila terkenangkan ….my fav makeup artist suatu ketika dulu HATIM THAI Era tahun 90an. Siapa yg tak nak dimakeupkan oleh hatim.. Magic touchnyer menjadii jee..
Pandai jahit manik & pernah buka kedai pengantin
Wan tau ramai celebrity yg rapat dengan hatim esp @amymasturalerr @iamzianazain dan ramai lagi dan wan sendiri mmg sangat rapat malahan kami pernah membuka kedai pengantin bersama2 dengan @noraniza_idris yg kami namakan LA BELLE Design sebab hatim bukan sahaja padai makeup malahan juga menjahit manik2 baju pengantin. He is so talented and most of my cover magazines dimakeupkan oleh hatim..
‘Orang kuat’ masa big day Wan & suami
Dan dialah orang kuat waktu my big day @azlisham73. Kehulu kehilir kami bersama mencari baju akad nikah, sanding dan lain2 setiap kali fittings he always be there with me ke butik @mankajang29 dialah orang paling sibuk yg make sure semua siap on time masa wedding wan sebab that time i was so busy with shooting here and there...
Tak terbalas jasa
Tak terbalas jasa mu hatim terima kasih dan sekarang hatim sedang mengalami masalah kesihatan yg membuatkan hatim tak boleh bekerja seperti biasa, penglihatan yg tak berapa jelas dan sukar jugak untuk berjalan..
Jom ambik keberkatan Ramadan
dan dia hanya tinggal bersama anak yg berumur 10 tahun Jadi di bulan yg mulia ini dan hari yg penuh barakah hari jumaat wan mengambil kesempatan untuk wawarkan kisah hatim thai kepada semua kerana wan rasa hatim sudah redha dengan keadaannya dan sanggup berkongsi cerita… Jom lah sama2 kita bantu hatim ambil keberkatan bulan ramadhan..
Kepada mereka yg berminat untuk menghulurkan bantuan boleh lah terus salurkan ke acc beliau
Kebanyakan transaksi boleh dilakukan hanya dihujung jari. Kehidupan masa kini jadi lebih mudah. Berikut cara-cara mengeluarkan duit ASB seperti yang dikongsikan oleh Nur Aliah Mohd Nor.
Nak Keluarkan Duit Dari ASB Sekarang Hanya Di Hujung Jari!
Biasa kalau kita nak keluarkan duit dari ASB, mesti kena pergi bank dulu kan? Kena isi borang, kena tunggu giliran dan sebagainya. Tapi sekarang semuanya online je!
Ada beberapa info penting anda perlu tahu:
1. Kalau anda tidak pernah daftar myASNB, boleh terus daftar di myasnb.com.my sebelum menggunakan aplikasi myASNB.
2. Andai kata lupa password atau ID, boleh hubungi pusat Khidmat Pelanggan ASNB di 03-7730 8899 untuk dapatkan bantuan.
3. Kalau belum daftar nombor telefon bimbit, anda tak perlu ke cawangan tapi boleh kemaskini nombor telefon di ejen ASNB seperti Maybank, CIMB Bank dan RHB Bank.
4. Pengeluaran secara online di myASNB ini bila-bila masa. Bukan time PKP sahaja.
5. Buat masa ini, kalau nak keluarkan duit hanya melalui website myASNB sahaja. 27 April ini baru boleh keluarkan duit melalui #apps myASNB.
6. Duit yang korang keluarkan itu hanya duit pokok dan dividen dari ASBF sahaja.
7. Boleh keluarkan duit minimum RM100, maximum RM500.
8. Duit akan dimasukkan ke dalam akaun kita sehari selepas permohonan pengeluaran menerusi myASNB. Kiranya bukan on the spot lah.
9. Ingat bukan boleh keluar duit je tetapi pelaburan tambahan pun boleh. Memang dah lama boleh buat pun. Dan perkhidmatan Auto Labur still berjalan seperti biasa.
Boleh rujuk post ini:
Ruginya Kalau Tak Tahu Cara Paling Mudah Nak Simpan Duit #ASB Melalui MyASNB.Lia yakin dan percaya hampir 80% penduduk…
Tapi! Kalau ada pakcik makcik yang masih tak expert dalam online, it’s okay mereka masih boleh keluarkan duit di Pejabat Pos ya.Nak Keluarkan Duit Dari ASB Sekarang Ni Di Hujung Jari Je!
LANGKAH-LANGKAH KELUARKAN DUIT ASB MELALUI ONLINE:
Semoga dengan cara ini dapat memudahkan urusan anda tanpa perlu beratur di kaunter.
Selebriti popular, Hanis Zalikha sememangnya sering menjadi tumpuan ramai dek kerana keperibadiannya yang terpuji serta kehebatannya membangunkan sebuah perniagaan di samping menjadi seorang isteri dan ibu yang penyayang kepada dua orang anak tercinta.
Berkongsi sebuah memori di Instagram, pasti ramai yang tidak menyangka bahawa suatu ketika dahulu Hanis pernah melalui saat yang sukar bersama keluarganya.
“Pulut Panggang ni kuih yang terlalu nostalgik untuk saya, memang kalau makan, terus akan dibawa ke zaman Mama Daddy meniaga tepi jalan jual kuih & nasi lemak.
“Maybe sebab takde masa lain Mama akan buat pulut panggang ni. Sampai sekarang dah tak makan dah sebab memang Mama takde buat dah. Cuma time nak meniaga dulu tu je. Dan Mama buat memang sedap sungguh sungguh.
“Tapi yang ni bukan Mama buat. Thank you pulun berusaha besarkan kami dalam kesempitan. Kami tak rasa kekurangan bila kenangkan kesusahan tu, yang ingat cuma memori kita satu keluarga bahagia bersama @nanirostam,” tulis Hanis.
Selepas berkongsi kisah, ramai pengikut laman sosialnya yang turut berkongsi rasa dengannya serta memuji Hanis kerana tidak pernah melupakan asal usul walaupun kini sudah mengecapi kejayaan dalam hidup.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...