Aktres yang sedang popular dengan drama Cemburu Seorang Perempuan, Lisdawati mengakui dirinya agak gementar dan risau apabila diberikan tanggungjawab untuk menjayakan watak Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dalam filem ‘Mahathir, The Journey’.

Menurutnya, sebelum ini pernah ada peminat yang mengatakan wajahnya mirip dengan tokoh politik muda itu.

“Saya hadir ke sesi uji bakat untuk menjayakan watak ini. Malah, sebelum ini ada juga peminat yang kata muka saya seiras dengan Izzah.

IKLAN

“Sebelum ke sesi berkenaan, saya membuat persediaan serba sedikit. Saya melakukan kajian dahulu mengenai cara Izzah bercakap dan bergaya menerusi foto dan videonya di internet.

“Alhamdulillah, selepas sesi uji bakat, pihak produksi menawarkan saya watak terbabit. Saya rasa gembira, tapi pada masa yang sama, saya gugup dan risau kerana ia satu tanggungjawab besar,” katanya kepada Astro Gempak.

IKLAN

Lisdawati ditemui di majlis sidang media filem ‘Mahathir, The Journey’ arahan Profesor Dr Hatta Azad Khan di Sheraton Petaling Jaya pada Isnin yang lalu.

IKLAN

Filem ‘Mahathir, The Journey’ mengisahkan tentang Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) selepas melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003 sehingga dilantik semula pada 2018.

kredit: Astro Gempak

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI