Nama Ameera Khan bukan lagi asing dalam kalangan Malaysia terutamanya dalam industri fesyen tempatan. Wajahnya sentiasa menjadi muka hadapan jenama-jenama mewah yang menghiasi pusat membeli-belah mewah. Namun, netizen acapkali bersuara menyoalkan tentang pemakaian hijabnya yang kelihatan masih tidak tutup sempurna.
Datin Noor Kartini, ibu kepada Ameera Khan juga kepada selebriti popular Neelofa berkongsi perspektif saat di soal tentang pemakaian hijab anaknya itu. Menurut Kartini, dia sedar dan turut akui tentang gaya hijab anaknya itu, namun kongisnya, Ameera sedang dalam proses untuk memakai hijab dengan sempurna.
Kongsinya lagi, Ameera sedang dalam melatih dirinya untuk mengenakan pemakaian hijab dengan sempurna. Ameera belum lagi berhijab secara penuh dan ada kalanya dia menggayakan topi atau ‘headband’. Sungguh sebagai seorang ibu, Kartini sentiasa bersikap positif dan mendoakan yang terbaik untuk anaknya itu.
Bagi saya, jika kita mendoakan yang baik-baik, pasti perkara yang baik-baik akan kita dapat nanti.
Ditanya soal menjaga serta membentuk sahsiah disiplin anak-anaknya, Kartini menzahirkan rasa syukur kerana biarpun memiliki bilangan anak yang ramai iaitu sembilan orang, namun sehingga hari ini, tiada seorang pun yang terjumpa di pusat hiburan, minum minuman keras, mabuk dan hisap rokok.
Kami sebenarnya lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga. Malah Ameera juga senang meluangkan masa bersama adik-beradiknya.
Namun, disebabkan dia dikenali ramai, mungkin hal-hal sebegini akan menjadi bualan ramai sehingga menjadi sebuah isu.
Sekadar perkongsian, terdahulu, cetus satu isu tentang Ameera memakai aksesori kepala sambil rambutnya mengurai. Perkongsiannya di laman sosial itu menimbukan pelbagai reaksi ramai dan ada yang mengatakan bahawa dia seringkali “on-off” memakai hijab.
Team Hijabista juga turut mendoakan agar Allah SWT permudahkan segala urusan Ameera dalam prosesnya untuk memakai hijab secara penuh. InsyAllah Amin Ya Rabb!
Sumber: Media Hiburan
Sumber gambar: Instagram Datin Noor Kartini & Ameera Khan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.